Friday, July 26, 2013

Kisah Jamuan 'Adventure' The SCONE | Part 1

Assalamualaikum w.b.t

     Alhamdulillah final exam untuk semester II telah berakhir. Tahu apa maknanya? Maknanya, dah tamat tahun 1 lah ! Yey! *ok.xperlu over sgt,baru tahun 1.kbye* Lepas tu, tak payah nak yey sangat sebab, your so-called Language Support Program is waving gracefully with a welcoming smile. The-M-N. Elok semua dah habis final, kena extand lagi seminggu untuk program bahasa ni. Sape tak hangen oi. Hangen tak hangen kena datang jugak, kalau tak, kena repeat program ni. Seram. So, macam biasa aa, pasrah-paksarela -.-‘ Tapipipi, kali ni pasrah dia kurang garam sikit sebab………ni program bahasa yang terakhir!!! *bunga api..dum dum dam kebabom*

No more nightmare dude.

     4 hari untuk English, ELSP, 4 hari untuk Arab, ALSP. Isnin-Isnin, 8 hari berturut-turut tanpa cuti, gaji, elaun dan sewaktu dengannya. Kami tertipu dengan jadual yang menyatakan, kelas hanya 9pg-1 t/hr. Ghupanya tiap2 hari kena jawab kuiz online 3-5ptg. HAPPY kids here *lambai2 sambil nangis*. EXCITED nak buat kuiz2 tu. Lagi2 yang Arab. Susahgilaa. Tapi budak2 ni (The SCONE) buat kuiz berjemaah, markah pun nak overgrade je : 95,95,100,100. Muafakat membawa berkat katanya. Kan betol. Nway, x efek pointer pon~

     Dekat akhir2 ALSP, ada orang bagi cadangan nak buat jamuan kelas. Sebenarnya dah lama nak buat, masa tak mengizinkan. Akhirnya semua bersetuju nak buat hari Ahad, 7/7/13, hari ke-7 LSP.

     Janji pukul 6.30pm tunggu dekat Shell, Nilai. Cukop 3 kereta, gerak. Hafiz led bersama co-pilot nya, Captain Hasan Salimi Zarullail dan penumpang sanggup-tak-sanggup mereka, Famun, Bib, Cheri. Pesawat barisan kedua, Si Kancil Oren yang dikendali oleh Captain Wawa Jamaludin ditemani co-pilot cantik, Za. Penumpang setia, Tirah, Ana, Lala. Pesawat di barisan bekap belakang, dikendali artis woot woot, Yuna! Ehh. Captain Pika diawasi Captain Belle yang membawa penumpang sopan tapi tak reti pause bila ada topic cakap, Syams, Ikin n Dieb. Lol, cam ketapi lak berderet. Drift reramai la baru syiok! Sampai tol, bila kereta sebelah2, dah mula lambai2 secara excited..lambaian ala2 tak jumpa pat bulan padahal baru pat minit jumpa. Jeng. Masuk highway, baru pakat speed up. Lu potong gua, gua potong lu. Kiri-tengah-kanan. Paling rasa nak langgar divider dengan sengaja bila tengok Inche Ketua drive pakai rayban. Takyah nak rayban sangat la Pis, hari dah nak gelap pun. Toh rayban sape Apis rembat tah. Hari tu ada nampak Hasan pakai. Lantak la, asal sampai je. Berkicau berkokok mengembek mengaum segala dah perut ni weh. Kitorang punya nekad skip lunch demi dinner kelas malam tu. [eh nampak sangat ke nak melantak] Agaga.

     Perjalanan 15 minit tu membawa kami ke destinasi. Ada kereta yang terlebih seminit dua tu sebenarnya memang saje je nak ‘makan angin’ sekitar Bangi. ‘Makan angin’ la sangat bila terlepas tempat U turn terdekat, lepas tu U turn seterusnya sekilo lebih di hadapan. Dah la takde sorang pun familiar ngan Bangi. Mawnye sesat, 5-5 meraung dalam kereta tu. Haru. Dan sebenarnya, yang terlajak itu adalah kereta kitorang(yang aku naik). Yey! Hahaha. Lambat sikit sampai, feeling2 VVIP gitu – VVIP yang takde parking T_T . Nasib baik ada orang keluar, dapat park dalam. Tempat makan tu boleh kira besar la. Memang femes. Orang tak pernah tak ramai. Rasanya baru sorang budak The SCONE yang pernah pergi situ. Yang lain semua first time.

     Kat situ,masuk je, fresh seafood kat entrance. Yang alive pun ada. Pilih seafood yang kita nak, lepas tu pergi dekat penimbang, kat situ ada bro jaga. Kita cakap seafood tu kita nak masak apa. Nak setiap seekor lain2 jenis masakan pun boleh. Bro tu terus tulis kat resit. Kitorang sampai , terus join Inche Ketua, Cai, Hasan, Wawa, Bib, Famun pilih ikan n sotong. 2 siakap(steam & bakar), 1 jenahak, 1 kerapu. Jenahak n Kerapu tak pasti mana satu bakar mana satu masak sweet sour. Udang butter. Sotong celup tepung dan bakar. Kalau ikutkan, diorang nak semua sotong buat celup tepung. Habis riak muka serta drama aku buat depan Apis request sotong bakar tu tau. Usaha tangga kejayaan. Hehe. Dapat laa apalagi.

     The SCONE duduk nun jauh di hujung restoran. Tepi playground. Motif sangad. Tak pun sebenarnya, orang ramai sangat, tinggal situ je meja panjang yang kosong. 19 orang kut. 13 perempuan, 6 lelaki. 2:1. Jas tak dapat join sebab ada game. Hisham kat Sabah ada InfoSys. Ruqayat n Bologun dah balik daerah memasing lah kot.
Aku duduk meja paling hujung yang paling dekat dengan playground tu. Semeja dengan Ikin n Belle. Agak2 boring melampau, boleh hulur2 kaki kat slide tepi tu. Never too old to play. Peace!

     Tetiba bunyi azan. Terus ajak Belle pergi solat. Kat situ ada surau. Tepi playground tu. Elok dah ada wudhu, terus masuk solat. Ramai orang, penuh oo bahagian Muslimah. Solat maghrib berjemaah dengan Muslimin. Dah siap, pergi kat meja, tengok banyak makanan yang dah sampai. Nyumm ^^ . Bila semua dah ready, maka acara yang ditunggu-tunggu pun tiba. Acara melantak tak hengat orang sekeliling. Ye la, ada orang tu, dapat nasi lauk terus makan. Lepas tu baru sedar semua tak baca doa secara rasmi lagi. Gulp. Inche Ketua baca doa makan, lepas tu semua mula makan. Aku...sambung makan. Hahaha *tersedak


     Masa tengah makan, Hafiz dapat call. Aku duk hujung sebelah sini, bebudak lelaki hujung sebelah sana. Sayup je la bunyi Hafiz cakap call tu. Bunyi macam penting. Bila diamati, yang aku dengar, Cai kena tahan kat roadblock sebab takde road tax. Sebenarnya, Cai n Redza datang lambat sikit. Diorang pinjam motor salah seorang ahli The SCONE. Nak dijadikan cerita, ahli The SCONE tu tertinggal road tax kat rumah. Keadaan kecoh la kejap. Dah nak buat macam mana, terjun bangunan masa tu pun bukan boleh ada *puff* road tax tu serta merta kan. Chill lah geng. Kita kan cool. Keep calm and lets bayar saman together J …and lets sambung makan semua. Perut kenyang hati girang. Lepas seketika, Cai de Retis n Redza de PALAPES sampai tempat kitorang. Muka sedikit tegang. Cai yang aku kenal setakat ni tak pernah marah, cool. Susah nak tengok muka tegang dia. Bila dah cakap2 sikit dengan geng meja sebelah hujung sana, suasana kembali reda. Kembali reda bukan bermakna diorang gaduh tadi, cuma nak detail je. Lagi satu, ada satu lagi motor, Anas She She Masheikh n Faris Senyum . Entah masa mana diorang sampai yang pasti masa konvoi kereta tadi takde...





*part 2 masih dalam draft dan bakal di-publish bila2 masa.Stay tuned geng untuk tahu kisah seram selanjutnya*

XOXO