Tuesday, September 10, 2013

Air.

   Hari ni agak rileks bila bangun pagi solat subuh dan dapat menikmati tidur selepas subuh yang tak patut langsung diamalkan (sekali sekala itu harus okay. haha) .Op op..satu lagi ia sangat harus ala2 wajib gitu bila hari ni takde kelas langsung bilamana hari-hari lain kompem tak dapat offer sebegini sebab hari-hari kelas eden ‘setat’ pukul 8 pagi kecuali Khamis pukul 9 pagi. Tak ke fresh gittuw belajar pepagi buta macam tu. Cek shuke shangat >< ZzZzZzZz.

   Takleh tidur lelama, banyak lagi kerja kena settle kan. Contohnya, kemas barang. Maka, terjagalah anak dara ni pukul 9.30 pagi tadi bertemankan alarm announcement yang maha kuat lagi jelas oleh JAKSA KKSI. Terima kasih KKSI ! Boleh terkejut jatuh katil-ATAS-TANPA-PENGHADANG-yang-sangat-aku-sayang-ni tawu. Fuh. Gaya alarm bomba je announcement. Tau la rumah aku atas pejabat -.-“ Announce cakap, “ KKSI telah mengalami gangguan…. *aku dah cuak seram sejuk dingin panas suam semua lah* Tak, ni serius! Dia memang hold kejap lepas gangguan tu…pastu sambung, “…bekalan air.” Phew. Ingat gangguan apa da tadi. Rasanya tiap2 malam pasang kaset baca quran kat KKSI ni (lepas isyak-12.30am). Kuat pulak tuh, TESCO nun depan sana pon dengar barangkali *hiperbola* . Balik kepada kisah gangguan tadi, ha, dia cakap air takde dari pukul 6 pagi – 10 malam sebab paip utama di Nilai dan Seremban(kalau tak silap la) pecah. Pastu terfikir, elok je aku amek wudhu nak solat subuh bukak air bebesau tadi, akak2 tu pun mandi dengan bahagia sebelum g kelas pukul 8 tadi. Maybe blok lain kot *sedapkan hati tanpa berusaha untuk lucutkan selimut walau seinchi* . Lepas tu dengar Ana kemas2 kat luar. Baru la dapat hidayah nak bangun tidur dengan gigih.

   Perkara pertama yang buat, cek air sambil berus gigi.

Hipotesis : semakin lama air dibuka, semakin berkurang.
Keputusan : Air paip menitik dan terus tak keluar langsung.
Kesimpulan : Air takde la oi ! Aaaaa!!!
Gred : C+

   Air ada ¾ baldi. Jumlah air digunakan untuk basuh mulut+berkumur=segayung. Ok, watlek watpis. Kita kan cool. Hari ni manada kelas, xyah la mandi 3 kali sehari. Duduk sesenyap, jangan buat kerja berat, jangan bagi berpeluh, jangan keluar rumah!

   Bukak lappy, online, usha itu ini, mesej ngan satu family. Mesej sume nak bajet cool air takde, “alaa,lek la baba, cukup punya air kak nak mandi jap lagi. Kak plan sume dah.” Oho ayat dia,taley blah! Bila dah boring siket ngadap lappy, aku turun katil. Keluar bilik kemas barang2, kemas meja, kemas loker, kemas beg. Banyak aih barang -.-‘ Nanti nak bawak balik 1/3 barang2 ni. Baju pon toksah nak kaya sangat, sedar diri loker tu kecik.

   Selesai mengemas, iron baju kurung serta jubah dan tudung untuk seminggu. Kalau boleh nak iron untuk sebulan, tapi takde tempat nak letak pulak. Tu pun aku hang kat tingkap tau. Dah gaya butik hang baju2 kat cermin. Butik sangat la takde loker besar! Haha

   Baru tengah hari. Lambatnya nak tunggu malam. I tenung u, u tenung I, dinden. Tau apa aku buat, lap lagi meja yang aku dah lap tu. Kodakenapee. Haha. Baiklah, kemas rumah, sapu2 bilik, sekali2 intai kat bawah, bila la lori air ni nak sampai.

   Pukul 3 lebih baru g mandi. Campur dengan air dalam baldi tandas kat luar, cukup sebaldi. Caranya, mandi hanya terhad kepada beberapa gayung. Ko nak tayamum wudhu jekgi? Ha, berjimat, lori air belum sampai. Air ada lagi separuh. Sayang nak guna. Maka korbankan air mineral aku yang hanya sebotol tu. Penuhkan segayung. Lepas tu berwudhu, yang wajib sahaja dengan yakin. Masa tu baru terasa, ya Allah, macam ni ke kemarau/negara2/orang2 yang kekurangan air paip. Terasa sangat. Sentap serta insaf. Hikmah di sebalik musibah. Pengajaran, jangan membazir!

   Sudah berzohor, terus siap2 nak keluar makan and I love my pastel colour blouse match dengan light pink bawal yang gaya lepas letak white ribbon brooch with pastel colour dots serta grey Nicole pants *menyempat OOTD bertulis bahasa rojak* . Janji pukul 4. Nak turun pukul 3.50 tu, ada announcement  lori air sampai. Pfffttt. Demi tidak mengecewakan rakan serumah sekalian, dengan muka berwawasannya aku bawak 2 baldi turun. Orang lain semua dengan baju kuliah baru balik dengan muka stressnya aku boleh pulak g amek air dengan lelawa *lawa ke?err* pakai lengkap lagi. Malu totak. Aih.

   Aku ikut beratur bersama baldi2. Selalu tengok dalam tv/berita/paper kan orang duk beratur dengan baldi cenggini. Ha, hari ini dalam sejarah, aku berpengalaman kolej takde air langsung dan punggah air dari lori tangki air bersih. Wah! Excited nye ! Aku beratur dah ke belakang tapi orang pejabat tu mintak baldi aku, terus orang tu isi. Yey! Terus nak bawak 2 baldi tu naik atas..dan tak terangkat -.- Orang pejabat tu tolong angkatkan naik atas tempat troli. Tima kasih inche. Sampai kat tangga, kena punggah air tu naik atas, basah2 stokin n seluar aku.Tapi bersyukur sangat9 tingkat satu je. Berat ko totakkk. Sampai bengkok baldi besar tu, bayangkan. Merah macam conteng lipstick tangan aku. Sampai kat bilik, tengok Aegy ngan Ana dah sampai rumah.Phew, suh dorang pulak amek air takut tak cukup 2 baldi. Ok, aku nak keluar, berasap orang tunggu aku. Naik kereta dah nak campak beg orang(tuan punya kereta), nasib baik tak kena tinggal tepi jalan. Haha. Beg Bonia kau cantek ah beb. Lain kali tak yah la aku bawak beg, isi purse, enset, power bank dalam beg ko je eh. Yep yep.

   Memang aim nak g Snogurt(SG). Mandi tak basah, tidur tak lena, serba tak kena dibuatnya dah 3 bulan hantu aiskrim tu tak pekena SG. Lepak lama gila kat situ siap boleh bersila mengadap main fon,ipad bagai atas sofa pink besar tu. Gaya bapak kitorang punya lah. Haha. Berani buat macam tu sebab takde orang langsung kat situ kecuali akak cashier yang baik hati nak tukar amek syiling aku yang banyak gila ni tapi aku tak ingat nak tukar masa nak balik. Jumpa di lain hari ye kak.

   G Giant nak solat asar, takde air! Ewah2, dah la minum 2 gelas air masak tadi, eskrem sebekas. Harus segera cari tandas! Rushing pergi Masjid Putra Nilai. Pun takdak air. Air kolah je ada. Kebetulan ada baldi serta gayung, rembat isi air terus tunaikan hajat dan amek wudhu. Pun sama kena berjimat walaupun rambang mata tengok air kolah yang banyak lagi tu. Rasa nak punggah balik kolej je.

   Lepas solat asar g makan kat Willy Satay. Atap-atap jauh sangat kena g 9 Avenue balik. Satay pun jadilah. Kite ikut je.

   Kedai tu baru tau. Jual satay je. Jus pun ada laici ngan orange JE. Harga kira ok kot ;

Ayam : 80sen/cucuk | Daging : 80sen/cucuk | Kambing : RM1.20/cucuk.

   Order satay ayam 17 cucuk (aku 7 je eh,tu pun tak abes) dan air masak 2. Air pebret poreber. Satay dia sedap gila ! Tapi takde la gila, waras. Sedap waras! Dah la panas2. Kuah pun terbaik dari ladang. Rasa kacang tanah dia tu sedap. Kuah tak berminyak dan ada sambal bilis yang pedas sikit. Ayam pun lembut je. Aku tak habis sebab kenyang makan 6 cucuk. Lagi satu sebab aku kureng kacang2 ni. Kacang rebus je top fevret aku.

   Dan aku sangat teruja tandas kat kedai tu ada air ! Bahagia aku basuh tangan kat sinki. Tapi still jaga wudhu nak maghrib pulak pasni. Lepak kedai satay tu sampai la maghrib. Sementara tu, main game kat iPad orang. Stress totak. Asyik kalah. Sebab tu aku tak suka main game. Aku dan game sesungguhnya tiada jodoh. Haha. Tapi aku suka main game hockey pad ke ape ntah tu. Kat arked memang tu je aku aim. Semangat main.

   Back to Masjid Putra again for Maghrib prayer. Lagi ramai dari asar tadi ! Kompem aa Nilai takde air. Budak USIM pun ramai. Mesti USIM pun takde air. Selesaikan semua hajat, baru balik kolej beserta wudhu untuk isyak.

   Orang air tu cakap paling awal pukul 9, paling lewat pukul 11 malam baru ada air. Ni dah nak pukul 12, takdok pon~

   Diharapnya esok dah ada air, orang nak g sekolah la. Pepagi lagi kelas Discrete Maths. Malam kelas Linear Algebra. Esok jangan lupa bawak otak matematik ye kawan2.

   Tamatlah cerita syok sendiri sehari tanpa air aku. First time kot. Budak asrama mesti dah pro acara2 macam ni kan? Wa tabik sama lu der! Cayalah korang survive kat asrama cenggini. Taf!



Ok. Doakan esok ada air. Ya Allah, permudahkanlah kami. Ameen ><

Maaf entry ni takde gambar. Benda lain lagi penting dari amek gambar. Sekian J



Pengalaman baru : Beratur ambil air dari lori tangki air.


Terima kasih, Minion.

Sunday, September 8, 2013

Kolej baru tapi dah lama, KKSI.

Assalamualaikum...hai hai hai. Ni bukan nak sambung yang kisah adventure The SCONE tapi nak teruskan acara tahunan yang mesti buat kalau daftar masuk kolej baru. Complaint.

Hari tu ada post yang aku kecoh cakap dapat KKNC (Kolej Kediaman Nilam Court) yang agak tak berapa nak dekat dengan USIM tu kan, lepas tu sedih2 moyok2 buat muka paling tak comel nak duduk KKSI (Kolej Kediaman Sutera Indah). Guess what, ada budak yang dapat KKSI minta tukar ngan aku nak duduk KKNC sebab geng dia semua kat sana, geng budak kos FB (Food Biotech). See, geng sangat penting dalam kehidupan. Eh? Sebenarnya bukannya geng yang macam polis tengah buru sekarang tu, ni geng study and buat group dalam kelas, classmates semua. Apa-apa, senang.

First, happy macam nak belanja semua orang ais krim la. Membayangkan, ok la dekat dengan classmates apa semua...sekali...............


Dah aku tukar dengan budak FB, makanya seluruh rumah yang aku dapat ni, SEMUA BUDAK FB, AKU SORANG JE ISA (Information Security and Assurance,Computer Science). *jangan menyesal please Adiebah, jangan*
Pihak kolej kediaman susun pelajar ikut kos. Majoriti. Yang wajib lagi takkan tipu punya, semua rumah akan bercampur senior dan junior.

Rumah ni ada 3 bilik. 2 bilik untuk 2 orang, 1 bilik untuk 4 orang. Opkos la aku dapat yang 4 orang sebilik tu *ok,jangan nangis*.
Rumah ni ada 4 orang budak 3rd year, 4 orang budak 2nd year.
Bilik aku pulak, 2 budak 3rd yr, 2 budak 2nd yr. [Yang 2nd year tu, my schoolmate. Aegy (Fatihah)]
Rumah ni ada 4 orang budak MMP termasuk aku. Tapi semua yang kenal2 senyum bajet ayu*aku letew* . Takde yang rapat ketat2.

Ok, datang daftar pagi Ahad tunggu dekat pejabat sebelum pukul 8 lg. Nampak tak semangat di situ. Semangat nak cop katil. Lepas amek kunci semua, naik tingkat 1, bukak pintu rumah, lepas tu pintu bilik. Ada seorang tengah tidur atas katil yang dekat dengan kipas. Aku terus menuju ke katil yang dekat tingkap, 'gedabappp' letak beg atas katil bawah yang satu lagi tu. Tetiba orang tu bangun dengan mamai2, cakap katil bawah dah ada orang, maka aku letak barang kat katil atas yang dekat tingkap, pun ada dikatanya daha ada orang. Rupanya diorang dah daftar kelmarin, lepas tu dah cop katil memasing. Maka aku angat barang2, letak atas katil yang dekat dengan kipas kaki tu. Dalam hati : Ini rezeki kamu sayang. Redha.
Nasib baik kipas boleh pusing dan baru tanpa habuk. Tapi tu lah, nak keadilan kipas tu dapat kat semua orang, agak tak semudah yang difikirkan. Nak try tidur dulu malam ni, malam pertama.Lah sangat~
Kalau panas masa tidur, kita beli kipas kecik letak atas loker, hadap kita sorang. Kan. haha

Dari segi keluasan dan keselesaan, KKNC is better. hmm. Rindu KK1. Semua kemudahan dekat kecuali shopping mall.

Loker satu pintu yang slim melim tu. Sesak nafas baju2 aku dalam tu.
Meja. Meja sekolah. Agaknya buku2 aku, letak dalam kotak je la sebab malas beli rak al maklum hidup nomad begini.

Alaaa..nak cerita lagi..tapi akak ni macam dah nak tidur je. Ok lah, tidur dulu. Esok kelas pukul 8. Mantap!

Ok,Assalamualaikum, nyte from Sutera Indah (SI). Harap ler mimpi pon indah~

Bye awak, bye semua :):