Monday, December 9, 2013

MYSA 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Sebelum apa-apa, ribuan terima kasih kepada yang request dan bagi support untuk karang entry ni. Pikir banyak kali jugak lah nak mengarang sebab ni minggu kedua akhir sebelum study week for final. Mohon sedar diri wahai diri -.- Ok takpe, nak jugak tulis biar nanti boleh flash back dengan anak cucu cicit. Huahua
Here we go. Fakulti Sains Dan Teknologi (FST) USIM menganjurkan satu program khas buat pelajar sains supaya pelajar lebih terbuka tentang cita2, tujuan dan tanggungjawab saintis muda untuk masa depan (ni adalah objektif Pengarah Adiebah Khailani yang buat. Nak yang real punya, sila rujuk website MYSA. Haha). 6 universiti sekitar Kuala Lumpur (tapi takde la sekitar sangat) dijemput untuk menyertai program ni ; UPM, UTM, UTEM, UPNM, UKM dan USIM.


Segala maklumat boleh dapat kat sini.

Hampir separuh budak USIM join program ni. Semua pelajar USIM ditaja oleh fakulti. Budak2 universiti lain tak tawu la cemana. Sponsor jugak kot. Kalau tak, kena bayar RM150 seorang. Program 3 hari sampai Ahad, makanya akan terponteng kelas Jumaat. Nasib baik 2 lecture je. Je? Err.. Pagi Jumaat masa berkumpul kat FST tu rasa nak curi masuk lecture Dakwah kejap, nak minta sign attendance ngan Ustad. Haha. Banyak chanteq muka Kak Ton~

Around 9.40am sampai Kem PLKN Princess Haliza yang nun jauh ke dalam pedalaman ceruk kampung dikelilingi ladang kelapa sawit. Kem PLKN, kalau tak dalam hutan, atas bukit, tepi pantai, tak sah. Ni lah kem yang Diana Danielle, Alif Satar n Suki jadi pelatih PLKN. Ingatkan ada air cond la dalam dewan ke, bilik ke apa, rupanya sama je dengan kem2 PLKN lain. Gila demand. Haha. Serta merta segala memori PLKN kat Taman Etnobotani, Gua Musang terjah masuk kepala. Nak join sekali lagi boleh? Ngee. Daftar ambil t-shirt MYSA 2013, name tag n goodies bag.


Lepas check in dorm siap kemas katil pasang cadar (oh ni memang rasa macam PLKN betul) , semua peserta breakfast dulu then pergi dewan. Nampak ni, terus whatsapp kat THE SCONE, sebab diorang tanya mana pantai, pantai ni je yang mampu~


Talk pasal "THE SECRETS OF SCIENTISTS' LIFE" by Associate Professor Dr. Badlishah Sham bin Bahrain from UPM.
Antara note yang aku terrajin tweet :
  • Taqwa. God consciousness = God fearing.
  • Research must relate to glorifying Allah. Never miss obligation to Allah SWT.
  • Work in group. You will gain much more. Berjemaah lah kita.
  • Di Cambridge University, ada 1 seksyen yang orang Malaysia tak boleh masuk.Seksyen d mana tersimpan khazanah dan manuskrip lama tentang sejarah Tanah Melayu. Dorang nak suruh kita baca sejarah yang British tulis je.
  • Dare to fail.
  • Courage is not the absence of fear, but the acquire ability to move beyond fear.
  • He was listed among top 27 research scientists in Malaysia, yet he's so humble.

Lunch.

Second talk pun best. Prof. Dr. Mohamad Pauzi bin Zakaria talked on Bring Mercy to Creation. Cerita pasal dia g Artik n Antartika. Impress! Boleh pulak Ikin tanya aku penguin duk mana. So comel pencinta haiwan seorang ni. Haha.
Ceritanya, 1967, saintis dari Korea datang Malaysia untuk belajar ilmu sains dan teknologi. Hakikatnya sekarang, mereka lebih maju dari kita. Ni memang nak bagi kesedaran kat para saintis muda supaya jangan rileks sangat, jangan duk online 24/7 buang masa kecuali lah Twitter Instagram  Facebook tu boleh buat korang invent atau innovate benda baru untuk kemaslahatan bersama. Tapi ada ke~~~  Tepuk dahi, pikirlah sendiri. Dan apa yang aku nampak, Prof ni sangat2 praktik benda ni : Practice Islam everywhere. Discipline. Be honest. IKHLAS tuntut ilmu. ISLAM TEACH US THE BEST.

See, tegaslah dengan diri sendiri walupun perit sebagai bayaran kesenangan di masa hadapan.
Nak tengok profile speakers sekalian, boleh tengok sini.

Petang sesi ice breaking dengan ahli kumpulan. Kak Wafa, tutor Lab DSA aku jadi fasi group Microscope. Wiii ^^ Ada Fatin, Ehsan, Azni, Fitri, Fazli, Syed Al-Wafa. Lepas tu kena buat gaya group masing2 atas pentas. Paling happening cheers group Magnifying Glass. Guess what, dorang punya trademark, “ SAYA SUKA KANTA SAYA! MACAM KECIIK JE, MACAM BESAAR JE…hmmm “ Yang sorang tu buat dakfes paling tak menahan aku gelak sampai nak jatuh kerusi. Hahaha. Cukop berani serta tebal patblas inci muka diorang nak buat tu. Respek ah. Haha. Kitorang yang Zoom zoom zoomba! ni pun dah malu2. Haha.

Malam tu talk pasal Astronomy pulak dari Persatuan Falak Syari’e Malaysia. Kembara Angkasa. Macam gah gitu tajuk dia. Tetiba keluar awan kat kepala, berangan naik Soyuz TMA-11 rocket capsule naik angkasa jalan2. Wuuu. Angan2 je mampu setakat ni. *awan pecah turun hujan*

Talk yang best. Banyak sangat input dapat. Kesimpulan, betapa kerdil dan seolah tiada nilai manusia kalau nak dibandingkan dengan galaksi2 gergasi yang tak pernah kita tahu exact size dia.

Dear, take it deeply,

"Do not walk proudly on the earth; you can neither tear the earth apart nor can you rival the mountains in height." (Qur'an 17:37)

Narrated from ‘Abd-Allaah ibn Mas’ood that Rasulullah saw said: “No one who has an atom’s-weight of arrogance in his heart will enter Paradise.”

Be humble and wise, friends J

Ok. Benda lawak yang speaker tu cakap yang aku rasa macam err, “Ahli astronomi akan tahu tanda-tanda besar kiamat dulu. So, ahli astronomi boleh bertaubat dulu sebelum saintis.” Lol. Ade ke camtu. Pape je lah. Tak menang jugak cakap ngan Inche, kitorang semua bukan ahli falak~ Tapi serius speaker ni ajar banyak benda. Ayat2 dia sentap terus panah hati bebudak ni. Sentap sentak wei. Sarkastik level 3. Kalau budak USIM yang join Persatuan Falak, mesti kenal Encik Razlan Ahmad.

Malam tu tak dapat tengok bintang through telescope sebab awan tebal. Boleh download Google Sky Map kat apps store untuk tengok peta bintang digital kat gadget anda. Stellarium pun boleh. Bagi yang berminat dengan falak ni, boleh rujuk sini.

Tamat hari pertama.



Second day :

Pagi pukul 7  lebih, warm up lepas tu jogging. Jogging satu lap je -.-‘  Selalu training max 18 laps sebelum main. Apa barang satu lap, mana puas. Peluh pun tak sempat keluar. Huuu. Takpe lah, kite balik jogging kat kolej. Iskk

Lepas tu Friendly Match Sports. Game first, satu group beratur panjang ke belakang, orang depan akan baling belon berisi air kat orang belakang tanpa pusing belakang. Orang belakang pepandai la sambut. Setiap group diberi 4 biji belon. Belon yang sampai ke belakang dikira menang, Aku duk paling belakang. Memang enjoy the show lah tengok orang2 yang mandi air belon. Hoho. 3 biji belon group aku pecah tengah jalan. Untuk last balloon, sampai kat aku! Wee. Menang! Ada 2 group belon sampai belakang.

Move to next game. Tiup 3 biji telur atas lantai biar sampai masuk dalam kertas kat depan. Jarak ada la dalam 3 kaki. Aku tukang bagi support kat depan. Bersungguh2 aku tengok budak2 ni tiup. Group aku first jugak. Huhu! Melompat2 semua menang.

Last talk by Assoc. Prof. Dr. Hanim Salleh, Bringing Mercy To Creation. Macam lebih kurang tajuk dengan Prof Pauzi, tapi pengalaman diorang berbeza. Antara saintis wanita Malaysia. Aktif dalam IKRAM jugak. Balance dunia ahirat insyaAllah.

Beliau pesan,
“Setiap kejayaan yang diberi oleh Allah bukan atas usaha kita.Sebenarnya Allah nak tunjuk kekuasaan Dia. Pernah dengar Unexpected Result? Tulah dia.”

Tawakallah kamu setiap kali kamu sudah usaha sebaik dan semampu boleh. Have faith in Him.

11.50 bertolak ke Pusat Sains Negara(PSN). 4 buah bas semuanya angkut lebih kurang 60 peserta dan 20 fasi+ajk.

2.00pm sampai PSN terus lunch. Throwback lawatan ke situ masa Darjah 6. Kekanak sangad. Haha. Kitorang nak g toilet, sengaja cari yang jauh, berbaloi jugak cari yang jauh kalau ini yang ada…
Kat rumah kite takde benda warna warni ni, tumpang main kejap aa sebelum naik atas balik. Hahak
Masa turun, orang lain ikut jambatan gantung tu, aku turun ikut gelongsor panjang tu. Line clear, ape lagi...inilah masanya. Hahaha

2.40 masuk PSN, pusing ground floor dulu. Matlamat utama nak g lawat pameran ni


Sebelum masuk exhibition tu, kitorang solat Jama’ takdim kat surau bawah tu. Menyempat main buai tarik tali kat satu corner tu. Haha

Fee untuk exhibition ni RM15. Tak tahu lah budak kecik berapa sebab tiket semua ajk yang uruskan. Peserta tunggu terima dan masuk je.

Masuk je situ, pengunjung diberi sedikit taklimat dan tayangan video tentang tokoh2 Islam zaman dahulu. Dah macam cinema tengok ramai2 macam tu.

A short film, starring Oscar-winning actor Ben Kingsley as al-Jazari, educates visitors through means of historical drama about science in Muslim civilisations.


video

“The Science Museum exhibition 1001 Inventions traces the story of a thousand years of science from the Muslim world; from the 7th century CE onwards, as well as celebrating the shared and universal scientific heritage of other cultures. The exhibition looks at the social, scientific and technical achievements that are credited to the Muslim world; showing how many modern inventions, spanning fields such as engineering, medicine and design, can trace their roots back to Muslim civilisations and their material cultures.”

Impressive video. Good idea and creative.

Masuk tempat pameran, nampak banyak skrin. Lepas tu lawat satu demi satu booth. Booth ke? Kinda lah. Ada dalam 20++ booth.





Ok, kat skrin ni, ada orang akan panggil kita untuk dengar cerita dia. Setiap orang pegang watak saintis Islam zaman dahulu. 
"Hello, Ummi ada?" - budak hilang.

Bila pergi kat booth tu, angkat ganggang telefon, lepas tu tekan button. Korang akan dengar speech atau cerita orang dalam skrin tu sampaikan. Gaya dorang cerita macam duduk live depan kita je. Ternganga jugak tengok sebab gambar high resolution, HD abes. Dah la yang berlakon jadi tokoh saintis perempuan muka lelawa, memang aku perati muka dia je la. Akaka. Banyak dapat informasi pasal tokoh2 saintis zaman dahulu. One word, HEBAT.

The reproduction of a 9th century flying device is also shown...

Abbas Ibn Firnas with his flying device.

...together with a six-metre high replica of the iconic and visually striking ‘Elephant Clock’, designed by the celebrated mechanics scholar and polymath, Ibn al-Razaz al-Jazari.



This is how it works.

video


Aku paling teruja tengok yang ni. 2 kali datang sini.

video


Masa terhad. Masuk situ pukul 3. Pukul 4 pengarah cakap suruh berkumpul kat bas dah. Tapi sempat je lawat semua. Cuma tak serajin-nak-baca-semua. Sempat jugak main game terbang kat dalam tu. Tolong Abbas Ibn Firnas terbang. 3D game. Kepakkan tangan, lepas tu flip. The faster you flip your hands, the higher you’ll fly. Kena amek barang2 and elak burung. Kejap laju kejap slow. Lenguh oi. Tapi tetap semangat gila main. Menyempat Seng amek gambar muka semangat aku. Haha.

Picture via Instagram @bintu_cairo93

Nampak tak betapa laju tangan tu  -_-"
Dah pukul 4 lebih, bergegas keluar memikirkan jauh jugak kalau aku kena naik teksi balik kem in case bas tinggal. Huaa jangan laa. Keluar je, tengok ramai je lagi MYSA-ians berlegar-legar.

The only three survivors of Second Year Student from USIM.

Siap boleh posing sana-sini haa amek gambar.

Dieb, Ikin, Bib


Maka berlenggang mak minah lah aku keluar PSN. Singgah beli aiskrim. Eh wajib lah. Mau nangeh kempunan eskrem dalam hutan nu. Wee ^^ Bas 1 ada lagi, aku dengan Kak Efa je ke yang belom naik? Huahua. Orang dah pandang slek, baik duduk cecepat. Rupanya duduk tempat sama dengan masa datang tadi, bezanya masa datang duduk seorang, masa balik duduk 2 orang dan, orang belakang masa datang tadi dah tetiba ada kat tengah, sebaris. Kan dah kena kat twitter, “AWAL nye kak” . Sentap hati mak nak. Tak lari kem dikejar. Kahkahkah.

Jalan ke Sepang jammed! Mula terbayang macam mana agaknya rasa solat maghrib dalam ladang kelapa sawit. Gonna be a rare experience. Sungguh luar petala budak ni pikir. Haha. Ada orang cakap suruh solat hormat waktu. Takpe2, nasib baik pakcik Bas 1  berhenti kat masjid. Masa tu pukul 7.30 kot. Bas2 lain entah ke mana. Dengar kata Bas 2 teruskan perjalanan balik kem, tapi sampaiii je surau, dah azan isyak. Hm. Apa pun, lepas isyak, semua salin baju, bersiap untuk acara seterusnya, BBQ Dinner !!! Yeyyy!!! Zzzzzzz. Orahng fehnaht tohtahk. Ku gagahkan jua jasad lesu ini demi tidak ditinggalkan dalam dorm sorang2. Tema BBQ Dinner malam tu adalah Retro. ~billaa larut malam~ P.Ramlee ngan Saloma jelah ikon yang aku kenal untuk retro. 

*bad quality due to helpless lighting*


Harem nak tahu lagu retro yang lain, manapernah aku nak amek tahu. Haha. Sampai je terus take a nap kejap atas round table tu. Serios mengantuks. Semua cecantik datang dewan makan dan majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil penasihat program, Prof Madya Norita Md. Nawawi.

Siap semua ucapan, masa untuk makan! Beratur ambil makanan, mimpi nak tunggu orang hidang, ni bukan hotel -.-‘ k. Hidangan pertama yang akan jumpa, Nasi Goreng – skip. Nanti kenyang sangat tak dapat tidur kalau makan nasi waktu malam. Seterusnya, bihun goreng, ayam ala-ala menyamar KFC, daging kambing BBQ, nugget, sosej, fries, coleslaw, orange, sos lada hitam, sos cili dan air bandung. Tak nama makan dah ni, mentekedarah nama dia -.- Krisis identiti makanan dalam pinggan aku. Dah campur semua satu pinggan. Dah takde beza bihun dengan coleslaw. Telan je lah setakat mampu. Dan dan dan, daging kambing BBQ tu super bombastik kebabom punya sedap! Sweet n juicy. Yummeh! Daging kambing paling hampir perfect pernah aku makan kot. *gulp* *drooling* nyesal describe balik. Isk.Makcik nak lagi  L

Waktu makan, ada persembahan live band dari band apatah. Semua lagu aku tak pernah dengar, so pokes makan je lah. Ingat makan ni kerja mudah ke, penat tau. Persembahan diselangi dengan acara cabutan bertuah. Cemana nak tepuk tangan kalau tengah makan bang. Tepuk meja berjemaah. Hahaha. “1100” . Oh nasib baik tak terpelanting nugget aku. Dengan tangan sebelah comot, aku amek name tag nak pergi depan. “Amboih bawak sekali dengan name tag.”  - Pengerusi. Nombor lucky draw aku, aku selit dalam ni la der~ Nasib baik terima hadiah dengan Prof Norita. Dah setahun mengajar aku. Hanya mampu minta maaf tak dapat salam and datang dengan tak proper tangan tak basuh camtu. Aku rasa orang lain pun macam tu jugak kot. Dah namanya selingan sewaktu makan. Nasib baik tak pergi depan bawak pinggan je. Semua cabutan bertuah dapat buku. Aku rasa sebab Karangkraf antara yang sponsor kut. Entah lah. Aku dapat novel.


Oh memang aku baca novel ponnn~~~~~ Kalau tak setahun, 2 tahun baru habis satu novel, tu pun aku layan Hlovate punya writings je. Aha ha ha. Dah dapat tu, syukur je lah kan. Bak kata orang tu, simpan buat kenangan. Baikkk.

Bila band kat depan tu dah habis buat persembahan, ada volunteer nak karaoke. Izfan dari UPM. Sempoi bro. Lagu Fatimah. Haa lagu ni aku kenal, sebab Mawi nyanyi masa AF3 dulu. Haha. Habis tamat the end kholas dinner malam tu. Balik dorm - mandi - tumbang serta merta.

Third Day

Senam n jogging macam biasa then breakfast.


Acara yang paling ditunggu-tunggu.


Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. Satu kumpulan di tempat musang terbang, satu tempat lagi di tempat kayak. Group aku, Ikin n Bib dapat buat flying fox dulu. Wiwiwi! Lepas taklimat dan demo oleh Abang Najib ngan Paan, para saintis muda mula mengambil giliran untuk terbang. Pesanan, “Pakai biar kemas dan selesa, jangan sampai nanti takde zuriat.” Hahaha. Paham2 lah.

Bebudak ISA laid back, kasi orang lain jalan dulu. Save the best for the last katanya. Haha. Memang tunggu orang lain habis dulu baru kitorang budak ISA buat. Nampak tak asabiyyah di situ. Astaghfirullahhalazim. Insaflah wahai ISA-ians. Tiba turn aku, aku cakap nak buat gaya terbalik, bukan upside down -.- keluar la segala isi perut aku nanti. Maksudnya orang lain gantung depan kat perut, aku nak gantung kat belakang, so boleh terbang stylo punya macam Superman. Tapi tak berapa nak stylo lah sebab first time and the very first participant kat situ yang buat cara tu.

Sampai tingkat atas menara tu, abang tu cakap tak boleh buat…kalau pakai half-body harness. Memang tercampak keluar dari body harness tu lah masa terbang kalau pakai yang half sebab dia support pinggang ke bawah sahaja. So abang tu suruh turun pergi tukar dengan full body harness. Mesti orang bawah ingat aku turun sebab abang tu tak kasi buat. Heheh. So aku naik balik bawak full body harness. Pakai kat atas sebab kat bawah takde seorang pun tahu pakaikan cara terbalik. Banyak kali jugak aku pakai n buang body harness tu sebab abang tu lupa cara pakai terbalik. Chill2. Kalau jatuh kat bawah pun, aku jatuh dalam tasik. Berenang la ke tebing. Haha.

video
excuse suara Ikin yang tengah merakam :D

Bila abang tu dah kemaskan semua, aku dah tak sabar nak turun. Abang Ajib, “Kejap kejap, nak amek gambar, nak masuk Instagram.” K fine -.-‘ .Siap pesan, “Nanti buat lek lok, nak amek video, masuk Instagram.” Pulak dah. Aku terjun sendiri kang. Bila siap sedia, 2 bro kat atas pun dah sedia, 2-2 lepaskan aku. Here we go! Weeehuuuuuu!!!

Korang jangan gelak tengok video Superman tak cukup training ni. Sape gelak kena cubit. 
*ok aku lari jejauh, nyorok belakang langsir sesiap*

video

Selonok sangat dapat fly tengok2 bawah freely. Aku ada jerit, “ISA!” tapi takde sorang pun dengar. Janji aku dapat terbang dengan bahagia. Betul2 kat bawah aku, budak2 ni tengah kayak. Waaa best sangat pengalaman tu! Sampai je hujung, pakcik2 dan akak2 datang tarik. Pakcik yang tolong buangkan tali tu borak,”Berani ye kamu, dah berapa kali flying fox?”. “Err, banyak kali dah pakcik, tak ingat dah kali ke berapa.Hehe.” Serentak pakcik2 lain, ”Ooo patut laa.”

Guess what, sebab budak kayak tak datang tempat flying fox lagi, dan orang pun dah macam takde, aku tukar ke half body harness, pergi naik sekali lagi, tapi kali ni yang biasa punya. Ada 2,3 orang jugak la yang buat 2 kali termasuk Kak Efa n El. Turun kali ke-2 tu, abang ajk tu tanya,”Puas hati?” . “Mesti la. G la naik sekali lagi, takde orang.” Takmo pulak.

Sudah lunch, tukar ke kayak pulak. Lepas briefing dari Abang Shuk n demo oleh Haikal n Amira, semua pakai life-jacket. Mula-mula semua kena buat water confident. Beramai-ramai dalam tasik yang tak berapa nak bersih tu.
Bib - Kak Wafa - Ikin - Diebah

Aku dah ke belakang sebab taknak turun awal-awal, sekali Kak Wafa panggil aku untuk jadi group first turun tasik, Pergh. Kelam aku tengok tasik tu. Takpe lah, demi Kak Wafa, tangan kanan tutup hidung, tangan kiri pegang life-jacket di bahu sebelah kanan, duduk mencangkung kat birai tebing, terjun ke belakang berjemaah.

For sure la kaki tak menjejak langsung. Pastu macam best je dalam air. Aku berenang sorang-sorang jauh dari orang. Ni lepas gian dah lama tak swimming. Bestttt. Ke sana ke mari aku berenang. Pastu tolong angkat yang mana nak tenggelam tu. Ajar kayuh kaki semua, kan best berenang ramai2. Tarik Ikin n Bib berenang sekali ke tengah. Aku perati je si Fazli sorang2 lepak minum air kat atas siap boleh baring2 tengok kitorang berenang. Poyo cakap dah selalu kayak. Rupa-rupanya dia taknak kena air tasik yang agak tak berapa nak jernih tu. Jaga kulit la konon? Ceh. Alhamdulillah takde kena penyakit kulit lepas mandi tasik tu~ Semua diarah naik. Tengok2 Ikin tak sampai2 lagi. Kesian tengok dia sorang je dalam tu, aku turun balik, g tarik Ikin ke tebing.

Kayak toime! Kayak tak banyak,so gili-gilir. Tunggu punya tunggu, last2 tinggal couple aku ngan Bib je. Krik krik. Duduk mengenang nasib kat tebing tu sambil pengang paddle.Ikin dah naik dengan Kak Sai, diorang pun dapat naik agak lambat. Kitorang perati je couple2 yang naik awal2 tadi. Boleh pulak tawaf cukup rukun haji. Kitorang merasa kayak pun belum ni. Enjoy the show je lah Bib. Lepas tu ada insan yang tahu berhenti kat tebing. Tukar shift. Naiklah aku ngan Bib dalam kayak tu berdua. Masa tu jugak lah Abang Shuk buat demo cara-cara nak pegang kayak dengan betul masa orang naik. Dia boleh goncang kayak tu masa aku ngan Bib dalam tu. Seriosss nak terbalek rasa nak hulur tangan minta tolong taknak bagi jatuh. Hopeless nak mintak tolong 2 berader yang baru naik tu. Cuak sih. Bila dah dilepaskan, mengayaklah aku ngan Bib. Kengkadang laju kengkadang slow. Ada orang ajak berhenti tengah2, rest, enjoy the view before diseru ke pengkalan. Apa pun je lah janji selamat.

Selesai terbang, berenang n berkayak, maka program perhimpunan saintis muda Malaysia sampai ke penghujungnya. Majlis ditutup oleh Dekan FST USIM, Prof. Bachok. Acara pembahagian hamper pula berlangsung. Alhamdulillah Kumpulan Mikroskop dinobat sebagai Johan kumpulan MYSA 2013. Hamper tinggi. Hahah. Lepas sesi bergambar yang agak havoc dan chaos, baraikan serta agihkan isi hamper. Laju betol bebudak ni bukak hamper. Semua dah nak balik kan. Gonna miss everything J Siap pack, asar, naik bas dan sesi touching sorang2 atas bas meninggalkan  Kem PLKN Princess Haliza. Thank so much pakcik bas yang baik hati hantar sampai depan KKSI. And this never forgotten story ends.

Syukur terpilih dan berpeluang join program ni. Program best, talk best, ajk2 havoc, peserta2 sporting. Perfectoo. Moga2 semua ilmu yang ditimba dapat dijadikan pengajaran dan panduan hidup dalam menajalani kehidupan sebagai khalifah Allah dalam bidang sains. Kesimpulan dari program ni, setiap research atau invention yang kita buat, haruslah berguna untuk masyarakat dan saintis Islam perlu abadikan diri untuk ikhlas berkhidmat memudahkan kehidupan rakyat di samping membuka mata manusia tentang kekuasan Allah. Di setiap kajian sebenarnya, ada benda yang Allah nak tunjuk tentang kekuasaanNya. Secara tak langsung, dengan research boleh mendekatkan diri kita kepada Allah J 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.






Saturday, November 23, 2013

Syair Imam Syafie


Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat.

Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.

Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan.

Berusahalah kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.

Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri.

Sekiranya ianya megalir, ia akan lebih baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.

Monday, October 7, 2013

Amal Ibadat 1-10hb Zulhijjah Yang disukai Rasulullah saw.

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”
.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.”(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)


فليس في صوم هذه التسعة كراهة، بل هي مستحبة استحباباً شديداً لاسيما التاسع منها، وهو يوم عرفة، وقد سبقت الأحاديث في فضله، وثبت في "صحيح البخاري" أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (( ما من أيام العمل الصالح فيها أفضل منه في هذه )) يعنى: العشر الأوائل من ذي الحجة.اهـ

Berkata Al Imam An Nawawi :
"Maka berpuasa sembilan hari (dzul hijjah) ini bukan perkara yang dibenci, bahkan sangat disunnahkan, terlebih lagi pada tanggal sembilan (dzul hijjah), yang merupakan hari arafah, dan telah dijelaskan apa-apa yang berkaitan dengan keutamaan hari tersebut. Dan telah diriwayatkan dalam Shahih Al Bukhari, bahwasanya Rasulullah 'alaihi ashshalatu wa assalam bersabda : "Tidak ada hari-hari yang lebih utama ketika seorang beramal shalih didalamnya dibandingkan dengan hari-hari ini." Yaitu, sepuluh hari pertama dari bulan dzul hijjah." (Syarh Shahih Muslim : 8/320/1176).

Puasa Arafah - 9 Zulhijjah (Isnin - 14 Okt, 2013)

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagaiorang yang taat.”
.
.
Niat Puasa Hari Arafah;
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.
.
Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
.
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuktidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

Sunday, October 6, 2013

Bit n Byte 3.0

Assalamualaikum. Weee mood excited sangat ni. Haha. Ok ok. Tanak bermadah pujangga meleret-leret, kita straight forward je. Lagi pun I ada kelas awal pagi esok. Agaga. Menyempat itu harus. Kan dah cakap excited.

Tanggal 5 & 6 Oktober 2013, ISA Family telah memutuskan untuk buat family day di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor, Malaysia, B…. k.janji taknak meleret. Bayaran sebanyak nam ploh hengget dikenakan untuk setiap perserta. Bayaran adalah beserta baju family day biru laut yang comel.




Hari pertama :

Berkumpul di KK Acacia Avenue dan naik bas sekitar pukul 3.30pm. Ada jugak yang terpaksa naik kereta sebab 2 biji bas tak cukup. Keadaan agak kecoh dalam mengendalikan kenderaan ni. Tapi Alhamdulillah takde yang sampai sana jalan kaki. Syukur okay walaupun Bas 1 punya ekon hidup segan mati tak mahu ditambah lagi setiap kali brek kalah bunyi brek ketapi. Aku respek orang yang dapat lelap atas bas tu. Siyes2  : | Haha. Perjalanan makan masa dalam sejam lebih. Dan berita yang dalam perjalanan, budak ISA tahun 2 boleh dikatakan hampir lompat nak tembus bumbung bas & kereta adalah  . . . . . kuiz DSA n DBMS hari Isnin ni ditunda !!!! Weh, serta merta aku setuju nak join Ikin sebelah aku tido. Kalo tak tadi, muka botox je mikir kuiz2 yang bakal menjelang dengan tak tahu bila nak study ntah dengan program full 2 hari ni. Kesimpulan, kami sayang Dr. lebih. Ngehehe.

Sampai je Nur Lembah Pangsun Eco-Resort tu, seteret masuk dewan. Taklimat bla3, pembahagian kumpulan. Oh well aku pun tak tahu acano nama eden boleh tercampak kumpulan 1. Semangat tak semangat. Nasib baik ada Sua. Fasi : Kak Nadzirah, Captain : Abang Pudin (saifuddin) 4th year.  Ahli lain : Aimi, Nabilah, Huda, Adli, Fadhil, Wase, Omid. Memula semua macam malu2, awkward..ala, macam korang fes masuk tadika dulu, memula kan jeling2 tunduk je kawan baru, lama sikit baru ajak ponteng kelas g beli cikedis kedai makcik sebelah tadika tu en. Ice breaking sikit yang tak berapa nak break lagi, lepas tu solat asar dalam tu. Siap solat, pergi cop khemah, kemas2 barang dalam ‘rumah baru’. 




Dah lama tak tidur khemah. Huhu.

 

Lepas tu g makan malam kat tempat makan. Santapan semua sedap. Thumbs up. Mana taknya, setiap kali makan, takkan berganjak dari depan tray ayam tu selagi tak dapat drumstick. Gigih! Hahaha. Untu makan, ada satu syarat, semua kena basuh pinggan n gelas sendiri lepas guna. Apedehal, bukan suruh basuh sebesen pun kan. Enjoy je memasing sambil gossip pasal foreigner sambil basuh pinggan. Ha, tak gitu. Tipu la kau tak usha foreigner Afgahns yang ala2 Maher Zain belaka tuh. Belanja kau set dinner plate kalau tak.Plate je la. Haha.


Ke sesi malam.

Lepas solat Isyak
*nampak tak foreigner(Afghans) belakang kitorang tu tengah solat sunat ba'diyah*


Aktiviti malam tu adalah culture night. Setiap kumpulan dah diberi tajuk bagi persembahan masing2. Kumpulan 1 dapat pentomin. Rasa macam zaman sekolah pulak buat2 persembahan bagai ni. Tiba part suruh kasi idea nak buat persembahan, semua masuk rapat. Serius r kengkonon. Tapi nak tau, captain kitorang tu tak tidur malam kalau tak buat orang lain gelak. Aku syak kapten aku tu nakal masa kecik. Suka usik orang. Betul kata Bib. Haha. Meriah kumpulan tu. Oh ya, kumpulan kitorang ada foreigner, Wase from Afghanistan. Very nice person. Tak over macam sesetengah foreigner lain. Baik je. Budak fes year. So cakap kena mix la malay-bi-malay. Bincang punya bincang sambil menokok tambah yang patut dan tak patut sambil boleh gelak guling2, akhe kata putus buat Perkahwinan Melayu. Sebab tu idea aku, maka inche kepten suruh aku jadi director. Apa aja. Siap story-line, bahagi watak n terangkan story. Alhamdulillah dapat kerjasama dari semua ahli dan kak fasi cantik kami, Kak Nad. Nak totak(tahu tak), budak2 ni letak Wase jadi groom. Kira okay la kan, x banyak pun kena buat. 



Dan yang paling rasa nak tutup mulut dengan kain langsir lepas tu gelak sekuat hati……..kami beri kepercayaan besar kat Abang Pudin untuk jadi bride. Muka pasrah ke redha ke aku tak tau lah, yang pasti budak2 ni dah guling2 atas karpet tengok Abang Pudin. Hahahaha.





Aimi n Nabilah jadi suara latar. Aku narrator. Sua n Huda pengapit. Adli n Fadhil bersilat.

Pukul 10 malam persembahan start. Dipilih secara random oleh pengacara. 


Semua persembahan adalah berdasarkan kebudayaan yang ada di Malaysia. Sabah, Sarawak, Cina, India, Zapin, Dikir, Wayang Kulit, Nasyid, Utara n  lain2. Semua orang sangat2 lah sporting dengan senior2 yang taraf2 finalis raja lawak, foreigners yang involve dan bersungguh dalam melakonkan semua watak, budak2 kuliah yang pantang bertemu je mesti tegur tak kira apa nak cakap even a ‘hi’ serta adik2 junior yang nampaknya sangat agresif dan berani. Tak lupa jugak hilai tawa dan sokongan penuh profesor2 dan doktor2, n ketua program single kami, Dr. Diana yang stay dengan ISA family sampai habis program. Masa tu jugak lah nak kenal2 borak dengan foreigners yang ala2 Maher Zain la One Direction la. Yang nigga taknak pulak borak. Haha. Nigga semua satu kuliah, nak kenal amende lagi kan. Haha. Keluarga besar ini sangat happening malam tu! Everyone was enjoying themselves to the max. Sampai sakit kepala ketawa banyak sangat. Pukul 12 lebih baru habis semua persembahan. Lepas tu acara penyampaian hadiah. Yang ni tok sah bimbang, semua kumpulan dapat hadiah. Semua sama. Kategori kumpulan je lain2. Kumpulan Stuxnet (kumpulan 1) dapat kategori Kumpulan Paling Havoc.


Majlis malam tu tamat. Lepas agih2 makanan hamper, pergi supper bubur kacang hitam dengan sagu. Ok, tak nyesal jalan jauh sikit dari dewan ke tempat makan tu. Haha.

Balik khemah dah pukul 1 lebih. Tak kira orang nak mandi esok ke lusa ke, aku tetap nak mandi jugak malam tu. Eh, pagi pukul 2 tu. Segar! Memang lena lah tidoq. Aha, aku sekhemah dengan Cheri,Lala n Ikin. Khemah bawah pokok. Huhu. Best tau. Nak tidur, kitorang bukak lapisan yang luar je, lapisan jaring terzip rapat. Angin masuk, sijuuuk. Kawasan perkhemahan perempuan sangat2 terasing dari kawasan perkhemahan lelaki dan adalah kawasan larangan. Boleh keluar masuk free hair ^^

Rasanya dalam pukul 5 pagi, hujan. Rasa macam ekon suhu 13’C. Ketar mulut weh. Kongsi2 la selimut. Hujan sekejap je. Angin yang lebih2. Pengalaman yang sangat best! Mana nak dapat macam tuuu. Takkan balik kampung nak g pasang khemah belakang rumah kat kawasan hutan duduk situ. Walaupun sejuk, tutup mata rapat2 jugak nak nikmati tidur dalam chill fresh air. Pukul 6 bangun subuh. Terrrbawak sabun nak g amek wudhu. Kemain hasut orang jangan mandi pagi, last2 sendiri terrrrrmandi. Dia punya sejuk rasa sampai tulang. SERIOS! Tapi best sebab rasa segar dia lain macam. Air bukit wuu. Bawak balik rumah boleh tak? Hmm.
Lepas subuh berjemaah dalam dewan, buat tahlil untuk kematian Ibu kepada budak kuliah aku, Nurul Nazihah yang pulang ke rahmatullah dua minggu lepas. Al-fatihah. Nurul DL masa sem 1 dulu.

Balik khemah kejap.





Lepas sarapan nasi lemak, semua berkumpul kat tempat berkumpul Al-hambra atas bukit sikit. 


Warming up lepas tu ranger bagi briefing pasal jungle trekking. SCONE(my class) sangat dukacita bila tahu kena gerak dalam kumpulan. Means tak dapat la together gather jungle trekking. Shedih. Kena jalan dalam satu barisan je. Kalau jalan in pair, ranger tu cakap dia hantar balik. “Hantar balik Kelantan terus tau abang ranger.”-dalam hati. Akaka.

Keluar dari eco-resort tu, lalu jalan tar dulu/jalan kampung. Oleh kerana kena jalan dalam kumpulan, jadinya aku jalan sekali dengan Sua, Adli n Wase. Sua n Adli budak kuliah aku. Wase je la tahun 1 tapi masuk ngan kitorang. Sepanjang jalan nak masuk hutan tu tak terasa sangat pun sebab kitorang 4 orang asyik borak. Banyak tahu sal dak Wase tu, lepas tu dia banyak bertanya. Bagus. Sua la paling banyak melayan adik junior tu. Haha. Masuk hutan sikit, semua berhenti kat satu kawsan lapang. Ada briefing lagi. Masa tu air mineral Adli yang tak bukak lagi dah jadi hak milik kekal Sua ngn aku. Mekasih2. Haha. Bila nak sambung perjalanan tu, dah takyah duduk dalam group. Ok, SCONE kembali ceria bila dapat bersatu kembali. Maka bermula lah jungle trekking kami. Jalan lembap sikit sebab pagi tadi hujan. Tapi just okay je. Tak licin pun. Aci nak kering, basah balik kena river cross.Bila kena river cross, sangat excited sebab air tu jernih. Dan sejuk. Sampan kasut memasing. Kat river cross la kasut Pika tamat riwayat satu persatu. Kesian Pika. SCONE banyak membantu dia terutama Bib sepanjang jalan naik atas. Jalan banyak batu. Sebut je nak saiz adik ke abang ke tok nyang ke, semua ada. 


Batang2 pokok ada yang jadi penghalang laluan. Ada yang kena langkah, ada yang kena masuk bawah rintangan batang pokok.


over reaksi dia ni

Dah asyik pandang bawah memasing jaga step, kengkadang akar melintang paras kepala tak terperasan, ada yang terhantuk la, tersangkut la. Normal.  Kalau boleh taknak pegang/sentuh pokok2 atau daun2 kiri kanan tu, sebab takut Abang Tah ngan Abang Cat nak tompang jungle trekking. Sua yang depan aku main2 je tarik keluar Abang cat dari baju dia. Sesak nafas aku tengok. Aku nampak je Abang Cat2 yang tengah stretching tunggu nak tompang. Dah tempat dia, memang takleh lari dah.
Rasa macam jauh dah mendaki, 15 minit sekali ada je yang tanya dah sampai ke belum. Soalan paling taley blah, “Kita dah sampai Kelantan ke?” banyak la ko punya Kelantan. Haha. 


Ana sampai cramp2 kaki. Tapi tu kami tak risau, Ana ada Abang Deli jaga. Hahaha. Caring gila kot. Penat aku maen cubit2 siku2 ngan Belle kat belakang tengok orang depan. Haha. Lawak lahai.

Hampir sejam redah macam2 halangan dan rintangan. Nampak air terjun. Naik gear 5 terus jalan.



 Melopong nampak air terjun jernih. Cecepat tarik SCONE g duduk bawah air tu terjun. 


Benam kepala dalam air kat batu tu, pejam mata. Dunia seolah2 hilang. Hanya tinggal aku dan Dia. Subhanallah, perasaan itu.

Air crystal clear. Pusing belakang, tadah tangan kat atas sikit, minum. Macam air mineral.


Ramai pakat isi air dalam botol. Lepas tu gilir duduk kat bawah air terjun tu. Tapi banyak di-konker oleh foreigner. Sabo je lahhh.


Pastu pakat percik2 air, paling kesian bebudak ni nak selam Faris dalam air. Ces, adik SCONE tu! Len kali benam lama sikit. #eh. Haha. Tak2. Tak baik buat kat budak innocent tau korang ni. Aish.

45 minit kot berhenti kat air terjun tu. Ada satu group dari mana ntah, baru sampai kat situ, so kitorang pun move on la. Dah puas main air. Maka semua pun patah balik ikut laluan tadi. Balik dalam keadaan lencun camtu ah. Dah takde riak muka memasing. Namun kepuasan tu ada. Berbaloi sakit kaki panjat bukit.
Nak jalan keluar dari hutan ke jalan tar/ jalan kampung tu, semua concern ngan Pika yang dah tak berkasut langsung,tinggal stokin je. Berpapah kiri kanan. Mesti sakit kaki Pika sebab serius banyak batu kat kawasan tu. Sedih tengok :’/
Tetiba bila dah naik jalan tar, nampak Pika dah lari pakai kasut. Then nampak Wawa kat belakang. Masa tu majoriti the SCONE tengah jogging/lari kejar Faris kat depan nak makan awal. Hassan ngan Cai kejar Faris. Yang perempuan pun ikut lari. Macam adik-beradik tengah main kejar2. Waaa, comelnya.
Balik cerita Wawa, masa tu aku tengah jogging nak balik resort tu, tanya Wawa apa jadik. Wawa bagi kasut baru dia kat Pika suruh pakai, takpe dia kaki ayam kejap. Situ jalan tar dan waktu tu tengah hari, panas. Saat tu jugak aku rasa nak terduduk, Ya Allah, macam ni ke ukhuwwah. Pengorbanan untuk sahabat. Nasib aku tak bercucuran air mata kat situ je. Tahan tahan,” Jom Wa aku teman ko jogging.” Jogging2 ni dah rutin sebab Wa budak tenis, aku pulak 18 round setiap kali sebelum training dulu. Layan je budak2 the SCONE yang tengah lari2 kejar2 usik2 depan belakang tepi kitorang. Lega tengok Pika dah senyum lebar kat depan sebab tadi dia paling banyak dugaan.

1.30 tgh hari sampai kat tempat makan, nampaknya The SCONE mendominasi kawasan tempat makan. Nampak benor lapor. Haha. Dah siap makan, g mandi, solat, kemas barang, letak beg kat depan. Pengarah program bagi ucapan sikit dan majlis penutup secara tak rasmi sebab buat sambil budak2 ni tengah lepak kat tempat makan. Ambil2 gambar, angkut beg masuk bas.





Naik je bas, terus lelap. Letih benar gamaknya.

Alhamdulillah semua balik dalam keadaan sihat walafiat, xde yang injured teruk. Alhamdulillah jugak sebab rasanya objektif program ni tercapai, merapatkan ukhuwwah antara seluruh warga ISA dari pengajar, alumni, final year, 3rd year, 2nd year n 1st year students. Paling rasa antara budak kelas n budak kuliah. Alhamdulillah semua :)