Wednesday, May 22, 2013

Berpagi-pagian.

Pagi-pagi gigih *oh gigih ke* siap-siap. Janji pukul 7 dah kat track, tapi pukul 7 tu tengah siap-siap lagi. Disiplin Adiebah, disiplin. Tiba2 ada mesej pagi-pagi hari tu. Kamu :) Dengan kata-kata semangat dan harapan, aku jadi lagi bersemangat. Maka terjadilah sesi verangan 3saat. kbye. Outfit siap, MP3 on. 0715 berjalan keluar Kukiwan. Ada la 2,3 orang yang dah hidup masa tu.  Jalan tepi-tepi, sambil hirup udara segar. Pheuw. Ni kalau jalan dengan partner best jugak nih. Eh

 Hari tak terang sepenuhnya lagi. 
  
Sampai Pavilion, Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM tu, terus berjinak-jinak dengan track. Small steps. Lari-lari anak lepas tu jog. Tak warm up sebab jalan ke Pavi tu dah kira warming up. wakaka. Pon boley. Tetiba nampak ada 2 sis ni baru nak masuk track. Happy la aku ada teman. Pusing2 tengok takde pon. Seram. Eh tak. Diorang duduk kat tempat coach bola sepak duduk tu. Yang bench ada bumbung. Orang panggil apa hentah. Tak masuk final. K. Tetiba plak wujud seorang bro ni kat track. Bertentangan. Konfem tak selisih. Tawaf track tu tak cukup rukun la.. tak sampai 7 laps. Semput eden. Yang pasti bro tu pancit lagi awal dari aku. Ekeke. Entah2 dia dah ber-lap-lap dah. Haha.

0740 keluar track jalan ke tempat Fitness Equipment. Tempat senam-senam.


Bahagia sangat bila dapat main benda2 tu tanpa gangguan. Dah la cuaca best. Segar lagi. Paling best main yang hayun2 ni.

Macam berdiri atas belalai gajah. huhu

Sangat sesuai bagi mereka yang nak pinggang yang langsing. Haha.

Bersenam sambil menghayati permulaan hari di USIM.....

Pandang kanan ada Bangunan Canselori yang kadang2 orang kata tu masjid -.- Macam Putrajaya pun ada aku tengok~
Pandang kiri ada roundabout main entrance USIM. 

Semakin banyak motor, kereta yang masuk, bergegas semuanya ke kampus. Hari ni aku takde kelas pagi. 11am baru ada, TITAS. Kelas dah banyak habis sebab dah akhir sem. Minggu depan minggu akhir belajar. Curi peluang pagi ni sebab susah sangat nak cari masa luang waktu pagi. Lewat pagi sikit, dah panas macam tengah hari. Cuaca teramatlah panas sekarang.

Berpeluh-peluh. Tetiba rasa air terjun kat muka sendiri :s

0810 berjalan balik kolej. Masa tu dah banyak kereta. Ramai jugak bertembung dengan orang-orang yang aku kenal. Orang lain semua nak pergi kelas, kite baru nak balik Kukiwan. Malu siak. Tebalkan muka yang sans make-up tu buat tak tahu. Tu je lah yang mampu.


0815 sampai kat bilik. Sejam. Ok lah tu~ Baju dah basah boleh perah.

0900 turun blok B, mejawab kuiz Arab online secara BERJEMAAH. Muafakat membawa berkat, semua dapat 100% kuiz Arab 15 soalan tu. Terbaik! Lepas tu siap pas-pas jawapan kat orang lain. Tolong-menolong amalan mulia. Kan. Lagi-lagi bab kasi jawapan ni. Heh.



Petang : Keluar makan.

Malam : Pemilihan pemain badminton untuk MASUM mewakili USIM.

Ter-terpilih. Macam mana ni? Hm. Kitorang datang nak timba ilmu je sebenarnya. Lain pulak jadinya. Jadi baldi. Eh tak-tak. Jadi termasuk list. Untuk tahun satu perempuan, aku, Anis Fariha n Rosyiela Azwa yang dapat MASUM ni. Tengok la macam mana nanti. Komitmen dan disiplin dengan diri sendiri tu penting. Apa pun, study comes first. Good Luck everyone. Moga sukses. Tahniah dan takziah semua. Brace your-self ;)

Saturday, May 18, 2013

Majlis Penghargaan Atlet FST 2012/2013.

Cerita bermula tengah hari sebab pagi, sape yang tengok tweet aku je tahu apa aku buatzZzZz.

Kemain iron jeans nak pakai dengan t-shirt putih USIM tu…sekali dpt msg: ‘ Pendaftaran pada pukul 2.30pm.Tema pakaian casual.No t-shirt.No tracksuit.With shoes ‘

No this. No that. Oh noo. Lagi setengah jam dah nak gerak. Lagi perfect, aku tak mandi lagi. Ah sudah. Cepat2 selongkar loker/beg tengok apa yang kasual. Sometimes too many is too bad. Grab apa ada, iron.

Tepat 2.30 kami jejak masuk Pusat Komersial (PK, tempat training,situ ada 2 court) . Daftar, dapat ni.

Beg kasut. Ke? Selipar pun belum tentu lepas ni. Pape pun syukur dapat ni. Hehe. Banyak bunyik lak.


Aku rasa takde la atlet FST sampai 200. Gebang~ Haha

Dah macam nak dengar seminar pulak aku tengok susunan kerusi kat PK tu. Dan pastinya, kalau majlis makan macam ni, korang tahu kan port mana yang perlu di-aim. Tempat duduk aku, Belle ngan Adnin elok je betul2 tepi tray tempat buffet. Motif sangat~

Majlis bermula, Prof Norita yang rasmikan lepas tu sebut pasal Jasmi Mohd. Zin yang akan ke Russia mewakili Malaysia dalam acara menembak. Terbangga pulak kami2 yang sekelas yang datang majlis tu. Hahah. Semoga terus maju jaya Jas. Bla3. Makan.

Mee kari ada tauhu bantal empuk, fish cake besar dan udang.

Sedap gila. Aku tak pasti sama ada sebab aku lapar atau memang sedap. Tapi aku rasa memang sedap sebab Belle pun ikut menambah + sume ckp best. Lain2, ada kuih rengas, cara berlauk, agar2, buah tembikai, buah oren masham >< (sgt msm hokay), pudding mangga n keladi yang sangat sedap, air anggur sejuk n air teh susu panas. Boleh tahan banyak kali jugak aku ulang alik kat meja sebelah. Haha. Tak kenyang lagi tak tau nak cakap apa la. Masa tengah makan dessert tu, diorang tunjuk slide gambar2 sukan FST. Sadis sebab badminton punya takde. Hari tu Shifi suruh amek gambar aku buat tak endah je. Baiklah, sedang memadankan muka sendiri la ni. Badminton tersisih, kat KLIA nu haa..xde pun Media FST nak g sana (amboih media kemain). Tahun ni x berapa semangat sebab takde Dada. Kalau SUFA lepas, banyak jugak aku snap. Siap boleh lepak taman menan lagi. Miss my Dada damn much L . Ok sekian cerita tacem. Slide Shifi buat tu lawa kowt. Gempak seyh. Kalah ABPBH, siap ada pencalonan bagai. Olahragawan dapat kat Shahrul Nizam, 2 emas. Futsal ngan apa ntah. Olahragawati, kak Nur Fara Amira. Emas acara bola tampar, futsal n bola baling. 3 doe. Aku mula syak akak ni ada kuasa Boboi Boy yang boleh klon 3 orang tu. *mata sepet muka curiga gosok dagu* . Mushi lak dapat anugerah pemain komited wanita terbaik. Tahniah bagi para pemenang. Last but not least, congratulation to FST for being Winner for SUFA 2013. Keep it up. Let’s go and fight fight fight! Gambate gambate bomm! *Dah macam pasukan sorak tak cukup latihan.*

 Majlis tamat, sesi bergambar kejap then ciou.

Eh tolong la Adiebah, mata tak lepas tengok makanan. 
Badminton dan Tenis.


Tennis ladies.
Najwa(wawa), Adnin, Nabilah (Belle)