Wednesday, April 30, 2014

Random

Assalaamualaikum w.b.t
Okay disebabkan tak tau nak buek apo ateh bas ni, den pikir nak belog sepam. Dalam kata lain, membebel. Malas nak nyemak kat twitter, ramai pulak terlebih caring, terlebih perasaan. Pastu sendiri rasa bersalah sebab tweet. Hmm. Untuk melengkapkan kebosanan, earphone takdak, entah tercicir mana tah. Seminggu dah. Hilang arah rasanya idop tanpamu, earphone. *lap hengos. Sobs* . Tu la sapa suruh rushing manjang, earphone majok jalan kaki balik keylang aa. Huh. Soddehhh. Nak cerita random ajo.
Semalam kan, kelas sampai maghrib je, tapi stay kampus sebab nak buat CTPS online test. Kenapa takleh buat kat kolej je?? Haaa. Tuan2 dan puan2 yang dikasihi sipi2 sekalian, apa guna online test kalau tak buat berjemaah? Apa guna berjemaah kalau takleh bincang? Teettt. Bagi sesiapa yang berminat dalam jemaah ni, berkumpul kat lab komputer, buat test serentak malam tu. Cemerlang lah jawabnya. InshaAllah. Hiks.
Lepas jawab test, stret pergi Pusat Komersil...turun court. Semalam I pakai jubah u, pastu mana I tahu nak stay sampai malam, ingatkan maghrib tu nak balik, so sempat la nak salin baju, kasut, ambil raket then baru g court. Sekali....hamekkau g court ngan jubah ngan tudung chiffon soft pink tambah heels 2" takley blah macam Cekgu Bedah nak g mengajar bawak beg, buku banyak kat tangan. Jemah kau! Bebudak ni tak cam weh. Tengok dekat baru perasan aku. Yelah, duk ngan diorang (team) , xpernah nak melaram ke hape ke. Masa main/training lah nak selekeh seselekeh-lekehnya, secomot2nya. Nak tengok buruk aku boleh la tengok masa aku main, dengan muka merahnya. Lawa sikit dari Cik Lang. Haha. Encik Azri turun main pulak malam tu. Cepat je cam aku, siap peace2.

Weh sape bukak kasut ni woi? Longkang pun boleh retak bau kaki enko. Aaaa cemana nak tidoq. Naik loya sikiiiit lagi nak pitam. Uweerrkkkk
Iklan tamat.

Nak main, tapi takde apa2, tapi nak main jugak. Apa lagi, call Yaya, nak pinjam baju, suruh bawak nanti nak datang court. Seluar sponsored by Kak Intan, seluar spare yang dia selalu bawak. Raket, mana2 je sukahhati rembat budak2 ni punya. Sengsorang raket nak pat lima batang. Da prob iz, shoes. Satu dalam seratus je kot yang bawak kasut spare nak g court. Kasut xleh ler nak minjam, orang nak main. Demi passion tu, try jugak main tanpa kasut. Fes toime Jah I main badminton tanpa kasut *tulis dalam Adiebah Book of Records* . Adhil cakap comel, tapi orang yang menaggung ni x rasa secomel yang kau nampak *ayat cam keling harreii* . Kaki aku macam magnet kotoran, abis nak datang bertempek kat tapak kaki. Tapi xde la itam sangat. Mozek court tu cleaner yusem salu cuci kot. Sebbaek tiles tau, kalau macam karpet tenis tu, mau makan isi tapak kaki lu. Main semalam, yang pakai kasut boleh kalah dengan yang tak pakai kasut - Kak Efa. Haha. Tak banyak pun main semalam, takut jugak, terjelepok ke ankle sprain ke nanti, menyesal tiada guna, nasi sudah menjadi bubur, bubur pun sedap dimakan. Yum. Alah lapar pulak atas bas ni. Baru kat Ampang (11.35pm) . Eh nampak Planet Ikan Bakar BBQ Steamboat. Hari tu baru search kedai tu. Kat sini rupanya. Tepi dia ada Satay Kajang, Ampang. Apsal iklan GCB McD tepi jalan ni beso sangat ha?! Kalau dapat turun beli takpa jugak. Huh!*emo tak memasal. Ngeng*
Balik main semalam macam biasa pukul 1 pagi. Bla3. Pukul 3 baru tido. Penat der. Qodho tido lepas balik kelas tengah hari tadi. Punya lah ngidam, sanggup keluar kelas MathComp, g beli nasi lemak kat PKP, pastu makan breakfast sengsorang. Forever alone. Hah. Pastu masuk kelas balik aa, dah bincang soalan ke-5. Hehe.
Kemas beg pukul 6.40pm tadi, maghrib dah siap kemas. Pastu siap pakai lengkap semua ready nak keluar rumah dah, terdetik nak cek tiket, 9.30pm bhaiii. Mati2 ingat 8.30pm. Aku dah sebar satu kampong aku punya tiket 8.30pm. Adoi. Reverse masuk rumah balik, buang tudung, stokin, duduk kat meja study, online. Selfie, pastu wasep kat baba, sambil tunggu isyak.
9.15pm keluar jalan kaki heret luggage g Dataran Nilai. Tetiba tengah jalan kat dataran tu, dengar orang panggil, "Diiieee bah." dalam gelap. Err. Depan aku nampak bayang 3 orang laki n 2 motor. Jap, suara tu aku cam! Dia keluar sikit, muka kena lampu, hah dah agak! Muhaimin. Dia ngn Anip n sorang lagi kawan dia. Tengah buat apatah kat situ. Aku berhenti depan dorang, suruh Muhaimin tarik beg aku sampai bus stop. Acah je. Lepas gelak, aku blah camtu je. Muhaimin iz my teammate. Selalu marah aku kalau aku cakap luar dengan dia start dari MASUM hari tu lagi. Nyampah. Haha. Sekarang dah terbiasa cakap kelantan ngan dia. Member2 team semua nak gedik2 sweet. Banyak gila drama! Lagi2 dalam group wasep, fb. Haha. Tak larat nak layan tapi layan jugak drama dorang. Kalau tetiba Husaini panggil sayang kat sesape tu biasa la. Kalau tetiba Muhaimin kacau aku, ada orang jerit bagitau Kak Efa Muhaimin curang, lepas tu merajuk..itu biasa. Share makanan lagi biasa. Namun, batas tetap dijaga. Semua dari sekolah agama kan. Takleh x jumpa seminggu, semua dah nak rindu2. Moga2 ukhuwwah dan skill terus mantap team!
Kan dah cakap random. Tak ting tong ke kepala korang baca. Aku dah pening ni. Ibu jari pun ada ura2 nak cramp. Tak kira cramp kaki aku lagi, kerusi depan ni rapat geyla. Untung adik sebelah ni kaki tak panjang sangat, nampak selesa je dia tido. Aku ni yang tak tido2 dari tadi bercahaya semacam je muka duk ngadap fon. Hahah. Serius wey bas ni seat rapat2. Kaki xleg gerak, apatah lagi nak free-style kuak kupu2 dan sebagainya. Ni pun dah sakit badan, baru pukul 12. Sobs. Doakan keselamatanku sampai ke rumah ye. Love futuru. Eh. Bye