Saturday, June 15, 2013

Pasar Malam Cempaka, Nilai.

Morning ^_^

     Menyempat kejap musim exam ni. Next paper will be on Thursday.
Macam biasa, musim exam, kami sebilik takkan lepaskan peluang untuk pergi pasar malam sebab hari lain, ada yang ada kelas malam, so memang tak dapek lah nak dating dengan rumet. See, class x class tempat date kami, pasar malam. Punya la eksotik. Kau ada? Haha.Yang takde kelas pon, tadenye nak melenggang ke pasar malam hari biasa...memikirkan esemen bagai..wuhuu

     Hari Jumaat pasar malam kat Cempaka. Hari tu pergi dengan 3D, sesat nak sampai KLIA dah T_T . Rupanya salah roundabout. Lagi best, semua tengah lapar tak makan pape lagi which had been ended up dengan MMA Santai jugak. Aha.

     Hari Jumaat, Mimi sorang yang takde paper, Aida pulak paper petang habis pukul 6. Nasib baik jugak lah pakcik Aida free nak bawak kitorang pergi sana. Kalau tak berat hati jugak nak keluarkan duit untuk prebet.  Jauh kot *nak makan pon berkira!haha* .Janji pukul 6.30pm, 6.30 semua baru nak bersiap dan masa tu pakcik Aida tengah tunggu dah pon -.- sarung mana ada je lah jawabnya.

     Sampai je destinasi, semua ekseted. First time datang satu hal, satu lagi semua lapar tahap gaban, nampak bunga pun rasa nak makan. Start dengan kedai paling hujung. Dia punya susunan, memanjang macam Jalan Tar. Bezanya laluan tu boleh tarik n hembus nafas banyak sikit dari Jalan Tar. Start jalan tu, aku asyik tanya, bila nak sampai hujung? Ni kalau yang 'lanjut usia' sikit, aku rasa bersila tengah2 jalan nak sampai hujung. Panjang seyh! Gerai toksah cakap la. Rambang mata wa cakap lu. Gerai makanan n baju sama banyak. Boleh lagha kalau melayan nak belek satu2.

     Dah sampai tengah, seorang pun tak beli apa-apa lagi. Banyak sangat pilihan pun masalah jugak kan? Masa tengah jalankan misi milih-memilih dan berkerut dahi memerah otak pikir nak makan apa, tetibe jek nampak budak comey. Lepas tu Syiela tegur. Omooooo. Aku tak cakap apa dah, terus grab budak tu dari Syiela. Dah lama gian nak pegang baby. Selalu nampak baby orang, takkan nak redah rembat camtu je kan. Ni dapat jumpa yang kenal, tak perlu kata apa-apa.



Gebunye lahai. Malu nak letak tangan aku kat tangan dia, dia lagi putis >< 

"I dun whant cha. Put me daon." dun keyr. haha

     Minta izin Uteh (Syiela) dia nak dukung, lepas tu janji jumpa kat hujung. Haha. Nampak tak semangat tu. Hanif was so behave sepanjang jalan. Aku tanya nak makan apa pun dia tak jawab *gaya cam budak tu faham je kau cakap apa.haha* Senyap sampai sudah. Cop, aku tak cubit ea. Gigit je. #eh . Gaya cam peygang anak sendiri. Semua pandang2. Owoh. Ibu muda. Ahaks. Alaaa, orang nak berangan ngan baby comel kejap je pon. Terserempak dengan mak ayah dia (kakak n abg ipar Syiela), pandang je, Hanif's gaze yang macam, "Macam kenal...." *toleh sampai teleng*

Masa nak bagi Syiela dia taknak pulak. Suka kakak ye? Jom balik. Haha. Ok, byebye Hanif.

Kesian anak orang.
     Dah nak maghrib, makanan berat tak beli lagi. Jalan2..lepas tu aku jerit -slow je stkt rumet2 aku dgr- Guess what...Nasi Ambeng!!! However much it costs me, nak jugak. Tak keygha.

     Lepas beli, kitorang pun jalan patah balik menuju ke tempat parking. Fyza puasa, terpaksa bukak puasa masa otw g kat kereta. Jalan jem, masa tu jugak la JKR nak buat construction. aiyoyo. It's Maghrib la paciks, benti aa kejap sambung lepas Isyak ke apa.

     Sampai bilik, solat then baru makan. Selalunya kalau g pasar malam, sorang atau 2 org je beli nasi, lain2 beli benda lain. Kali ni semua beli nasi. Nasi Ambeng, Nasi Kerabu, Nasi Tomato, Nasi Lemak Ayam Rempah. Nampak tak kebuluran jawab exam semua. Kan :D 

K for ayam kicap.
     Cerita Nasi Ambeng yang dari Jawa ni...sebenarnya aku dah lama mengidam. Sedih gila. Ni kalau mengandung, mesti anak aku nak keluar dekat Johor takpon kat Jawa. *over* Al-kesahnya, sebelum cuti study week hari tu, FST buat iftar n solat hajat. Hisham, classmate aku jadi pengurus program tu. Dia cakap iftar nasi ambeng, makan dalam talam. Dah namanya orang Johor, no wonder la menu camtu. Kau laa Hisham. Aku dah bayar kot nak join program tu. Puasa sesiap da. Sekali dapat mesej cakap ada training malam tu. Rasa nak bakar PK masa tu jugak. Nak terjun tembok pun takde gune en, buat sakit kaki je. Cek pasghah :( Lepas tu kempunan. Tambah lagi si Hisham ngan BEF tu salu panah line aku. Peh. Sesungguhnya aku tergolong dalam kalangan orang yang sabar. Ameen. Banyak tempat dah cari, tak jumpa nasi ni. Once dah dapat, terus aku tweet tembak 2 orang tu. Haiyak.




Nasi putih, bihun, ayam kicap, ikan masin, sayur2 pokok2, kerisik, tempe.
Recommended for 2-3 persons.


Ni Mimi susun. (tu bukan tulang ikan masin tadi ye, harap maklum)

~motif sangat gambar semua nak extra large~

Sekian kisah pasar malam. Pon nak cerita. Haha. Release tensen jap je. 
p/s: Nak g sana lagi. Kbye