Wednesday, August 13, 2014

Reunions.

Masih belum terlambat untuk wish korang SHRAMZDB! *jimat ink* *bunyi mercun* *pasang lagu raya* *Syawal sebulan* *raya tiga ploh hari* *ah semua nak star*. Walaupun sampai raya kesemilanblas ni aku masih tak merasa lemang dan rendang serta biskut Mama Carrie, namun boleh dikatakan raya tahun ni antara raya yang paling meriah dalam hidup. Alhamdulillah. Moga semua dipanjangkan umur untuk jumpa pada Syawal tahun depan. Ameen.

Gambar raya buat tatapan anak cucu sekeping dua
(Btw, semua gambar dalam entry ni semua tak diedit bahana penulisnya yang emm...kurang rajin)

Pagi raya, budak2 lambat naik kereta asing. Dapat sembahyang raya dalam masjid pun dah cukup syukur
*walaupun dapat saf depan pintu*

Takde stand mahupun monopod, Diebapod pun boleh demi gambar raya bersama.
Dia sorang takde dalam gambar di atas. Ina nak main game -_-" K

"Jom selfie!" Semua datang serbu cuba memuatkan muka masing2 dalam gambar. Havoc!

Adik/kakak : Mana-mana pun boleh.
Baru tahu sekeping dua tu 5 rupanya. Err. Okdah. Next story...

Bekos this is puasa and raya months, maka kebanyakan bebudak obesea sana balik ke tanah air untuk tidak beraya dengan sebesen air mata nun jauh di sana. Kepada yang tak balik beraya di Malaysia, saya yakin anda sangat tabah dan kental walaupun anda mungkin patblas kali tukar kotak tisu tepi laptop yang anda guna untuk Skype dengan family tercinta di pagi 1 Syawal.

Adalah sangat sesuai waktu ini untuk mengumpulkan semua orang yang jauh yang dekat yang rapat yang senggang. Kau ada dengar cuti Hari Malaysia bebudak oversea balik Malaysia? Takde. Raya je ada kuasa macam tu. Dan Alhamdulillah for this holiday, managed to handle 2 reunions.

Terbelek Instagram bebudak ni, ternampak komen tanya bila nak gathering, maka aku terdetik untuk usul perkara ni kat Aya the headgirl of SKKK3(2005). Aku kemukakan benda ni masa Aya datang open house rumah aku pada raya ke-4. Kata Aya, the sooner the better sebabnya dia pun dah tak lama kena masuk sekolah (we used to call our university as ‘sekolah’). Hari Sabtu aku create group conversation kat FB. Maaf kepada sesapa yang aku lupa invite -.- Hari Ahad mintak tolong Pojan create Whatsapp Group untuk Batch 8 SKKK3. Semakin dibincang, semakin awal pulak tarikh nak buat reunion tu. Haha. Takpe asal ramai boleh datang.  Untuk tempat pulak, aku bagi cadangan nak buat kat Pizza Hut KB Mall sebab seingat aku PH ada satu tempat yang luas and private. Rupa2nya dia dah tutup section tu. Kakakakamalu. Lagi pun, PH Amerika punya. Boikot. Selagi boleh elak baik elak. Tiap2 masa otak jalan je duk pikir mana nak buat. Siap kena survey setiap tempat. Last2 mintak tolong Pojan survey Domino Kubang Kerian yang baru sangat2 dibuka. Tempat and ruang okay. Dekat dengan semua orang. Perfect. Announcement time.

Reunion Batch 8, SKKK(3)

Tarikh     : 5 Aug 2014 (Selasa)
Masa       : 11 pagi
Tempat   : Domino’s Pizza, Kubang Kerian

Adlin Syafini the early cute bird. Lepas tu baru weolls menyusul. Chena pulak bawak niece dia yang sungguh comel ya Allah, si Hanan. Semua tanya anak ke. Ia-kan je la. Haha. 

Antara yang terawal

Semua tunggu Pipi datang, baru nak order. Nampak tak VVIPnya kat situ. Dah la dia suggest suruh buat reunion kat Nasi Kak Wok. Hahaha. Ngidam lettuw France sana takde Kak Wok.

Zaty bawak kek Oreo ni :) Tenkius


Tengah makan, ada lagi datang. Meriah! :) 7 tahun tak berkumpul sekali ramai2 macam ni. Semua dah besar *ayat cliché*. Yang maintain pun ada. Tak banyak pun yang berubah. Perangai sama je sengsorang. Jati diri tu ada. Tak mudah terpengaruh dengan keadaan. Kebanyakannya mengikut resmi padi. Perangai loqlaq pon, tetap humble. *kira halal lah aku interpret peribahasa sasukehati ni ye*

Masing2 cerita pasal life masing2, study, culture, macam mana survive kat negara orang so on and so forth.  Pipi cakap kalau nak hidup dekat France, memang kena belajar culture sana baru boleh survive. Chena pulak asyik jumpa budak2 ni kat Airport. Airport Dubai lah, UK lah. Dapat title Minah Airport. Hehe. Cerita paling menarik, Busra yang anak 1 setengah dah (yang setengah tu sebab dalam perut lagi). Kahwin dengan budak Naim Lilbanat. Peh2. Aku? Main kejar2 dengan Acaf, kadang2 berebut drumstick ayam. Hm

Busra-Fittri-Pojan-Pipi-Adiebah-Aya-Maisurah-Chena-Hanan de comel-Delin-Zaty-Amalin-Adeeb-Syahmi
Eh yang belakang kanan meja sebelah tu reunion sekali ke? Hehe
Berapa kali suruh abang Domino tu ambilkan gambar. Banyak2 kali, dia pun buat2 tak nampak je budak2 ni panggil. Sian.

Reunion kali ni disponsor oleh 2 insan berhati mulia. Murah rezeki mereka2.  Reunion sekolah rendah kami tamat pada pukul 1.30pm. Tak kira la kau belajar tinggi ke rendah ke, jauh ke dekat, semua balik cuti, jadi driver. Ambik adik sekolah, bawak mak pergi pasar. *kaitan betul conclusion aku*

 *******

Reunion seterusnya, Innocence. Entah berapa kali reunion kitorang ni. Selalu je ada. Haha. Tapi kali ni, berusaha sedaya upaya untuk kumpulkan kesemua sepuluh orang. Malangnya Aida dah masuk sekolah, Kak Jan ada musyaqqah, Aimi pulak sakit peyut pada hari kejadian. 7 orang pun dah cukup cemerlang untuk dikumpulkan. Kalau reunion sekolah rendah hari Selasa, reunion Innocence ni pulak, hari Rabu. Berturut-turut. Cuba untuk menenangkan baby2 cacing yang kegemukan dalam perot. Reunion kali ni juga adalah agak official sebab dapat sponsor. Weee. Tukang sponsor ni dari bulan puasa lagi ajak bukak puasa, tapi semua busy. Maka ditunda amal jariah tu kepada hari Rabu tu. Katanya buat open house dekat Seoul Garden KB Mall dan budak2 ni semua dijemput. Sol gadeng kot. Selamat 27 hengget memasing untuk lunch. Laju2 semua setuju nak datang.

Tukang sponsor ada hal, so lewat sejam katanya. Pabila perut masing2 sendiri yang bercakap sesama sendiri, semua geleng kepala sambil keluarkan duit masing2. Kami ta kuaddd. Dah lapar! Gigih tau kosongkan perut dari semalam sebab nak makan banyak. Janji 2.30pm. Tak tahan ah nak delay sejam. Kita masuk bayar dulu, nanti claim. Hehe.

All-in. Sungguh macam2. Ni baru 13% gambar . . .

Makan kat sini wajib ada 2 sesi atau bersesi-sesi. Baru berbaloi. Tak pernah pulak dengar orang kena halau. So duduk la selama mana korang nak. Ulang amek makanan patblas juta riban kali pun diorang tak perasan sebab ramai sangat orang. Nak borak gaya nak suruh Sushi King sebelah dengar pun takpe. Takde orang kesah kot. Yang penting, MAKAN and have fun. Ambil gambar habis gaya pun orang tak pandang. Kau jangan buat perangai firaun g naik atas meja untuk bergambar sudah.

Sesi pertama adalah sebelum Ain sampai. Sesi kedua adalah selepas Ain sampai. Ain got class till 4 dan terus bergegas dari IPG Pengkalan Chepa ke KB Mall. Nasib baik ada Ain, boleh excuse untuk adakan 2 sesi. Bhahahaha. Habis sesi pertama, semua simpan pinggan and kemas meja. Acah-acah belum makan lagi. Konon.padahal.dah.berpuluh.pinggan.sampai.tak.muat.meja.nak.letak.aha.makan.ke.mentekedaghah.tak.tahu.lah.burpp Eh Ain sampai jom ambil makanan! Masak2. Makan second round. Esoknya sakit perut haa kan.

5.30 baru keluar. 3 jam dalam tu kira ok lah kot ; tak sampai pun setengah hari.  Lepas asar, Ain nak beli talipon! Ingat memain sekali memang tebal cash dia bawak. Wowo. Girlfriends sekalian maha eksaited sebab duk tunggu Ain ada smartphone untuk bersosial ; whatsapp. Semua suggest SONY. Maka SONY lah pengakhirannya. (Lupa model apa. Sorry Aen >< ) Welcome to SONY Family. Ngehehe

Lepas maghrib kat surau situ, balik.


Bie ajak overnight rumah dia malam tu sebab abah n adik Bie takde. Pukul 10 malam suruh Inche Kembar hantar rumah Bie dalam hujan renyai2. Sebelum turun kereta, gaduh dulu sapa yang kena cium tangan sapa. Menang! Kak awal 10 minit. Fuh. Syuda n aku je dapat overnight rumah Bie. Kira jadi. Pukul 11 malam keluar beli makanan. Wowemji da derhaka dengan Inche Kembar sebab dia pesan jangan keluar g mana2, malam2 bahaya. Tapi selamat. Kira kurang sikit efek derhaka tu kay. Konon beli makanan untuk sahur. Balik terus makan. gahaha. Awal gila sahurnya. Hiks. Borak2, gosip2, online, tido. Pagi lepas subuh ibu bapa masing2 datang jemput. Bangun genyeh2 mata, pakai tudung, salam2, babai keluar rumah, turun tangga, naik kereta. Balik separa sedar. And the story ends.

May Allah bless our friendship. *hugs*

Looking forward for another grand-gathering.

No comments:

Post a Comment