Tuesday, May 27, 2014

Isra Mikraj, End of Semester & the best Nan Cheese in town !

Assalamualaikum ^_^

Hari ni 27 Rejab 1435 Masihi. Hari di mana berlaku peristiwa paling agung dalam sejarah Islam pada bulan Rejab iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

       Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. (more info)

       Alhamdulillah duduk universiti kat Nilai sebab raja Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis sahaja yang sayang rakyat lebih, kasi cuti isra mikraj. Flying kiss kat Ku Riz. hiks

       Akhir2 sem ni semua pelajar universiti sedia maklom, kerja/assignment mahupun projek akan datang secara berjemaah dengan bertubi2 dan bertali arus. Siap yang tu, yang ni pulak. Bila tah nak habis. Tiap2 minggu presentation itu normal. Siapkan kerja last minute pun normal. Eh. Bukan apa, too much to handle! Waktu tidur pun tak macam manusia dah. Lagi2 time esok nak due date, mampu tengok katil empuk beserta bantal gebu dengan linangan air mata je. Pagi esok eye bag besar bantal sengsorang. Online submission pun sama, beberapa minit lagi submission nak tutup, tetiba internet buat hal, habis segala binatang dalam hutan diserunya *not me not me* . Dalam kata lain, macam lifeless jugak la bebudak ni bila akhir sem. Sempat bernafas pun nasib baik.

       Minggu ni minggu last belajar untuk semester 4. Alhamdulillah banyak jugak assignments n presentation yang dah lepas. Dah boleh bernafas baik sikit dari minggu2 lepas. Tinggal present final project Software Engineering dengan CTPS Product. Minggu depan dah study week. USIM bab keluar jadual exam final memang lajuuu. Sebulan setengah sebelum exam dah keluar.



Semua nak, "mohon sedar diri" "please be nice to me" wateva. Boleh, tapi dengan usaha study la. Bukan usaha menaip sahaja. *peh nasihat orang.pehhh*

       Ok2. Ceritanya semalam submit 3 benda sekali gus. Lepas tu rasa macam, "I'm free" yang sedikit hipokrit. Alaa kasi la can nak free kan otak. Aku senyum sengsorang tau buat kerja. Tapi bila tengok whatsapp yang  kelakar la. Bukan senyum yang tiba2 tu. Nak cakap kite gil* la tu. heyyy. Masih waras okay *kepala Kim Kardashian*

       Lepas kelas OS semalam, balik rumah, macam biasa, takde orang. Kepala serta-merta bentang list yang boleh dibuat. Iklan - Ikin buat post sweet pulak.


       Dengan tenaga berbaki, lepas solat n siap2 semua, aku kemas satu rumah. Beres kat luar, kat dalam toilet pulak. Segenap tempat berus. Dia ala2 membuang tekanan gitu. Ni aku belajar dengan Kak Ehsan la ni, bila stress, sental lantai tandas. Haha. Thank you Kak Ehsan bagi tips hilangkan stress. Berfaedah la jugak kan dari termenung. Tengah2 cuci tandas tu, Kak Atin kat tandas sebelah seru. Kitorang memang suka buat conversation dalam tandas. Ahah. Dia tanya free x malam tu. Dah baru submit kerja, memang lah free. Kak Atin ajak ambil Kak nik kat airport. On dengan lajunya. Lepas maghrib keluar. Kak Aimi ikut sekali. I jadi co-pilot Kak Atin. GPS jadi co-co-pilot; co-pilot I.

       Sampai la KLIA2 buat ke-2 kalinya. Aim utama - cari booth Boost instead of cari akak rumet aku yang tak tau jalan keluar dari arrival hall tu. Bertuah punya adik rumet macam ni. Lek ah, kasi pusing2 dulu tempat baru. Dah lama sangat hentak2 kaki ngidam nak ni. Mau duk kelantan anak dalam kandungan nanti ngidam benda alah ni, jenuh nak cari luar kelantan (drama tak nak kalah).kbai . Jalan sikit dah jumpa booth - mata bersinar-sinar - sikit lagi nak lompat2 nasib baik pakai skirt - behave - jalan g order Crush Berry


Tetiba nampak Kak Nik ngan Kak Una (kakak Kak nik) dah jalan datang sini. Akhenya jumpa jugak keluar dari arrival hall tu.

       Dari KLIA2 terus g Bangsar, hantar Kak Una, esok dia kerja. First time masuk kat Pantai Dalam tu, terkesima kejap tengok flat/kondominium bebanyak gitu. Aku panggil segugus. Kereta penuh tepi jalan luar pagar. The sesakness that not everybody can bear. Lepas hantar Kak Una, perut masing2 menagih simpati minta diisi.

       Memula ingat nak makan kedai sekitar situ je, lepas tu diorang suruh aku decide. Silap besar lah suruh aku decide tempat makan. Demand! Apa lagi, terus taip kat GPS, "RSMY". Ni satu lagi, sejak nampak post nan cheese kat IG orang tu, terus pacak restoran tu kat list-to-go. RSMY dalam 15 minit dari Bangsar. Tapi tak berapa nak 15 minit lah, sebab first time pergi, banyak makan buah langsat. GPS kata dah sampai, tapi tengok kiri, mana ada jalan masuk lol. Dekat setengah jam jugak weh pusing KL cari kedai. Pusing tempat sama sampai nak haus jalan tu. Mungkin nak suruh tengok Menara KL riban2 kali kut. Romantik sangat pusing KL dalam hujan rintik2 tetengah malam buta dengan perut mencerut~~~ Then baru tepikir nak contact orang tu, tanya tempat. Nak landmark je sebenarnya. Sampai Maju Junction, tak jumpa jugak + malam + banyak kedai dah tutup. Kaitan. Aku pasrah. Letak henfon kat tepi. Guide Kak Atin suruh jalan je. Sampai Maju Junction, belok kanan. Lepas tu suruh Kak Atin masuk susur kiri. Pastu jalan 20 meter, nampak kedai makan kat lorong sebelah kiri. Masa tu dah tak kesah lah kedai apa pun, janji dapat makan. Pukul 11 tak dinner lagi, kang ada yang kunyah kusyen kereta. Masuk lorong tu, kiri nampak Malindo Air, depan sikit Bangunan Mara. Eh, bukan kedai tu depan Bangunan Mara yang kita tak jumpa tadi ke. Tengok kanan. Jejeng !!! RSMY House of Real Nasi Beriani. Ok aku jerit kut. Over sangat. Ok tahu. Sukahatila. Janji akak2 ni pun happy. Dapat parking depan2 kedai tu jugak. Masuk duduk meja paling belakang. Semua dah mengantuk. Dan lapar. 2 nan cheese, 1 chicken nan cheese, 1 garlic nan cheese. Servis tip top.

Kuah Dhal n Kuah Kari Ayam. Lain dari yang lain, pekat n sedap serius tak tipu!
Kuah harga asing.

Gebu. Tepuk2, tidur.ZzZz
RM6

Taddaa. Chicken Nan Cheese paling sedap pernah aku makan. Tak tau la kut2 yang korang pernah makan lagi sedap ke
RM8

Keju berkilo-kilo ni la yang buat orang tak tidur malam memikirkannya
Anne, nan tarik satu! Siap!


Muka-muka puas hati. Yang sorang tu punya la teruja
       Conclusion, two thumbs up! Sumpah sedap rasa nak nangis laju-laju. Cheese dia bapak dewa punya banyak. Makan rasa macam, aku makan keju segumpal ke roti nan ni? Sampai gitu sekali aku exaggerate. Kak Atin order lagi satu nan cheese kot! Aku sebijik pun dah rasa kembang semacam.

       Semua dah menyandar, aku bangkit g bayar. Nak pukul 12 dah, tapi orang still ramai, yang baru datang pun ada. Dia tutup pukul 12 rasanya, takpun pukul 1pg. Apa pun, pagar kolej tetap tutup pukul 12am. Baik gerak balik sekarang dan siap2 karang ayat pujangga untuk pakcik jaga nanti. Nak balik senang pulak cari jalan. Biasa macam tu la kan. Hujan lebat mencurah-curah. Nak pecut, sayang nyawa. Merangkak lah perlahan-lahan, pukul 12 lebih sampai kolej. Dan berita baiknya, pintu pagar tak tutup. Hooreeyy! Lepas isyak semua sekian atas katil dengan perut kenyang dan puas hati.

Wish us luck for final project presentation. May Allah bless all of us J

No comments:

Post a Comment