Monday, October 7, 2013

Amal Ibadat 1-10hb Zulhijjah Yang disukai Rasulullah saw.

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”
.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.”(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)


فليس في صوم هذه التسعة كراهة، بل هي مستحبة استحباباً شديداً لاسيما التاسع منها، وهو يوم عرفة، وقد سبقت الأحاديث في فضله، وثبت في "صحيح البخاري" أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (( ما من أيام العمل الصالح فيها أفضل منه في هذه )) يعنى: العشر الأوائل من ذي الحجة.اهـ

Berkata Al Imam An Nawawi :
"Maka berpuasa sembilan hari (dzul hijjah) ini bukan perkara yang dibenci, bahkan sangat disunnahkan, terlebih lagi pada tanggal sembilan (dzul hijjah), yang merupakan hari arafah, dan telah dijelaskan apa-apa yang berkaitan dengan keutamaan hari tersebut. Dan telah diriwayatkan dalam Shahih Al Bukhari, bahwasanya Rasulullah 'alaihi ashshalatu wa assalam bersabda : "Tidak ada hari-hari yang lebih utama ketika seorang beramal shalih didalamnya dibandingkan dengan hari-hari ini." Yaitu, sepuluh hari pertama dari bulan dzul hijjah." (Syarh Shahih Muslim : 8/320/1176).

Puasa Arafah - 9 Zulhijjah (Isnin - 14 Okt, 2013)

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagaiorang yang taat.”
.
.
Niat Puasa Hari Arafah;
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.
.
Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
.
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuktidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

Sunday, October 6, 2013

Bit n Byte 3.0

Assalamualaikum. Weee mood excited sangat ni. Haha. Ok ok. Tanak bermadah pujangga meleret-leret, kita straight forward je. Lagi pun I ada kelas awal pagi esok. Agaga. Menyempat itu harus. Kan dah cakap excited.

Tanggal 5 & 6 Oktober 2013, ISA Family telah memutuskan untuk buat family day di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor, Malaysia, B…. k.janji taknak meleret. Bayaran sebanyak nam ploh hengget dikenakan untuk setiap perserta. Bayaran adalah beserta baju family day biru laut yang comel.




Hari pertama :

Berkumpul di KK Acacia Avenue dan naik bas sekitar pukul 3.30pm. Ada jugak yang terpaksa naik kereta sebab 2 biji bas tak cukup. Keadaan agak kecoh dalam mengendalikan kenderaan ni. Tapi Alhamdulillah takde yang sampai sana jalan kaki. Syukur okay walaupun Bas 1 punya ekon hidup segan mati tak mahu ditambah lagi setiap kali brek kalah bunyi brek ketapi. Aku respek orang yang dapat lelap atas bas tu. Siyes2  : | Haha. Perjalanan makan masa dalam sejam lebih. Dan berita yang dalam perjalanan, budak ISA tahun 2 boleh dikatakan hampir lompat nak tembus bumbung bas & kereta adalah  . . . . . kuiz DSA n DBMS hari Isnin ni ditunda !!!! Weh, serta merta aku setuju nak join Ikin sebelah aku tido. Kalo tak tadi, muka botox je mikir kuiz2 yang bakal menjelang dengan tak tahu bila nak study ntah dengan program full 2 hari ni. Kesimpulan, kami sayang Dr. lebih. Ngehehe.

Sampai je Nur Lembah Pangsun Eco-Resort tu, seteret masuk dewan. Taklimat bla3, pembahagian kumpulan. Oh well aku pun tak tahu acano nama eden boleh tercampak kumpulan 1. Semangat tak semangat. Nasib baik ada Sua. Fasi : Kak Nadzirah, Captain : Abang Pudin (saifuddin) 4th year.  Ahli lain : Aimi, Nabilah, Huda, Adli, Fadhil, Wase, Omid. Memula semua macam malu2, awkward..ala, macam korang fes masuk tadika dulu, memula kan jeling2 tunduk je kawan baru, lama sikit baru ajak ponteng kelas g beli cikedis kedai makcik sebelah tadika tu en. Ice breaking sikit yang tak berapa nak break lagi, lepas tu solat asar dalam tu. Siap solat, pergi cop khemah, kemas2 barang dalam ‘rumah baru’. 




Dah lama tak tidur khemah. Huhu.

 

Lepas tu g makan malam kat tempat makan. Santapan semua sedap. Thumbs up. Mana taknya, setiap kali makan, takkan berganjak dari depan tray ayam tu selagi tak dapat drumstick. Gigih! Hahaha. Untu makan, ada satu syarat, semua kena basuh pinggan n gelas sendiri lepas guna. Apedehal, bukan suruh basuh sebesen pun kan. Enjoy je memasing sambil gossip pasal foreigner sambil basuh pinggan. Ha, tak gitu. Tipu la kau tak usha foreigner Afgahns yang ala2 Maher Zain belaka tuh. Belanja kau set dinner plate kalau tak.Plate je la. Haha.


Ke sesi malam.

Lepas solat Isyak
*nampak tak foreigner(Afghans) belakang kitorang tu tengah solat sunat ba'diyah*


Aktiviti malam tu adalah culture night. Setiap kumpulan dah diberi tajuk bagi persembahan masing2. Kumpulan 1 dapat pentomin. Rasa macam zaman sekolah pulak buat2 persembahan bagai ni. Tiba part suruh kasi idea nak buat persembahan, semua masuk rapat. Serius r kengkonon. Tapi nak tau, captain kitorang tu tak tidur malam kalau tak buat orang lain gelak. Aku syak kapten aku tu nakal masa kecik. Suka usik orang. Betul kata Bib. Haha. Meriah kumpulan tu. Oh ya, kumpulan kitorang ada foreigner, Wase from Afghanistan. Very nice person. Tak over macam sesetengah foreigner lain. Baik je. Budak fes year. So cakap kena mix la malay-bi-malay. Bincang punya bincang sambil menokok tambah yang patut dan tak patut sambil boleh gelak guling2, akhe kata putus buat Perkahwinan Melayu. Sebab tu idea aku, maka inche kepten suruh aku jadi director. Apa aja. Siap story-line, bahagi watak n terangkan story. Alhamdulillah dapat kerjasama dari semua ahli dan kak fasi cantik kami, Kak Nad. Nak totak(tahu tak), budak2 ni letak Wase jadi groom. Kira okay la kan, x banyak pun kena buat. 



Dan yang paling rasa nak tutup mulut dengan kain langsir lepas tu gelak sekuat hati……..kami beri kepercayaan besar kat Abang Pudin untuk jadi bride. Muka pasrah ke redha ke aku tak tau lah, yang pasti budak2 ni dah guling2 atas karpet tengok Abang Pudin. Hahahaha.





Aimi n Nabilah jadi suara latar. Aku narrator. Sua n Huda pengapit. Adli n Fadhil bersilat.

Pukul 10 malam persembahan start. Dipilih secara random oleh pengacara. 


Semua persembahan adalah berdasarkan kebudayaan yang ada di Malaysia. Sabah, Sarawak, Cina, India, Zapin, Dikir, Wayang Kulit, Nasyid, Utara n  lain2. Semua orang sangat2 lah sporting dengan senior2 yang taraf2 finalis raja lawak, foreigners yang involve dan bersungguh dalam melakonkan semua watak, budak2 kuliah yang pantang bertemu je mesti tegur tak kira apa nak cakap even a ‘hi’ serta adik2 junior yang nampaknya sangat agresif dan berani. Tak lupa jugak hilai tawa dan sokongan penuh profesor2 dan doktor2, n ketua program single kami, Dr. Diana yang stay dengan ISA family sampai habis program. Masa tu jugak lah nak kenal2 borak dengan foreigners yang ala2 Maher Zain la One Direction la. Yang nigga taknak pulak borak. Haha. Nigga semua satu kuliah, nak kenal amende lagi kan. Haha. Keluarga besar ini sangat happening malam tu! Everyone was enjoying themselves to the max. Sampai sakit kepala ketawa banyak sangat. Pukul 12 lebih baru habis semua persembahan. Lepas tu acara penyampaian hadiah. Yang ni tok sah bimbang, semua kumpulan dapat hadiah. Semua sama. Kategori kumpulan je lain2. Kumpulan Stuxnet (kumpulan 1) dapat kategori Kumpulan Paling Havoc.


Majlis malam tu tamat. Lepas agih2 makanan hamper, pergi supper bubur kacang hitam dengan sagu. Ok, tak nyesal jalan jauh sikit dari dewan ke tempat makan tu. Haha.

Balik khemah dah pukul 1 lebih. Tak kira orang nak mandi esok ke lusa ke, aku tetap nak mandi jugak malam tu. Eh, pagi pukul 2 tu. Segar! Memang lena lah tidoq. Aha, aku sekhemah dengan Cheri,Lala n Ikin. Khemah bawah pokok. Huhu. Best tau. Nak tidur, kitorang bukak lapisan yang luar je, lapisan jaring terzip rapat. Angin masuk, sijuuuk. Kawasan perkhemahan perempuan sangat2 terasing dari kawasan perkhemahan lelaki dan adalah kawasan larangan. Boleh keluar masuk free hair ^^

Rasanya dalam pukul 5 pagi, hujan. Rasa macam ekon suhu 13’C. Ketar mulut weh. Kongsi2 la selimut. Hujan sekejap je. Angin yang lebih2. Pengalaman yang sangat best! Mana nak dapat macam tuuu. Takkan balik kampung nak g pasang khemah belakang rumah kat kawasan hutan duduk situ. Walaupun sejuk, tutup mata rapat2 jugak nak nikmati tidur dalam chill fresh air. Pukul 6 bangun subuh. Terrrbawak sabun nak g amek wudhu. Kemain hasut orang jangan mandi pagi, last2 sendiri terrrrrmandi. Dia punya sejuk rasa sampai tulang. SERIOS! Tapi best sebab rasa segar dia lain macam. Air bukit wuu. Bawak balik rumah boleh tak? Hmm.
Lepas subuh berjemaah dalam dewan, buat tahlil untuk kematian Ibu kepada budak kuliah aku, Nurul Nazihah yang pulang ke rahmatullah dua minggu lepas. Al-fatihah. Nurul DL masa sem 1 dulu.

Balik khemah kejap.





Lepas sarapan nasi lemak, semua berkumpul kat tempat berkumpul Al-hambra atas bukit sikit. 


Warming up lepas tu ranger bagi briefing pasal jungle trekking. SCONE(my class) sangat dukacita bila tahu kena gerak dalam kumpulan. Means tak dapat la together gather jungle trekking. Shedih. Kena jalan dalam satu barisan je. Kalau jalan in pair, ranger tu cakap dia hantar balik. “Hantar balik Kelantan terus tau abang ranger.”-dalam hati. Akaka.

Keluar dari eco-resort tu, lalu jalan tar dulu/jalan kampung. Oleh kerana kena jalan dalam kumpulan, jadinya aku jalan sekali dengan Sua, Adli n Wase. Sua n Adli budak kuliah aku. Wase je la tahun 1 tapi masuk ngan kitorang. Sepanjang jalan nak masuk hutan tu tak terasa sangat pun sebab kitorang 4 orang asyik borak. Banyak tahu sal dak Wase tu, lepas tu dia banyak bertanya. Bagus. Sua la paling banyak melayan adik junior tu. Haha. Masuk hutan sikit, semua berhenti kat satu kawsan lapang. Ada briefing lagi. Masa tu air mineral Adli yang tak bukak lagi dah jadi hak milik kekal Sua ngn aku. Mekasih2. Haha. Bila nak sambung perjalanan tu, dah takyah duduk dalam group. Ok, SCONE kembali ceria bila dapat bersatu kembali. Maka bermula lah jungle trekking kami. Jalan lembap sikit sebab pagi tadi hujan. Tapi just okay je. Tak licin pun. Aci nak kering, basah balik kena river cross.Bila kena river cross, sangat excited sebab air tu jernih. Dan sejuk. Sampan kasut memasing. Kat river cross la kasut Pika tamat riwayat satu persatu. Kesian Pika. SCONE banyak membantu dia terutama Bib sepanjang jalan naik atas. Jalan banyak batu. Sebut je nak saiz adik ke abang ke tok nyang ke, semua ada. 


Batang2 pokok ada yang jadi penghalang laluan. Ada yang kena langkah, ada yang kena masuk bawah rintangan batang pokok.


over reaksi dia ni

Dah asyik pandang bawah memasing jaga step, kengkadang akar melintang paras kepala tak terperasan, ada yang terhantuk la, tersangkut la. Normal.  Kalau boleh taknak pegang/sentuh pokok2 atau daun2 kiri kanan tu, sebab takut Abang Tah ngan Abang Cat nak tompang jungle trekking. Sua yang depan aku main2 je tarik keluar Abang cat dari baju dia. Sesak nafas aku tengok. Aku nampak je Abang Cat2 yang tengah stretching tunggu nak tompang. Dah tempat dia, memang takleh lari dah.
Rasa macam jauh dah mendaki, 15 minit sekali ada je yang tanya dah sampai ke belum. Soalan paling taley blah, “Kita dah sampai Kelantan ke?” banyak la ko punya Kelantan. Haha. 


Ana sampai cramp2 kaki. Tapi tu kami tak risau, Ana ada Abang Deli jaga. Hahaha. Caring gila kot. Penat aku maen cubit2 siku2 ngan Belle kat belakang tengok orang depan. Haha. Lawak lahai.

Hampir sejam redah macam2 halangan dan rintangan. Nampak air terjun. Naik gear 5 terus jalan.



 Melopong nampak air terjun jernih. Cecepat tarik SCONE g duduk bawah air tu terjun. 


Benam kepala dalam air kat batu tu, pejam mata. Dunia seolah2 hilang. Hanya tinggal aku dan Dia. Subhanallah, perasaan itu.

Air crystal clear. Pusing belakang, tadah tangan kat atas sikit, minum. Macam air mineral.


Ramai pakat isi air dalam botol. Lepas tu gilir duduk kat bawah air terjun tu. Tapi banyak di-konker oleh foreigner. Sabo je lahhh.


Pastu pakat percik2 air, paling kesian bebudak ni nak selam Faris dalam air. Ces, adik SCONE tu! Len kali benam lama sikit. #eh. Haha. Tak2. Tak baik buat kat budak innocent tau korang ni. Aish.

45 minit kot berhenti kat air terjun tu. Ada satu group dari mana ntah, baru sampai kat situ, so kitorang pun move on la. Dah puas main air. Maka semua pun patah balik ikut laluan tadi. Balik dalam keadaan lencun camtu ah. Dah takde riak muka memasing. Namun kepuasan tu ada. Berbaloi sakit kaki panjat bukit.
Nak jalan keluar dari hutan ke jalan tar/ jalan kampung tu, semua concern ngan Pika yang dah tak berkasut langsung,tinggal stokin je. Berpapah kiri kanan. Mesti sakit kaki Pika sebab serius banyak batu kat kawasan tu. Sedih tengok :’/
Tetiba bila dah naik jalan tar, nampak Pika dah lari pakai kasut. Then nampak Wawa kat belakang. Masa tu majoriti the SCONE tengah jogging/lari kejar Faris kat depan nak makan awal. Hassan ngan Cai kejar Faris. Yang perempuan pun ikut lari. Macam adik-beradik tengah main kejar2. Waaa, comelnya.
Balik cerita Wawa, masa tu aku tengah jogging nak balik resort tu, tanya Wawa apa jadik. Wawa bagi kasut baru dia kat Pika suruh pakai, takpe dia kaki ayam kejap. Situ jalan tar dan waktu tu tengah hari, panas. Saat tu jugak aku rasa nak terduduk, Ya Allah, macam ni ke ukhuwwah. Pengorbanan untuk sahabat. Nasib aku tak bercucuran air mata kat situ je. Tahan tahan,” Jom Wa aku teman ko jogging.” Jogging2 ni dah rutin sebab Wa budak tenis, aku pulak 18 round setiap kali sebelum training dulu. Layan je budak2 the SCONE yang tengah lari2 kejar2 usik2 depan belakang tepi kitorang. Lega tengok Pika dah senyum lebar kat depan sebab tadi dia paling banyak dugaan.

1.30 tgh hari sampai kat tempat makan, nampaknya The SCONE mendominasi kawasan tempat makan. Nampak benor lapor. Haha. Dah siap makan, g mandi, solat, kemas barang, letak beg kat depan. Pengarah program bagi ucapan sikit dan majlis penutup secara tak rasmi sebab buat sambil budak2 ni tengah lepak kat tempat makan. Ambil2 gambar, angkut beg masuk bas.





Naik je bas, terus lelap. Letih benar gamaknya.

Alhamdulillah semua balik dalam keadaan sihat walafiat, xde yang injured teruk. Alhamdulillah jugak sebab rasanya objektif program ni tercapai, merapatkan ukhuwwah antara seluruh warga ISA dari pengajar, alumni, final year, 3rd year, 2nd year n 1st year students. Paling rasa antara budak kelas n budak kuliah. Alhamdulillah semua :)