Friday, June 22, 2012

Innocence Joyful Moment

I wish I could be back to the past

The time where we were together and drawing smile on each other's figure



Oh my dearies,do you know how i'm missing you,Innocence :')

The memory of the ten is just too great to remember.

Monday, June 18, 2012

Kaki antunna Aurat ^.^


Hmm..pernah tak alami situasi nih? or even worse..*alhamdulillah.setakat ni x pernah lagi lah ditegur
Jangan la bersedih wahai mujahidah sekalian.Kamu yang menutup aurat sepenuhnya berada di pihak yang benar.Mungkin ada yang masih belum kuat imannya untuk berbuat sedemikian atau mungkin tidak tahu..meh nak kongsi...

Semua orang tahu kan yang aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Ummu Salmah pernah bertanya Rasulullah SAW, "Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?" Rasulullah SAW menjawab, "Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya." (Hadis riwayat Abu Dawud)
Berikut adalah dalil naqli yang disepakati fuqaha' bagi perkara ini :

..وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ..

...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. (An-Nur 24:31)

Dalam ayat ni, 'kecuali yang zahir' merujuk kepada wajah dan dua tapak tangan wanita
Sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas r.a daripada Aisyah r.a


أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ


Asma' binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, "Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya. " (Hadis riwayat Abu Dawud)
Hadis dia atas jelas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi SAW mengecualikan hanya wajah dan tangan.Kalau tak percaya lagi x tahu lah nak cakap apa...


Haa..sekarang dah tahu kan.So,yang mana bagi alasan tak sampai seru, tak dapat hidayah..ni ana menyeru lah ni,
JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA
..dan,hidayah tu perlu dicari..kalau x buat pape,agak2 dapat macam bulan jatuh ke riba ke?
Ada jugak jawab.."saya nak jadi diri sendiri" .hmm..fine.Jagalah 'diri sendiri' anda tu dari balasanNya kelak.

99:7
So whoever does an atom's weight of good will see it,
99:8
And whoever does an atom's weight of evil will see it.

Moga sama-sama diberi petunjuk ke jalan yang benar :)
Jagalah dirimu wahai wanita,kerana dirimu begitu berharga 

Boleh rujuk banyak sumber lagi.. video ceramah ke , blog2 orang ke ...macam-macam lagi lah.Sekarang kan dunia siber.
Ilmu dunia dan akhirat di hujung jari je

Monday, June 4, 2012

Simbolik

       Tido sejam je semalam,memang terbaik lah kan *sape suruh masuk panggung korea
Pagi ni ingat nak qodho balik..tuptup.."Kak!Kak!Kak!..bangun la..jom g Taman Tengku Anis !"..nak cakap tak nak,adik-adik aku yang 2 orang tu dah bersiap.heuw.TERPAKSA lah ikot.berkelah-bersenam-bermain.
       Balik tengah hari tuh,selesai kerja2,pergi KbM.
Diorang datang dulu
RASA MAS
[ Aimi - Pear - Dieb - Ain - Syuda ]

Jalan-jalan.Kononnya la kan.
Tertengok,tersangkut,terembat,tersedekahlah sekeping dua :D
Syuda n Diebah beli couple sandals.Aimi n Pear beli couple tee.oho.sangat sweet ok.

Dah selesai membeli maka belah ler ke sini
- t e m p a t b i a s a -
Menggedik di sini

Here..ain suggested something for Innocence.Lbh kurang macam symbolic for Innocence la.
Alah~GURLZ~

Nway,we got it 10 yow! huhu





Sunday, June 3, 2012

Nak jumpa orang ni lagi ^.^

 Tersebutlah al-kisah ^.^ ...
       Hari tu,nak balik USIM,dari tanah air terchenta KELANTAN ,naik bas kat dataran kat TESCO tuh.
Trip 8.30pm - Turun dari rumah pukul 8.10pm , pastu sempat lagi pergi TESCO beli makanan.Aku panjat bas pukul 8.32pm.dashyat.
Syarikat bas tu dah macam Yayasan Ayah Anda punya kan~ suke hearty je wat aci last minute gitu..hua2
       Naik bas,nak duduk...
Pastu ada seorang yang berlainan jantina naik dan mula menapak di lorong tengah bas tu.
Aku dah muka menyampah+toya+masam oren+kelat ubat sume2 lah..
Jangaaaan laaa duk tepi aku >.< Taknak.Susah nak freestyle nanti. Aku bagi laluan dia nak lalu untuk ke belakang..hah..nah..lalu2..sila2
Tapi dia stop situ.eh2 main berhenti2 pulak mamat ni.Jalan la.."tu tempat saya" OK.FINE!
       Terpaksa kasi dia masuk duk tepi tingkap,sebab sweater putih dia dah elok tersadai kat kerusi tepi tingkap tuh.ohgeram.Dia pun bayar jugak.Nak halau duk tempat lain...otai sangat tu.Tapi aku mmg nekad nak ubah tempat nanti smpai Machang.Tak kira jugak!
       Bas mula gerak, dan dia pun mula jugak,
X:Pelik pakcik tuh(driver) nak marah2 penumpang..bukannya lewat sangat pun..
sangat lembut,sinis,senyum dan sopan.erk.nak jawab apa nih.emm..
Me:Ha a,bukannya lewat sangat pun..
X: Nak pergi mana?
Erk.bukan ke bas ni nak pergi ke Nilai ke? kang jawab nak g Ipoh kang ..haa baru haru~
Me: Nilai.
X: Belajar sana?
Ada nampak gaya makcik or kakak2 yang nak pergi berniaga ke?yelah.kat Nilai kan banyak tempat niaga..
Me:Hm
X: Mana?
Me: USIM
X: Ooo..
Serba salah pulak aku..kesian pulak jawab dengan kejam macam tu..to kill that,i asked
Me: Nak pergi Nilai jugak ea *soalan ngok ngek
X: Ye..rumah mak sedara.... *dia nak sambung tapi aku potong
Me: Ouh..kerja sana eh? *muka macam tak
X: Tak lah..tumpang kejap..dekat dengan KLIA..senang nak pergi nanti..
Me: Errr...pergi mana? *aih.byk pulak soalan aku
X: Mesir
Me : Belajar? kat mana?! *Adiebah Khailani was so excited >.<
X:  Alexendria *aku sentap 5 oktaf
Me: Hah..medik eh? Tahun berapa?
X: *angguk . tahun 2
Me: Ah..kenal la AN? *sangatoverexcited at that time O_o
X: Lah..kenal sangat lah..sama2 kelantan..harus lah.Mana kenal dia? *dia dah muka perli aku -.-"
Me :em..badminton..debat..ada lah lagi.
       Terus berbual pasal tempat belajar masing2..dia pun terkejut aku banyak tahu pasal diorang kat sana.even silibus yang tengah belajar and exam2 yang bakal ada...dan soalan yang  buat aku sentap..
"Awak macam mana dengan AN?"
Spontan
"InshaAllah"
Lepas jawab tuh baru register apa yang aku TERLEPAS CAKAP tadi.Weeehhh!!!Jawapan apakah itu.Sape yang tolong jawab tadi.huwaaaa..malunyeee. *blushing* 
X:oho.takleyh kacau line la macam ni. *sengih
       Tapi buat derk je lah..terus borak lagi..baaaaanyak cerita.Tengah2 cerita..
X:Saya sebenarnya tak makan lagi..Nah *roti dihulurkan
Me:Oh..tak pe la.Saya dah makan..sila lah.
X: Tak baik tolak rezeki *bercakap sambil menunduk.doh!dah macam ustaz.huh.jangan la cair kat sini.
Me:Erk..haha.ok.terima kasih.
       Sambung lagi..bla9
Me:Nah *hulur air kotak yg baru beli tadi.buat baik dibals baik kan~
X:Terima kasih
       Walaupun first time jumpa,tapi semua hikayat hidop dia,dia buka..start kecik sampai besar dan al-kesah lovy dovy dia pon dicampur gaul sekali.Satu2 X cerita..aku pendengar setia je la.Dia cakap balik Malaysia cuti 2 minggu,tapi dia extend 10 hari sambut birthday..aku pun balik sambut birthday,tapi extend 2 hari je..huhu.parents,adik beradik,anak sedare,kucing sume aku dengar..baju yang dia pakai pun dia cerita kisahnya..Dalam bas tu dengar suara kitorang je kot.hahah
       Dah habis kisah hidup..sambung kisah kat Alex.Tuturkatanya sering diselangi verses Al-Quran,hadis dan kisah2 anbiya.Kadang2 aku mencelah menegakkan kebenaran.
       Asyik je bercerita,,dia cakap x sedap rasa..macam nak muntah.Aku bagi plastik kosong dan suruh dia berhenti cakap..nah jawapan
"Tak nak..sama je cakap dengan tak cakap..memang macam ni."
Ok fine.jangan muntah atas aku sudah.X tawu nak cari doktor mana dah kalau doktor sendiri yang sakit.so dia sambung bercerita..huu
Aku penat sangat."Penat eh,tidur lah" woho.obvious sgt ke muka penat aku.Bagos.Memahami.Seharian aku x rehat berkejar sana sini.Tapi sebelum tuh aku warn,"nanti awak nak tido,kalau kepala ke sini *pointing near to my shoulder level saya tolak je kepala awak ek"  Itu benda paling aku ngeri yang aku harap takkan terjadi kalo duk tepi lain jantina.That's why aku warn.Pastu X cakap benda sama jugak.ok.fair.Baru perasan yang aku tak tukar tempat pon!aiseymen.usha punya usha,tempat penuh.kot.Aku x tawu nak berdukacita ke bersukacita..hmm..tak larat sangat..tolong lah faham.Then,world off.
       Around 2am,berhenti kat mana entah..aku orang first turun.X hirau orang dah.Bukannya aku bawa teman pun.Tapi aku tak pernah pun singgah situ.Nangis karang.huu..Buat2 tahu je lah.Heading to toilet di lorong yang agak scary giler..Tiba2 ada orang ikut dari belakang.....
fuh.kenal.
       Seatmate aku xde lagi.aku pun tolong la buang sampah mana2 yang ada.Tiba2 datang,
X: Tak nak makan ke?
Me: Tak.taknak..x biasa kat sini
X: Xpe lah..saya teman kalau awak nak makan
memang kirim salam awal2 lah kan.memang tak lahhh
Me:Ye..betul..tak nak makan..terima kasih
       Bila bas dah gerak tuh..dia keluarkan buku2 yang dia beli kat Kelantan..semua motivation and religious book you.Ada buku pasal Rasulullah.2 inch.Aku screened gambar je.huhu.interesting.
X:Daripada awak tengok yang tu,baik awak tengok yang ni *took the book and turn the page to almost the last page - Pesanan Rasulullah kepada Puteri Baginda,Siti Fatimah .
Baca dengan penuh teliti..done
X:kesimpulan...?
Macam exam pulak.aih.aku jawab la sikit,semua yang aku faham dari bacaan tadi.
Tapi dia point yang last tuh..aiyoh.kenapa perlu dia point bab tuh.malu pulak nak explain.Tapi dia yang explain.peh..aku nak terus baca cerita2 lain,tapi...
"X elok baca dalam gelap.." ok.ambillah.
       X bukak phone,scrolling something..pastu tunjuk apa yang dia akan exam.Bagi tahu satu2 dalam tue.Taxonomy.banyak pict.Seolah2 macam nak revise.tapi kenapa dengan aku? Yelah.pape jelah.asal bahagia.
       Turn dia pulak tidur.Aku on lappy.Buat assignment.hewhew.Siap online lagi.Skype ngn AN.Tanya ada ke kawan dia yang balik M'sia."I think he's with me now".Terasa bahang di pihak sana.I do nothing ea.
       Baru perasan yang masa tengah buat assgnmnt tu,badan aku semakin menyenget ke tepi yg xde seat tuh.Eh..apsal pulak? Involuntary action.Rupanya aku lari tanpa sedar dari jadi bantal x rasmi kat situ! hadoi.Memang tak lah nak tonjol kepala orang yang tengah tidur..Biarlah aku yang terseksa...ngn lappy2nye.kesian kat diri sendiri ok.
       Sampai KL,2-2 dah separuh jaga.xde yang tidur.Gud,tak yah kejut mana2 satu.Dah sampai Nilai,agak ramai menunggu di Dataran Nilai tuh.X bertenggek atas luggage gedabak dia dikelilingi kotak2 yg besar sambil sumbat earphone.Kalau boleh nak bawak dengan rumah2 pergi Alex..aku terpacak je kat tepi beg.No more conversation.Aku ciou dulu.Classmate datang amek..salah sorang dalam kereta tuh,"wah..ensemnye orang tuh,melayu ke tu?" aku tgk jgk sape yg dilah ckp tu.ehm.dah agak."Dia duk tepi aku tadi".."hah?!waa..untunglah ko.Nama apa?Ko dapat no contact dia tak..?" haha.sengal la dilah

       Pelajar yang berasal dari sek sains yang tidak beraliran agama yang dahulunya tidak suka menulis jawi dan apa2 perkara berkaitan dengannya tetapi sekarang bisa melantunkan ayat2 quran dan menyelit hadis2 dan kisah anbiya dalam tutur bicaranya.Batasnya sangat dijaga.Pandangannya ditunduk dan hanya sesekali memandang untuk menghormati pendengarnya.Namun,hati selayang sentuh ini gugup memandang wajah si pria yang tenang,menarik dan indah itu.Istighfar tak putus2 dibisikkan setiap kali terpandang mahupun terbayang paras itu.Kepercayaan yang diberikan kepadaku sangat dihargai. Tidak kusangka akan mendengar riwayat hidup seorang hamba yang baru sahaja dikenali.Nasihat yang tidak kupinta kuhadam sebaiknya untuk dijadikan pedoman hidup. Alhamdulillah,kami berpisah tanpa mengetahui nama gerangan masing2 dan tidak langsung bertukar maklumat untuk dihubungi... :) 
Moga beliau bersama orang2 yang diberkati-terus tabah mengaharungi hidup-cekal menimba ilmu-berjaya menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat.InshaAllah
Ameeennn

*diceritakan semula dalam bentuk yang lebih menarik dan cerita berpihak kepada kebaikan sang hamba semata-mata