Sunday, March 9, 2014

Family Day FST 2014

Happy new semester everybody! *yang new sem je la* hihi. Second weekend of this 4th sem, FST buat Family Day. Jejeng! 

First FD yang aku tahu sepanjang 2 tahun dalam FST.


Nice poster. Nice date too. Miahehe. Anyhow, aku nampak poster ni pun selepas salah seorang urusetia FD ni contact aku. Contact tanya nak berniaga tak masa FD and request SCONErs masuk Telematch katanya sebab SCONErs ramai atlet. Eh? Ye kot. Ok untuk jualan, SCONE pernah jual2 masa SUFAST itu hari, that’s why beliau tanya lagi. Dan opkos lah budak2 ni nak. Kemon, SCONErs kot, semangat sentiasa ada! Maka kami bersetuju untuk berniaga benda2 ringan seperti makanan bergoreng, kek coklat sedap, air kordial, float dan ais krim Malaysia. Aku tak amek port sangat jual2 ni, hanya sebagai pengantara dan informer kepada AJK Keusahawanan. Aku punya part, fokus dekat Telematch. 10 persons per group. Macam jual air tengah panas (instead of using pisang goreng panas’  hahah) , ramai yang nak masuk. Yang tak sempat, bertugas bahgaian jualan J

Hari kejadian.

March 1, 2014. This girl turned 21. Eh. Salah entry. Okay2. Pagi2 pukul 8, berkumpul di Padang FST. Set up gerai yang mana, satu khemah comel kongsi 4 tu. Ukhuwwah mantop rapat2 ketat2 gesel2 gituw uolls

Khemah putih - VIP / majlis
Khemah biru - Gerai / jualan

Ahah. Mujo ada khemah je. Mau cair make up weolls kalau takde khemah musim2 paneih jerebu nih. Oh sellotape takde nak tampal poster SCONE yang Bibib buat. Gigih sangat kalau nak keluar beli pepagi tu nak beli sellotape je. Hasan! Bapak mana bapak. Terus call Hasan. First tanya sellotape. Cantik. Dia baru pinjam kawan dia punya semalam. Haha. Second baru tanya dah bangun ke belom. Game nak start dah oi. 

Sebelum tu, ada majlis pembukaan ringkas. Best jugak suara Kak Intan jadi MC. Mantop gitu. Prof Norita bagi speech sikit then baca doa. Sambil set up kedai sambil aminkan doa. Peserta dapat roti n air masak.

Games briefing. Untuk Telematch, ada 8 group semuanya. ICT, AP, FB, ASRM, FM, Archi, ISA7 (3rd year) dan ISA8 (2nd year). Majoriti budak ISA pakai baju biru Bit n Byte comel selesa kesayangan yang paling tu. *adjektif overrrr*.

Lepas tu dia bagi 10 minit untuk bincang ke atur strategi ke. Ok time to eat ß Adiebah. *tepuk dahi*. Nyempat dia g bantai makan roti dulu. Tak makan saman sungguh. Ada 7 checkpoints. Lepas siap task kat setiap checkpoint, kena ambil sign PIC(person in charge) kat situ. Bincang nak buat tarik upih dulu. So nanti xde la dapat upih yang dah takde daun kalau buat akhir2 sikit. Wahaha. Plannya, nak buat yang susah2 dulu, baru g checkpoint yang senang. Please take note okay yang nak main telematch/explorace camni.

Tengah2 lepak, tetiba nampak ada group yang dah lari2. Kitorang pun lari ah jugak nak pergi checkpoint first. Adhwa jerit panggil kitorang g garisan permulaan. Baru teringat semua kena start serentak dekat garisan permulaan. Kan dah malu sendiri wahai SCONE. Tak start pape lagi dah buat lawak memalukan group. Hahahaha. Semangat lebih! SCONE SCONE. Lantak lah, main je pun kan. Ok, semua dah ready nak lari ke checkpoint pilihan masing2.

MULA! Gaya lari tu macam 4x100 ah memasing. Berterabur lari satu padang FST. SCONE n group ICT g tempat tarik upih. Tak sempat PIC kat situ bagi briefing pon kitorang dah tarik upih tu. Nampak gelojoh, nampak? Haha. Kau tarik aku, aku tarik kau. Kau jatuh aku gelak. Aku jatuh kau jangan berani gelak. Kau tak sempat duduk, kau yang satu lagi dah tarik upih tengok2 orang yang ditarik nak tergolek dah. Macam2 beb yang berlaku wa cakap lu. Nak pecah perut gelak.

Habis task kat situ, lari tempat tiup tepung. Nama check point tu make over apa tah. Make over la sangat dengan tepung tu kan. Tiup tepung sampai jumpa gula2, ambil guna mulut, makan. Eh tak. Lari ke garisan balik. Tapi lepas tu aku buka makan jugak. Haha. Beb, ambil gula2 tu, pakej dengan tepung masuk mulut tau tak. Sampai je garisan, puihhh! Puh puh buang tepung segumpal dalam mulut. Tak pasti acara ambil gula2 dalam tepung ke ambil tepung dalam tepung. Hmm.

Next, kaki gajah. Mesti dapat agak kan. Ha, betul la tu, jalan atas tempurung kelapa. Leceh siket sebab kena buang kasut. Ada yang pro, ada yang bertatih2. Yang pasti semua bagi semangat each other.


Ke check point sebelah, bawa bola ping pong dengan chopsticks. Sengih je aku dengar chopsticks. Adik2 I pun pro guna benda alah ni. Aku bawak first. Macam biasa, tak sempat pun nak dengar briefing PIC. Redah je ikut cara suka hati jantung badan sendiri. Aku rasa PIC pun pening dengan kitorang, sebab chaos sangat. Ala, sebaya, kawan2 sendiri jugak yang jadi PIC ni, so kawtim aja. Siap suruh sign cepat2. Bagi yang tak biasa guna chopsticks, task ni perlu dilakukan dengan tenang dan bergaya. Kalau nervous, pressure tinggi, ketar tangan pegang chopstick, melambung lah bola ping pong yang ringan bingan tu. Kenapa bergaya? Harusla. Jalan mesti straight, badan tegak, stabil. Tak ke macho tu. Ekeke. Ada yang sangat tinggi tahap shaking tangannya sebab nervous, masing2 bagi semangat dan tolong dia.

Ku nampak kemantapan ukhuwwah di situ.

Check point kenal suara. Yang cam2 suara kawan sambil tutup mata tu kan? Good try. Sila cuba lagi. Ini isi air dalam botol. Seorang member tutup mata, ambil air dalam baldi guna span, jalan sambil dipandu arah oleh rakan2 serta penjahat, perah dalam botol. PIC sebagai penggangu suara. Dan, role paling scary dalam task ni, seorang kena pegang botol letak atas kepala. Dengar je role ni, semua pandang seorang budak free-hair dalam group ni. Ngehehe. Nak tak nak, kau duduk situ! Bagi botol kat Hasan.

Bapak yang berjasa. Haha *gambar sekadar hiasan*

Bapak berkorban demi anak-anak. Aku first tutup mata, jalan macam ketam g dekat botol. Wowowo, nasib tak terlanggar Hasan terjatuh tergolek. Too much orders. Lepas tu perah. Bukak penutup mata untuk kasi orang lain pulak. Sekali nampak Bapak dah kuyup. Maap San maap >< Masa ni je lah nak balas dendam. Eh. Ops. Next turn Wawa. K. Baru tahu keadaan dia. Semua bising nak bagi arahan. Alahai. Rasa nak tutup mulut PIC2 berkenaan dengan span. Lagi kesian tengok air span yang tak masuk botol, tapi memandikan orang yang pegang botol. Kesian2 pon, aku gelak sampai terduduk kowttt. Semua tak tahan gelak weh.

Penuh je botol tu, semua lari ke ‘Boling buah nyior’. Nampak mudah. Cuba sekali pasti taknak lagi. Banyak tersasar kot. Buah nyioq pon berat. Bersegi pulak tuh. Lepas tu kena strike n spare baru dikira. Aiyoo. Rasanya check point ni paling makan masa. Penat baq ang. Dengan terik mentarinya. Usaha tangga kejayaan. Last2, dapat jugak tandatangan.

Check point last! Ayuh! Kali ni serius rasa macam lari balapan sebab check point boling n pancing tin tu macam utara-selatan. Ada joran buatan. Hati2 mata kail bersinar2 tu boleh menyakitkan anda. Kat sini macam2 gaya mengail tin aku saksikan. Cara bawak joran dan tin paling bergaya pulak aku kasi kat Wawa. Macam menari haa bawak joran bersangkut tin berisi separuh air tu. Haha. Semua sudah. Like seriously, sudah dah?!

Maka lari Olimpik lah SCONErs sekalian mendapatkan si Adhwa untuk pengesahan selesai tugasan. Adhwa pon tak percaya. Banyak cekadak pulak dia. Lepas disahkan, paham2 la apa terjadi lepas tu. Yang menjerit, yang melompat, yang melolong semua ada *exaggerating*. SCONE tempat pertama Telematch Family Day FST 2014!

Right after finishing all the tasks. This is ISA8 team.
Kesian Nizam (baju merah) tak masuk frame.Nyeboks.Haha

Serang gerai ISA8. Dahaga.

Akak2 penjual yang cun.

Pakat lepak tepi gerai sambil berteduh.


Anis pulak bawak bekal nasi lemak yang diorang masak kat rumah. Hui. Berkelah ISA8 kat situ. Bonding time J


Dalam masa yang sama, Futsal sedang berlangsung. Tak dapat nak pergi tengok, penat.


Nampak makin meriah kan. Meriah meriah jugak. Perasan tak, khemah dah takde. Kisahnya...

Gambar ehsan Media Sekrefast
...angin kuat sangat + khemah comel dan ringan. Yang herannya kawan2, budak ni boleh stay statik pegun tak berganjak layan nasi lemak dengan teh tepi tu macam takde apa yang berlaku. Padahal orang lain ribut duk sambut khemah melayang. Sekarang baru tahu, makan tak ingat dunia tu macam mana...dahsyat jugak ISA8 ni.

Acara kemuncak, tarik tali antara kos. 

Kat tengah yang baju merah tu tak masuk tarik tali eh. Dia pegang tali kat tengah je.

Kulihat ISA di mana2. Paling ramai penyokong. Nak terkeluar anak tekak weh bersorak. Tapi sayangnya, team tarik tali ISA sampai semi-final sahaja. ICT(i-Chem Tech) punya team tarik tali, bapak aa..besar dewa sengsorang. Lalu kat tepi, rasa benda besar tengah lalu. Bawak2 lah diet korang. Tapi yang bagusnya, dorang besar berotot, bukan besar berlemak.

Selesai semua acara, upacara penutup dilangsungkan. Pembahagian hadiah kepada pemenang.


Antara kemenangan ISA :


Johan Telematch (2nd year).
Tempat ke-4 Telematch (3rd year).
Johan Futsal.
Semi-finalis tarik tali.
(Ada 3 acara je)






The best part was, ISA was announced as The BEST GROUP! Syukur Alhamdulillah. Rezeki dariNya. Great moment everybody. Glory Glory ISA!

ISA memang havoc!
ISA Siblings

Last but not least...

Majulah FST untuk semua.