Wednesday, September 3, 2014

Chiffon

Assalamualaikum :)

     Bagi sesiapa yang terfollow aku kat Instagram mesti aware dengan spam gambar budak muka selebet pakai tudung herot takpun gambar yang ada RM20 warna merah besaq. Apakah minah ni duk promote online shop ke hape. Asyik muka dia je. Jangan risau, kita sekapal. Aku pun rasa annoying. HAHA.

     Ada yang siap PM aku tanya aku berniaga tudung ke sekarang bla bla bla. Ye lah, sekarang ni, butik2 pakaian atas talian mahupun luar talian trending meletop cun punya bagai cendawan tumbuh di tepi telaga selepas hujan lebat membasahi kain jemuran. Tapi hakikatnya, aku bukan salah satu daripada itu. Nehi nehi.

Sejarah.

     Kalau tak salah la kan, aku mula buat tudung sendiri waktu sebelum masuk degree. Maksudnya 2 tahun lepas lah (2012). Masa tu cari tudung putih sebab orientasi nak sedemikian rupa. Well budak baru, skema harus jitu. (Walaupun dah setahun tamhidi kat yusem jugak dan walaupun juga, aku tak pakai pun tudung yang buat tu sebab rasa macam budak sekolah justeru aku pakai warna cream yang sedia ada ajo).

     Aku ni jenis kalau masuk kedai kain, orang lain tawaf kedai cukup rukun haji pun aku belum tentu habis usha kain kat situ. Dah la semua kain nak peygang. Pastu keluar awan2 kat kepala terbayang2 apa boleh buat dengan kain tu. Cantik tak kalau kain ni buat itu ini. Design macam ni, macam tu. Kiranya aku masuk kedai kain ni kerja berangan je la kan. Kahkah. Motif. Lepas tu aku mula kawan dengan kain chiffon. Ee macam best je kalau jadi tudung. Test sehelai. Wuu best jugak. Very light and no inner needed. Plain and simple pulak tu. Lagi lah iolls suka! Lepas tu aku buat lagi helaian demi helaian menambah koleksi tudung yang berjuta. Sampai la ada orang tanya, "Eh, tudung buat sendiri ke?". Maybe sebab jenis kain rare kot masa tu. Beliau macam berminat. Aku pun cakap la, kalau nak, aku boleh tolong buatkan. Tapi dia senyap je. Aku pun meneruskan kehidupan macam biasa.

Setahun setengah kemudian...

Jualan.

     Semester 3. Baru sedar kelas memerlukan dana in case ada event apa2 untuk guna duit. Maka geng usahawan kelas aku cadangkan untuk jual tudung dan aku appointed to be in charge. Balik cuti midsem, tudia semangat g cari kain. Plain chiffon, bawal ombre and printed soft crepe. Classmates semua gigih ambil gambar n buat promosi. Aku pun ada menyelpi tunjuk contoh tudung2 tu pabila dipakai. Konon.



Dibuat bawah jenama SCONE sempena nama kelas (Science Computer ONE *computer science*) Promote situ sini. Alhamdulillah masa tu banyak jugak terjual. Membeli sambil menderma. Setengah keuntungan masuk dana kelas.

     Lama-kelamaan, berbekalkan saki-baki stok yang masih ada, aku bergerak sendiri. *peh macam ayat novel Anak Din Biola masa tingkatan 2*. Aku rasa aku ber-hak bergerak sendiri.

Bermulalah cuti semester yang sangat panjang... (dah tinggal 5 hari je pun dari 3 bulan. Sobs).

     Kawan2 Athierah stalk aku kat stegrem. Lepas tu tanya2 Athierah, kot2 ada buat tudung baru. Aku yang cuti takde kerja duduk rumah ni, saje mencuba2 buat halfmoon shawl. Eh macam lawa. Dah la simple nak pakai guna 2 pin je, cantik elok pulak tutup semua. Jatuh chenta. Athierah bawak g sekolah. Open order for any colours. Standard harga RM25. Minat betul budak2 ni dengan halfmoon. Tiap2 minggu ada je order baru. Ada la jugak kerja nak dibuat dari duk sesaja. Dekat nak raya ada order dari orang luar jugak.

     Lama menyepi, sibuk dengan Syawal sebulan dia tu. Lepas Syawal, budak2 start sekolah, open house dah kurang...start takde kerja nak dibuat. Cari kerja lagi. Muehehe. "Yah(Athierah), kak rasa nak buat Merdeka Sale la. Yah bagitau kawan2 Yah, semua tudung jadi RM20 dari 25 sampai 31 Ogos." 


Yah lagi excited dari kakak Yah sebabnya untuk setiap helai tudung, dia dapat commission. Business partner katorang. Terima kasih Yah sebab sabo (sabo ke?) layan kerenah I. Hiks

Halfmoon Shawl - Tudung Square Curve

     Untuk Merdeka Sale ni sengaja aku sediakan banyak2 stok. Perempuan dan sale, berpisah tiada. Bila habis stok, ulang pergi kedai kain. Balik gunting, then hantar kelim tepi tudung sebabnya rumah aku takde mesin kelim tu. Bukan selalu guna pun. Agaknya Kak Su (lovely aunty yang jahit kelim) dah naik hijau muka dia alih2 budak ni je yang datang. Akak2, uncle2 kat kedai kain pun sama. Masuk kedai je, "Chiffon ye?" lol pandainyee uncle akak mana tahu. Haha.

     Yeah untuk semua tudung setakat ni aku guna chiffon. Majoriti perempuan kenal kain jenis ni. Dulunya, kalau sebut chiffon, mesti nak buat alas baju sebab kain dia light and breathable. Tapi sekarang, semua benda kalau boleh nak guna kain jenis ni sebab dia punya flow sangat2 cantik(sebab utama aku suka chiffon) jatuh elok je even Tudung Fareeda yang Nyata Jelita tu pun memang basic guna chiffon. Ketebalan/kenipisan dia berbeza mengikut warna. Bila dah 2 layer, inshaAllah tak jarang pun :)

     FAQ yang most frequent punya untuk segala tudung adalah, "Senang bentuk tak?". Untuk menjawab soalan ini, aku terus letak contoh gambar apabila dipakai tanpa menggunakan pengeras/starch.


Cun aje pabila dipakai. Tak macam kain langsir pun. Dan aku akan cakap, untuk mana2 tudung pun, boleh gunakan starch untuk lebih keyakinan. Maksudnya kalau nak lasak panjat gunung ke, jungle trekking ke, kejar lori ikan ke, taknak bagi tudung tu turun separuh muka, digalakkan sembur starch kat bahagian muka tudung tu ye princesses semua.

     Orait. Ada yang tanya aku beli kat mana. Untuk pengetahuan rakyat jelata, beta beli kain merata-rata. Chiffon fabric for certain colours in certain gedung kain have different types and I'll choose the best among them. Selalu jadikan diri kita sebagai kawan kita yang nak pakai tudung tu, mesti nak yang elok kan. Tak kesah la satu warna satu kedai, as long it is the best quality. Nak tahu, rajin2 la melawat kedai kain. Nak tahu lagi, beli satu, test pakai sendiri. Bila okay, baru boleh angkat.

True success requires sacrifice. 

Antara soalan yang aku rasa tak proper ditanya kepada mana2 penjual adalah, 'Berapa helai dah jual?'// 'Berapa banyak dah dapat?' // 'Berapa ringgit sehelai ambil untung?' // 'Kain yang awak beli, berapa ringgit semeter?'. Hmmm. Apa motif awak sebenarnya? Saya pos cengkerik lah kat awak. Free postage.



Asalnya nak cerita pasal sejarah macam mana mula je, dah melarat-larat sampai cengkerik. Sebelum noktah terakhir, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang support projek mengisi masa lapang saya ini. Jom tutup aurat dengan sempurna, moga Allah redha kita semua ;)

A true beauty is modesty. Simple but still nice.