Tuesday, January 29, 2013

ALSP II

Siapa cakap cuti tak best konfem la PENIPU BESAR. Tapi betul apa, cuti tak best bila ada pihak yang mengganggu cuti kita. ok,so tukar jadi PENIPU KECIK. Bak kata Tok Sedara aku, usim ni kedekut cuti. Ahah. Sangat. Ada ke cuti sem yang sebulan tu dia nak masukkan program bahasa bagai. Language Support Programme. Apake tak cukup 6 credit hours for each language subjects nak support2 bagai. Buat la program bahasa asing lain pulak, lagi best apa. *xde la masuk blog kena kutuk cenggini en :p

     Makanya, lepas final exam, balik rumah seminggu dan pergi balik Nilai untuk seminggu. Ulang alik macam tu la. Agaknya syarikat kapal terbang ngan syarikat bas tu ayah aku ponya. Dah la aku roommate paling last tinggalkan bilik tu, dan aku orang pertama rasmi bilik masa cuti tu. Kan 'sayang' KK1 *tangan ke bahu. Kali ni balik kolej bawa kek coklat *asal makanan je bold ^_^ untuk bagi kat roommates. Bawak dua kotak. Lagi satu umi suruh bagi kat orang yang hantar kat airport itu hari. Aih boleh pulak nak amek tak nak amek, lantak kau lah. Bukannya hengen sgt nak bagi kau. Tu pun umi suruh. Baik aku pos Terengganu #eh. Last2 2-2 kotak roommates aku baham. ngaha. Fyza pulak datang bawak spaghetti n trifle. Mimi panggil Tofle. Tofle pon tofle la Mimi... Mimi bawak sardin masak gulai lemak. First time aku rasa. Em, macam kuah nasi belauk je. hehe. Anyway, semua sedap. Baik, dah boleh pergi kursus kawen. Lulus.

     Hari pertama ALSP(arabic language support programme), sumpah tak ada mood. Pakai pun kurung hitam. Nah. Protes yang jelas. Sampai je kelas, duk barisan second last. Ustazah masuk. Muda. Tinggi. Cantik la jugak. Suruh budak barisan last duk depan. ngehe. So, I was in the last row. *tepuk2 tangan.hooray2! .
Sesi yang memang dari semalam aku dah agak untuk hari ni, taaruf. Typical typical typical. Dia 26. hm. akak2. Lepas tu bangun bagi tahu nama n fakulti. Aku suka bila takda orang amek kesah bila aku introduce diri. Betul ni. Next? apa lagi, sesi habiskan duit pelajar lah. Macam biasa, mesti kena beli buku. Dalam hati memang ingat nak fotostet je..tapi ingat keberkatan bla3, maka beli tanparela. Boleh pulak Cai g fotostet buku tuh masa waktu rehat. Menyempat. And know what, dia lagi bijak dari kau. Buku yang entah apa2 tu cost us RM15 dan Cai boleh dapat yang fotostet dengan RM5. gila shial. Ah lantak, kira sokodah (sedekah)

First belajar, pasal jumlah. Pengsan. Bangun balik. Ingatkan mimpi salah ke kelas ke apa, celik mata leluas, keluar balik tengok papan tanda kelas, oh malangnya itu memang BKS 2.1 FSU. Whada heck. Come over for a week for this ?! Shoot me please. Lagi tak menahan, tulis2 kat depan lepas tu semua orang wajib salin. Nanti dia cek buku sengsorang. Ujajah thepi shikit, shaya thak nampak waibod. *Jangan gelak baca ayat seterusnya. Lepas salin, dia baca kekuat, ok semua orang ikut. Tak dengar, ulang lagi dan lagi. *jatuh rahang. Tadika Sains Islam Malaysia. smart2. Takdenye aku nak ulang baca kekuat wei. Setiap kali diorang ikut baca apa yang kat depan tu, aku ngan group aku tergelak. Serius lawak doe. Mix rasa sakit hati sebagai rempah juga. Perkataan yang asyik aku ngan Bib ulang, "tak leh terima..tak leh terima" sambil geleng kepala beserta tahan gelak melampau. Masa tengah hari tu ada budak tahun 4 masuk. Kena repeat ALSP la tu. Yela, program ni wajib bagi semua budak tahun satu kampus Nilai. *bersorak la budak kampus Pandan.cubit nanti. Budak tahun 4 tu esok lusa dah nak praktikal, tapi kena datang program ni jugak kalau nak graduate. Tengok penting tak penting program yang tak penting ni. 

Terus je belajar sampai pukul 7 petang. Ha a, 7 la habis. *nangis. Dari 8.30am - 7 pm tadika ni. Mesti mak bapak aku bayar mahal. Kan. Masa nak habis tu, ustazah panggil nama sengsorang. Lepas sorang2 angkat tangan. Kau yang tengah tolong ustazah simpan alat LCD kat depan tu toksah la toleh2. Mengada. "Adiebah" angkat tangan dengan semangat. Kang ustazah tak perasan aku, aku taknak repeat benda ni. Pastu, "Oooo...Adiebah". Double geram. Kau dari awal kau masuk memang spot aku je kan, asal soalan sikit cakap baju hitam baju hitam siap tunjuk2 aku. Mentang2 forth year. Siap kau. Kerja sekolah ustazah bagi aku dah siapkan di celah2 waktu terbuang masa belajar tu.

     Hari kedua, takdok mood jugok. Pakai merah menyala top to toe. *adakah itu juga tanda marah membara? oh.jangan salah sangka, memang tak salah pon. Belle siap cakap nak turun kul 8.30..kelas start 8.30 kot. haha. Tunggu orang tu orang ni, pukul 8.45 baru gerak pergi kampus. Masak la. Tapi ustazah baik. *baik, pijak kepala pulak.Tu la manusia.ish2 mengatadirisendirinampak . Ustazah tanya jugak kenapa lambat, bas lambat ke. Padahal semua naik kereta. Takkan nak cakap, sesaja masuk lambat ustazah, alamat masa tu jugak kena hambat la oi. Agaga. Senyap tak cakap apa-apa.

Hari ni sambung belajar jumlah tambah cara2 i'rob sikit (yang belajar masa form 2) . Sabar, jangan menjerit. dush. mood skema :: Pada hari kedua, setiap kerja yang diberi perlu dibentangkan secara berkumpulan di hadapan. Oleh itu, kami sekumpulan berasa loya kerana harus membentang banyak kali pada hari tersebut. :: Kata nak kelas santai2 je...skema je bentang2 bagai. Aaaaaagh...! Seriously, aku pasif dalam kelas ni. Tak tau kenapa, susah atau tak pernah aku sepasif sedemikian. Mungkin tak boleh terima cara mengajar tu. Kena paksa salin, ikut benda yang dah hancur lumat dalam kepala. Please la. 

Bila kelas takde buat apa-apa @ kerja dah siap @ boring nak mati, aku ngan Bib boleh pulak keluar jenjalan lawat FSU tu. Kadang2 tu siap boleh makan seround kat kafe tuh, lepak2 lagi haa. Tengah kelas tu wei~ Taiko you. Haha.

Hm, aku perasan yang semakin ramai budak tahun 4 masuk kelas ni. Menyemak okay. Dah la tu, bising gle. Menyampuk2 ustazah cakap, tanya soalan tak cerdik masa orang present. Paling kepada paling geram bila asyik aim aku je. Dah tawu nama, nama aku je la kau reti sebut. Bila group diorang dah habis present, memang aku awal2 pesan kat group aku suruh bersedia sebab tawu mesti group aku yang kena tuju and be the next presenter. Dan tak pernah tak betul la semua tu.

Bila dah petang, ustazah cakap nanti setiap kelas wajib buat persembahan. holala. Persembahan pulok. hui. Aku awal2 angkat tangan volunteer jadi penulis skrip, taknak masuk persembahan. Fine2, abang yang selalu aim aku tu jadi pilihan ustazah untuk conduct persembahan. *ustzahmemangpandaipilihyanghensemkjekan. Abang tu tanya sapa nak jadi penulis skrip, maka satu group aku angkat tangan. Termasuk terselit si Hafiz seorang. Abang tu tunjuk siapa yang tulis skrip. Masa dia tunjuk2 orang yang tengah angkat tangan tu, kenapa boleh aku di-skip. hoi. Aku tengah angkat tangan lah ni. Count me in. Paksa aku masuk persembahan, memang tak ah. Sesuka hati kau nak arah. Aku duduk kaku je atas kerusi sambil berdiskusi pasal skrip dengan group penulis skrip. Boleh nampak muka tak puas hati di pihak sana. Heh. AAK. Balik kelas, pergi Domino beli 3 large, 3 regular untuk 12 orang budak perempuan kelas aku makan. Then pergi beli tiket nak balik Kelantan.

Malam tu ada diskusi pasal nak buat BBQ kelas dan nak bincang pasal skrip. Bincang kat surau. Dalam 12 orang kot naik surau masa tu. Ada halaqah usrah kat sebelah lagi. Selalu kena ssshh kat diorang. Hahaha. Mana taknya, masa bincang BBQ, ayat tu tak pernah nak serius, asyik buat lawak je, berdekah2 la masing2 gelak. Kahkahkah *ha,macam tu la lebih kurang bunyinya. Pukul 11 yang lain dah balik bilik masing2 tinggal yang buat skrip 5 orang. Aku, Syamsina, Bib, Wawa, Hafiz. Gigih serius buat skrip. Aku amek lappy Hafiz bukak twitter. Tweet2, kadang2 diorang tanya pendapat aku. Masing2 bagi idea. Tengok FB Hafiz (akaun dia) *tanpapengetahuanapis, Bib suh approve dia. Tengok kat Friend Request dia, ramai gila dia x approve.woh. hot setap sungguh kau ea. Jual mahal pon boley. Tapi kitorang dah masak dengan kau. Lali dah. Takde nak admire kau ah. kahkah. Ting, pukul 1 pagi. Dah la wei, aku berapa kali acah baring duduk kat situ. Skrip pun da siap, zass. Bed, i'm comin. Penat astaghfirullahhalazim.

    Hari ketiga kena tepat masa, sebabnya ustzh dah warn semalam, sapa lambat duk luar. Pukul 8.30 dah sampai kelas. Tau takut, haaaa. Sekali ustazah yang lambat. aigoo. Dia xjumpa kelas la, forgiven ^_^ . Belajar Fadhlah (penyedap ayat. em sedapnye..nyum2) .Bentang lagi dan lagi. Kali ni aku dah slumber pakai seluar dengan blouse skirt labuh. Sempoi la kelas last. hoho. happy super duper. Ok, masuk bab i'rob je group aku tolak aku suh present. Hak iyo lah. Sonang je pon. Masa nak start cakap masa present tu, menyempat pulak ustazah, "Ok..ok bagi perhatian. Ini penting untuk recap apa yang kamu belajar (masa tu kena present recap pasal mubtada.ha,senang kan) . Tengok depan kat whiteboard semua, bukan tengok orang yang present." ke-situ-pulak-.-". Mubtada adalah isim yang ada kat depan jumlah ismiah bla9.......

Tengah hari sampai petang prektis persembahan. Geng tulis skrip duduk senang lenang je la kat depan sambil betul2kan gaya, sebutan dan intonasi choral speaking tu. Abang conductor tu tiba2 suruh Hafiz tulis skrip kat whiteboard, aku back up la cakap suruh la orang lain yang tak masuk persembahan mahupun tulis skrip tu. Sebabnya Hafiz dari tadi ke hulu ke hilir betulkan itu ini. Kesian lorh. Abang tu cakap, "Aku suruh Hafiz tulis, tulis je lah." Peh menyirap doe....Aku pun, "Eh, kau tak faham ke apa aku cakap tadi..." *nasib baik tak berdiri sinsing lengan baju je~ *berani ke?Itu semua poyo! Aku nak sambung tapi kawan2 aku tarik suruh senyap dan cool down. istighfar ---mohon penuh kesabaran dalam diri--- Tengah2 prektis, yang tulis skrip ni tolong la tambah/betulkan apa patut. Tetiba conductor pergi cakap dengan ustazah suruh pujuk aku masuk. Ustazah pulak aih, "Kenape?? sebab dia buah hati kamu?" . Allahhuakbar. malu gila. janganmenangiskatsini. taktaunaksalahkansiapa. Buat2 tak dengar je pastu cakap2 dengan kawan2 aku. Like nothing happen.
     Malam tu Belle n Fana datang bilik, tanya pasal persembahan tu. Ingatkan nak tarik diri, rupanya datang bagi cadangan, apa kata semua kelas kita masuk, dengan syarat semua budak tahun 4 tu tak masuk campur langsung. Rasa macam firework tengah berdentum2 gembira. Dalam kelas ALSP kumpulan 46 tu, majoriti budak tutorial kelas asal kitorang. Tambah budak2 sekuliah 5 orang dan 7 budak fakulti lain serta hampir 8 org 4th year. So, aku,Belle ngn Fana call semua orang bagi tahu cadangan tu dan semua setuju. Alhamdulillah. Hafiz pun dah konfemkan dengan abang2 tu yang diorang tak masuk persembahan. BAGUS. Tidur lena malam tu. Ghahaha.

     Khamis, 12 RabiulAwal 1434. Banyakkan berselawat :)  It'sMaulidur Rasul and such a beautiful day. Sengaja melekat bertempek lama2 kat katil tanak bangun. Nikmat wo extend tidur lepas 2 hari dengan kelas penuh.PACKED!
      Bangun senyom lebar tengok fon. Berbunga-bunga. Aha. Dah2 la mengigau..bangun..basuh baju (mesin). Jemur.
     Petang pukul 2.30 ada latihan kat HEP. Aku dah bayang buat free show amal kat tempat terbuka kat situ. Tahan je la muka tu nanti. Pukul 2.30 baru nak kua bilik, mesej berderu2 tanya duk mana. Ah,yela2. Jalan kaki tengah panas panjat bukit pergi HEP tu. Cari depan bilik MPP takde, sekali dapat mesej suruh naik tingkat 2. Rupanya dalam bilik. Peh. Ekon benda fes yang aku aim. Panas. Masuk bilik mesyuarat yang besar tu, tengok ada Inche Ketua sorang je. Fiqah ngan Yana lesap mana entah. Pintu bukak leluas, masuk pergi cari suis ekon, nak turunkan lagi suhu. Tak jumpa. Kuciwa. Pastu duduk je kat meja tu. Ngadap Inche Ketua tekun salin skrip. Oleh kerana dah biasa, maka cakap takde lapik2, duduk pun takde nak control2 bajet ayu. Be my-self. Borak5. Tetiba masa tekun salin tu, dia sambil2 cakap (dah la kunyah chewing gum,ingat macho la??eh,ke muka kau cantik ada tulang pipi sebab salu kunyah cwhg gum? cesss ) , "Semalam senior tu minta nombor kau" . "Kau jangan Hafiz, cekik kau nanti, aku dah serik, tak larat dah." Tapi Inche Ketua cakap dia takda no aku. waha. Aku cakap kau tipu senior tu, kau nafikan. Katanya, dia takda no Adibah, dia ada no Adiebah Khailani je *senyom. Ketua memang terbaik defend anak buah. Respect toing toing. 
     Pastu semakin ramai masuk. Bestnye kumpul macam ni. No study. No teacher. No assignment. huhu. Bilik pun dah sejuk. Bila dah cukup, maka mesyuarat mula. Test nyanyi dulu, then berlatih berlatih berlatih dan rehat dan berlatih. Masa berlatih, oleh kerana aku duk row tengah, Auni yang duk tepi aku, bagi idea letak skrip kat belakang orang depan sebab malas nak pegang2. Tau apa, kitorang pin skrip kat tudung Belle (belle depan aku) hahaha . Semua yang belah2 aku tu pandang belakang Belle. Jangan la Belle keluar bilik macam tu, habis la kitorang. Hahahahah. Bila dah letih, berhenti, balik...dalam pukul 5 lebih jugak la. Alhamdulillah semua bagi kerjasama sepenuhnya. 
Mesyurat lembaga jembalang.

     Pagi Jumaat kena pergi kelas sebab ustazah nak tengok latihan persembahan. Yang selalu naik kereta, hari ni semua jalan kaki pergi FSU. Tau la tak belajar, 8.45am baru mandi...sabo je la.haha. Bayangkan pukul 9 lebih baru start jalan. Bas takde. Maka berjalan la 7 orang makcik2 ke FSU. Semua mesej totot totot. Tanya duk mana la, bila nak sampai la. Kitorang selamba terkedek2 naik turun bukit2 kat USIM tu. Ada ke patot classmate aku nak naik tangga yang kena lalu banyak kelas tu, ray ban pon tak bawak, kau jangan nak malukan kelas ea, haha. Lead ke tangga hujung yang paling dekat dengan BKS 2.1. 9.30 baru masuk kelas...semua muka botox tak beriak dengan zero rasa bersalah masuk kelas duduk borak3. Orang dah tunggu sejam hoi. Lek r, bukan ada apa pon...ngehehe. Bila semua dah ada, start berlatih. Bila dah menghadap kelas tu, baru perasan ada satu tunggul sesat dalam kelas tu. Kata budak tahun 4 dah taknak masuk campur persembahan ni. Kau apkes?? Maybe sebab dia ex-conductor, so datang nak tengok conductor baru. Tapi tak pulak kata classmates aku yang lain...katanya sebab nak tengok budak degil. Ghahaha. Tak lawak okay. Oleh kerana tak tau nama, semua panggil dia abg diebah. Oit, aku sah JAKIM anak sulung. Kembar aku tu pun lahir 10 minit lepas aku,so dikira adik. Takde abang! *IGNORE*
Semua dah puas hati, tambah gaya sesikit. And Done :)

Petang pukul 3 pergi FEM. Persembahan buat kat sana.


ehh..makcik cleaner nak gambar jugak 

Crowded. Masa ni la bila hafal skrip terus masuk zup zap satu2 dalam kepala.
Nervous mode on.

Ladies. Tak cukup chorum.huhu. Sorang2 sejuk mata memandang...
Tema : Jubah hitam - Tudung warna warni. more colour please~

Nak amik gambar je pon, tak payah la nak ready semangat sangat

Cai nak tunjok vest kelab penyayang tuh...ha iyo lah.Mana kau rembat entah

Solat hajat ke bro ? -.-"

Menyempat seround berlatih dan dan kat situ jugak. Masuk dewan, duduk nak yang atas paling belakang. Berdaulat aje. Kat situ kumpulan 41-50 buat persembahan. Kitorang 46. Tengah, kira ok la.
All Black - ini cool (warna). Kumpulan mana entah.

     And.....show time *video will be uploaded later on next post - nanti komen sendiri. AWAS! Jangan kutuk teruk sangat. hee

     Bila dah siap show tu, *hamboi.bajet retis show bagai. keluar je dari dewan tu, semua jerit lepas perasaan..yang laki main lompat katak. Gembira+lega+seronok+nak marah si faris tak buat gimik yang dah dirancang tu. *serius rasa nak smackdown kau faris.

Masuk balik dewan, duduk....photogejikx toime (bunyi macam foto-keji je :D ). Dah tak kesah sekeliling dah. Konon la dah akhir, takde orang kisah. mukatakmalu

Blurr is always an art. err
Enset tu mesti...melekat
yey ! Ini kami-kami. sumi-sumi pon boley. Seronok kerja dengan kamu semua <3 p="">

Majlis Tamat. ALSP II TAMAT. Hah O_o. Betul ke ni? Naik awan jom! hepi sesangat seh! Tak sangka penderitaan seminggu tu akhirnya ada penamat jugak. fuh. loga.


Walaupun tak menang first or second, kami tetap gembira dan bangga.
That moment when your friends just like your siblings all the way for a beautiful teamwork :')

See, macam mana ketidakpuasanhatian dari awal program ni boleh ditutup dengan satu rasa persahabatan yang indah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kalau tak gain from the learning pon, at least gain from the moral and people kan. So, harapnya dah tak ada program boring macam yang awal2 tu, dan tolong lah make a sense buat program yang berkesan sikit untuk budak u ni...

All said and done, sorry for anything that might hurt anyone and thanks a bunch for everything that made sense during this programme. May Allah bless everyone. Chill "v

*rasa macam kena banyak istighfar je bila ingat balik citer ALSP ni.hoish




Saturday, January 5, 2013

Ateh sudah tua, gigi tinggal dua...

   Cara pengenalan pendahuluan tu bermula dengan tak baik. Bergaduh pulak tuh. Musuh ketat erat2. Sebab? Novel Tunas by Hlovate. Pengantara- Nael *my-so-called-lil-sis :) .Padahal tu novel Nael. Aku ngan ko lak yang berebut. Pastu marah2 kemain, sebabnya nak suruh cepat2 tandatangan n bg komen kat kulit blkg buku tu macam Nael suruh. Aku pun tak paham kenapa perlu baran gila masa tu. Rasa macam nak roll dengan stream-roller je masa tuh. Tak cukup lagi, komen, gaduh2 kat Friendster *ntah ke mana da laman tuh. Masa berlalu, things were getting better. Semua dah cool down. Nak raya kan, kena lah maap2 *kesterpaksa.tu pun ayat sarcasm gila mintak maaf, "SHRA,minta maap.Tapi aku tak tawu la nak minta maap apa,aku bukannya ada dosa ngan ko pon. *siot. Year by year, masing2 dah masak kaw-kaw dengan perangai masing2. Senang je detect ayat kalo ada something wrong. Then, suka ceghita. Ko citer aku, aku citer ko...Tiap2 hari lepas balik sekolah, wajib ada laporan apa buat kat sekolah. Masing-masing nak belagak aktiviti masing2. Ko cara ko, aku cara aku. Benda2 gaduh, kutuk, tikam-lidah - itu rutin. Dalam pada masa yang sama, takdelah semua benda buruk je. Ada masa aku jadi kaunselor ko, ada masa aku yg kena kaunseling. Most of times jugak, bincang pasal kemusykilan agama. Ko tak tahu, aku tanya ustaz/ah aku, 2-2 tak tahu, ko tanya murabbi ko. Hikayat hidup ko pon macam buku sejarah yang aku khatam habis *tak tau la kalo ko ada koyak muka surat mana2 kan :) . Tapi sume cerita yang dikongsi tu bersebab. Sharing is caring. Apa guna kawan kalo bukan untuk kongsi masalah. Berat sama dipikul, ringan sama ditiup la kan.heh.pemusnahbahasa-itu aku. Yang mana aku leh tolong, aku tolong. Ko pon sama. Apa pun, manfaat tu sentiasa ada. Semua balance.
   Dan yang paling penting, ini paling aku soka sebab takde orang lain setakat ni yang macam ko - heartless habes. Takde tacim2. No feeling2. Tak makan dalam. Rock all da time. Feeling is killing. Bagos. Keep it up. Kawan yang sebenarnya kawan. Dan, tima kasih paham aku, tahan ngan perangai aku yang up and down mcm lif ni + yang kasar gila maot ngan ko. haha. Aku kasar because I have to. Paham la kan. Dah 6 tahun doe kawan, lama gilax aku rase, kawan baik aku sekarang pon x selama ni. Aku harap, kekal kawan sampai mati. InshaAllah. 
   Mesti sentap kan aku tak wish. Hahahahaha. Troll yang tak lawak langsung. Geng ngan sis ko. Ok, nah -


Sanah Helwah Sha - Ateh

moga - baik-baik semuanya *pnjg sgt nk toles kalo nak listkan.bykSs.aku nak tido

Yang rajin, *walopon ayat macam keling sikit.eh tak,banyak -akungantokokay-
Cik Long. @emoloverezdidi *nakjugakkk-.-"