Thursday, February 26, 2015

Trip, Tips & Tricks USS!

Resort World Sentosa here we are...

Kenderaan semua masuk basement parking. Bas, kereta, van semua sama banyak. Bila dah sampai, ikut je orang ramai2 tu jalan naik escalator kat situ..ajet2 tahu. Bila dah sampai atas, akan nampak taman tema sekeliling membentuk bulatan n ada juga kedai2 chocolate n souvenir. Pastu boleh nampak jugak muka2 teruja nampak glob universal. Kahkah

Pit stop. Mainstream...



Masuk entrance Universal Studios dengan semangatnya.


Akhirnya, sampai jua kita di sini. Tapi semua control macho jalan slamber takde yang wowemjee wowemjee..kena tinggal jalan sorang2 nanti



Let's get underway!


Hollywood

Ini adalah laluan pertama yang akan anda lalu bila masuk USS, Hollywood Boulevard taddaa


Disebabkan sekarang adalah musim CNY, maka warna merah serta tanglung menghiasi segenap tempat. Patung minion pun pakai topi cina. Hmm wonder kalau musim Raya Puasa, adakah ketupat, buluh lemang dan pelita yang akan menghiasi ruang laluan Hollywood itu? Adakah patung minion itu juga akan bersampin dan bersongkok segak? Ini bukan Malaysia...panggg -__- . Kat bahagian Hollwood ni ada certain time dia buat street show. Hollywod Walk Of Fame jahh. Macam perarakan ah. Ada Sesame Street, Marilyn Monroe, Minion n watak2 Universal yang lain. Selalunya dalam pukul 2,4,6,8pm. Kena pandai bajet masa kalau nak tengok show kat sini. Tapi kitorang tak sempat tengok sebab tengah gigih beratur kot masa tu. Tak rugi pun terlepas part ni rasanya. Eheh. Itu je keistimewaan kat section ni.



New York City

Haa ini betul rasa macam duk New York cuma xde skyscraper. Yang paling jelas anda akan nampak kat sini adalah Sesame Street Spaghetti Space Chase.


Ada orang tu kan, dia cakap ni restoran sebab ada ‘spaghetti’. Tapi ramai gila orang beratur. Aneh. Bila g tanya rupanya ni salah satu ride kat section ni. Hahahaharestoranhahaha. Dia macam mission space apatah. Kitorang nak join orang beratur tapi hakak yang jaga entrance situ cakap ni slow ride yang sesuai untuk budak kecil. Untuk tidak membazir waktu, terus kami blah dari situ tanpa berfikir dua jenak. Malas nak berebut dengan budak2. Banyak lagi benda menarik masih menanti.

Oh satu lagi attraction kat sini ialah Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg. Mula2 nak skip tau benda ni. Tapi sebab ada masa lagi, masuk jugak. Nasib baik masuk! Rugi kalau tak masuk! Best! Nampak tak tanda seru bersepah tu. Masuk ok? Macam biasa, beratur untuk masuk. Memula dia bagi briefing pasal filming ni. How this and that. Tapi tengok Steven Spielberg tu dalam skrin je lah. Lepas briefing, ramai2 akan masuk kat satu hall besar. Kat sini korang kena berdiri tengok live show macam mana letupan2, hujan banjir ribut petir, api marak atas laut, aircraft crash, kapal langgor rumah n semua benda dahsyat yang  dalam filem dibuat. Real woh! Big clap untuk live show dalam ni. Mind blown.

Kat NYC ni juga ada banyak bangunan2 vintage. Vintage? Ye kot. Such a nice place. Posing la kau sampai pengsan.














Science Fiction City

Part yang paling takkan dilupakan, paling tak sabar, paling excited. TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle. Kawan aku cakap dia naik 2 kali. Tazabarnyew. Masuk ala2 kapal Transformers untuk beratur.


Ini first ride kitorang. So sangat noob beratur dari luar n barisan pun bergerak ke hadapan sedikit demi sedikit tu pun dah excited lol. Rupa-rupanya…rupa-rupanya..makin masuk kapal Transformers yang konon2 tu, makin kau akan nampak barisan ratusan orang. Banyak betul section bilik dia. Setiap kali keluar satu2 section tu sangat berharap nampak ride..tapi banyak kali jugak harapan musnah sebab yang nampak muka2 orang boring beratur macam ular anaconda di satu lagi section dan satu dan satu lagi zzz.


Tepi2 dinding tempat beratur tu ada lah some entertainment macam skrin2, button2, PC, keyboard, switch board yang kau boleh main2 untuk hilangkan boring. Kitorang ni sampai berapa kali buka Mister Potato, makan tetap tak sampai2 lagi. Sejam lebih beratur sebelum sampai turn ya Rabbi sabo je lah. Bila sampai last section tempat beratur, dia bagi spek 3D. Di situ sudah terpancar wajah2 keterujaan masing2.

'Masing2' tu kena crop.Bye.

Dah sampai turn tu dah happy dah…bila nasib dapat first row tu double triple the happiness la beb. Sepatutnya 4 riders for each row tapi kitorang duk 3 orang je. Tafsir sendiri lah kegembiraan tu. Dan kalau boleh pilih seat, duduk la kat hujung. Kalau jatuh pun jatuh kau dulu. Haha eh eh tak. Tak banyak gangguan la kalau duk paling depan n paling hujung. Boleh nampak jelas n feel the battle to the max.

Ride ni adalah kapal untuk new recruits/freedom fighter dihantar ke satu tempat. Bila kapal ni gerak, betapa banyak mehnah dan trabulasi kau akan lalu sebelum sampai ke destinasi. Abam Autobots, Optimus Prime, Bumblebee n kawan2 dia akan berusaha sedaya upaya fight dengan robot2 penjahat yang nak culik kapal tu. This is 3D battle against the forces of evil. Bayangkan kau tengah terbang dalam kapal takde bumbung tu, lepas tu robot2 duk berebut kapal tu, lawan2 depan kau dengan percik api la air la. Bila meletup rasa panas, bila lalu kat air kena percik air. Dia punya real tu macam gila. Ye la 3D. Tapi yang kapal nak jatuh, kapal kena langgar, eksiden, spin, kena rampas, bergoncang, kau kena tembak, kena tarik, kena tumbuk tu semua macam juta riban D. pfftt apa lagi aku nak cerita ni habis ayat dah nak cakap benda ni best. Kalau beratur 2,3 jam pun berbaloi kot aku rasa. Tolong pergi sini kalau sampai USS k.

Satu lagi attraction kat Sci-Fi ni adalah Accelerator. Benda ni kitorang naik agak last sebab biasa2 je. Untuk mengisi sisa-sisa waktu berbaki, pergi lah naik. Macam cup yang spin kat Sunway Lagoon tu. Aaa kat Fun Fair pun ada kot kadang2. Tapi boleh tahan jugak spin dia. Makin laju. Laju pun dalam 40km/h gitu jerh. Semua bajet tough, berpeluk tubuh taknak pegang pemegang tengah tu, sekali berganjak jugak kau weh..aku lagi lah sebab seluar licin. Haha

Kat sini patutnya ada Galactica.


Tapi roller coaster dia dari dulu lagi duk test ride. Berapa tahun lagi tah nak test ride. Harapnya bukak so soon lah. Nak datang lagii. Ini kalau boleh naik, aku ambil tiket express unlimited. Haha



Ancient Egypt

Antara ride yang akan dirindui, Revenge of the Mummy


Aha, sebelum nak masuk beratur kat ride ni, sila simpan beg di loker berdekatan ye. Nampak tak betapa ganasnya ride ni sampai kena simpan beg. Kiranya Transformers tadi belum cukup ganas la? Haa kita tengok, kita tengok. G simpan beg dulu. Jangan ambil risiko letak beg tepi2 je sebab cleaner dia memang cekap sapu habis licin bermastautin la kau kat situ dengan passport2 sekali kena sapu. Loker tu 45minit pertama free. Setakat yang aku guna loker semua free sebab kejap. Haa nak tahu kenapa kejap? Jengjejeng. 

Untuk ride kedua, kitorang try masuk beratur kat lane ‘Single Ride’. Single ride bukan bermakna satu ride tu kau naik sorang sebatang kara, banyak cantheq dah la takyah special pass ke apa, nak sorang2 pulak, mimpi. Single ride ni naik ramai2 jugak cuma tak sekali dengan kawan2 till jannah kau. Single rider akan memenuhi ruang2 kosong ride tersebut. Contoh kuota 4, tapi satu row tu ada 3 je kawan till jannah, so kau akan join 3 orang yang kau tak kenal tu. Dan bagi pendapat aku, tak perlu pun bersama2 duduk sebelah2, ride sekali berjemaah satu geng sebab bila dah start riding, kau lupa terus kawan/bf/gf/adik kesayangan sebelah kau tu. Ala macam tengah main COC la, ada kau kesah kawan kau meroyan menggelupur kelaparan ajak kau keluar makan? Takkkkk. Ok balik kepada lane single ride, YES ini fast track paling berkesan tak perlu VIP pass sumpah kejap je masuk terus kau dapat g depan nampak ride tu takyah nak teka berapa tahun lagi kena beratur untuk sampai depan. Muka masing2 takleh lah berseri-seri sebab dapat skip barisan 3 kilometer. Lagi sekali aku muka x tahan gumbira sebab dapat first row n hujung. Ahaks. Btw sini tak perlu spek 3D. Ride ni mula2 acah2 seramshit ada mumia, hantu pegang sabit mintak soul tapi krik2 je. Bila dah gerak ke tempat gelap, terus jadi roller coaster yang maha dahsyat, automatik jerit keluar sore jantan doh. Yang ni memang rasa nak tercampak keluar ride sebab high-speed n curam dan benda tu yang best sebenarnya tambah satu lagi, ride ni dalam gelap nampak samar2, certain tempat je ada lampu. Paling aku suka sebab dia accelerate n berhenti dengan penuh luar jangkaan dan sangat dramatik. Kau boleh tengah ride laju 80km/h tiba2 ada tembok, lepas tu kau jerit sampai JB sana dengar sebab ingat ride salah jalan dan kau bakal bermakam kat situ rupa-rupanya dia brake mengejut. Pheuww. Zrappp kena tarik ke belakang pulak ah sudah. Spin. Kena lift, drop…and go! Lagi sekali roller coaster menggila dalam gelap. Haha. Bila keluar kat exit tu terpampang gambar2 photogenic kau masa tengah ride. Kau gelakkan gambar aku, aku gelakkan gambar kau macam tu je lah sebab sepesen je semua muka herot. Ride ni kitorang naik 2 kali. Sekali lagi lepas solat Asar. Itulah yang best dia sebab boleh skip barisan guna Single Ride lane. Tak semua ride ada Single Ride lane. So, ambillah peluang.

Another attraction here is Treasure Hunters. Naik desert jeep lalu abandoned Egyptian excavation site. Jeep dia ada rail ohmai comelnya. Dia macam naik kereta api berdua atau berempat yang kat Genting Highlands Outdoor Theme Park tu. Slow ride untuk santai2 bawa budak2. Youngsters jangan buang masa kat sini. Skip!

The Lost World

Sini paling banyak attractions. Kitorang nak naik Canopy Flyer tapi malas beratur. Roller coaster pendek macam skyway duduk atas kerusi, kaki tergantung. Slow. Skip lagi jalan2 tanpa arah tuju ikut arus manusia yang entah ke mana. Tiba2 bro tu buka pintu untuk kitorang. Kitorang pun masuk je terpinga-pinga entah masuk kandang apa dikelilingi zink ni. Oh! My! Gosh! Water World! Ni antara tempat yang wajib pergi! Wajib notice bila show time dia. Show baru nak mula. Beruntungnya rasa tercampak ke sini. Tak notice pun bila show time dia. Ngeee. Tapi rasanya dalam pukul 2 kot. Mencari tempat duduk. Hati2. Warna kerusi membezakan tahap kebasahan anda nanti. Kerusi belakang dah penuh orang lagipun x feel ah duk jauh2.


So kitorang pilih yang sederhana depan..dalam row ke 6, seat biru. Harapnya xde la banyak sangat kena simbah nanti. 

Baru briefing dari lanun2 pun orang row paling depan dah kuyup kena simbah air sebaldi. Dia random je simbah penonton. Kalau nak duk depan pun pilih bahagian tempat duduk yang tersorok sikit. Strictly no umbrella here. Kalau tak nak basah, g beli baju hujan kat vending machine kat luar hall. Hall? Kandang? Suka hati la nak panggil apa pun.

Sensational live water show ni lakonan live depan mata, cerita lanun. Ceritanya hero nak selamatkan heroin. Lepas tu ada lanun n geng penjahat. Kejap hero kena culik, heroin fight nak selamatkan hero. Kejap heroin kena culik, hero pulak fight nak selamatkan heroin. Korang berlakon apa ni weh aku pun tapaham. Banyak sangat aksi n watak nak ditengok satu2 masa. Contoh kita nak tengok tahanan tu kena campak dalam tong toxic besar bapak tinggi bangunan 2 tingkat dalam masa yang sama taknak lepas pandang lanun2 n penjahat duk fight tembak2 real kat bawah ni guna machine gun pulak tu. Satu2 masa tu ada la 3-5 scenes tengah berlaku. Juling mata nak tengok semua serentak oi. Lepas tu ada pulak jebon2 naik jet ski ke sana ke mari, lawan2 sambil percik air kat penonton dengan jet ski diorang tu. Ok masa ni kitorang kena air. 20% basah. Ingatkan tak kena hahaha. Stunts semua hebat2 n sado. Heroin dah la cun, fit, badan gym oh. Dia punya lakonan pun mak aih ganas. Lincah. Panjat tangga, terjun bangunan, pandu bot ala2 dalam cerita James Bond, abseiling, rappelling memang handal. Kat sini jugak boleh tengok letupan2 besar yang real. Rasa bahang api kat muka. Lepas tu api marak dalam air tempat diorang berlakon tu ha cuak cuak. Tak ingat dah macam mana dia padam sebab banyak lagi aksi yang best. Last sekali fuel tank tu bocor n meletup. Penjahat semua jatuh selam dalam air. Tembok2 lanun runtuh. Hero and heroin selamat landing depan penonton. Hug. The end. Full marks untuk show ni.

Dino-Soarin pulak ride khas untuk budak main pusing2 tang situ je. Amber Rock Climb tak nampak pulak kat mana. Rock climbing tempat lain je lah. Skip skip.

Satu lagi tempat best kat Lost World ni adalah Jurassic Park Rapids Adventure. Waiting time paling lama kitorang rasa antara semua rides. 2 hours or even longer. Sebab sistem tergendala. Masa ni serius rasa nak baring terus kat situ. Dah la takde entertainment zzzz. Ada je single ride, sikiit lagi nak langkah pergi single ride dia dah tutup lane tu tak bagi beratur sebab penuh. So tabahlah beratur. Beratur sampai takde riak. Fungsi support kawan di sini sangat membantu. Kau bagi semangat kat aku, aku bagi semangat kat kau. Gitu lah hidup dalam barisan bersama kawan2. Dah sampai turn yey! Boat dah sampai. 9 orang satu boat bulat.  3-3-3 mengadap satu sama lain. Boat tu gerak sendiri, gedum jatuh manja dalam air. Masa tu sempat lagi elak2 kaki taknak bagi kena air. Santai je boat berpusing2 lalu river stream yang kat tepi2 ada dinosaur duk gerak2 lepas tu ada waterfall. Bila ada air pancut je, elak. Duk gelak2. Makin lama makin berliku river ni. Dengan jeram2nya dah macam river rafting. Aku duk paling tepi dalam seat bertiga tu, lepas tu ada lekuk pulak tepi seat aku tu. Air duk masuk2 masa boat goyang. Aih seluar aku. Sedaya upaya aku angkat kaki taknak bagi kena air. Tengah duk berpusing2 tu, tiba-tiba nampak jeram yang super dahsyat punya menanti. Berlekuk-lekuk dan curam! Arus pun makin laju. Apa lagi, jerit lah!!! Macam nak karam gayanya. Lepas part mencabar tadi, boat gerak masuk kat satu tempat tertutup...gelap. Lagi sekali gerak terumbang-ambing boat tu sampai satu tempat dia berhenti dan boat kena angkat. Masa ni lah part paling cuak bagi aku. Dah la lift boat naik atas, dongak tengok ada dinosaur ternganga tengah tunggu taknak berganjak. Kalau terhantuk cemana? Tapi itu lagi better dari imaginasi kedua aku…kalau dia lepas boat ni free fall jatuh turun bawah cemana? Oh scary sebab aku bayang kena berenang-renang ke tepian dengan beg2 sekali. Imaginasi terhenti apabila boat tiba2 berhenti dari diangkat. Fuh lega tak terhantuk ngan dino. Dum! Pintu sebelah terbuka. What the…?!! Tak sempat mata terbeliak, boat dah menggelongsor turun selaju mungkin dan splash! Sekian wassalam lencun seluar aku segalanya yang duk elak dari tadi. Wow memang wow. Boat jalan lagi berpusing2 dan sampai. Keluar boat dengan seluar basah is not a big deal banding pengalaman river rafting, boat lifting and sliding yang unexpected langsung2. Best! Sangat best. Cuaca panas, kejap je slack aku kering. Jeans budak2 ni tak tahu la apa cerita. Haha

Far Far Away


Fairytales section a.k.a kids section. All rides are meant for children; Enchanted Airways (junior roller coaster bentuk naga, panjang tapi slow n open) and Magic Potion Spin (ferris wheel dalam kedai souvenir). Ada DONKEY live show, tapi tak g masuk tengok, tak tahu la best ke tak. 

Kitorang pergi dekat Shrek 4D Adventure. Ehem sini tempat beratur dia tertutup. Kalau line clear kau selinap je masuk line VIP tu takde orang perasan pun, save masa beratur ohok ohok muka harus tenang bila buat kerja macam ni. Laju2 pun masuk hall ramai2 jugak. Briefing sambil berdiri dalam 10 minit. Lepas tu masuk hall lagi satu macam cinema. Lebih seratus seat rasanya. Oh don’t forget your 3D specs. Semua ambil seat masing2. Suka hati la nak duk mana. And the show begins. Macam tengok wayang 3D cerita Shrek. Tapi sebab ini 4D, Shrek naik kuda, kau pun ikut naik kuda jugak gedeguk2. Kerusi tu bergerak okay. Bergerak. Kerusi bergerak jatuh ke belakang sampai terangkat kaki. Bila Donkey bersin, habis semua penonton kena hingus Donkey..eeyakkk. Banyak kali pulak tu Donkey bersin. Huu virus2. Basah muka den. Lepas tu dalam cerita tu tiba2 ada sekumpulan labah2 terlepas, rasa kat kaki! 4D punya show ni best dan jangan terlepas attraction yang satu ni.

Ah so far meh


Madagascar

Move to the last section. Sini ada 2 rides yang sederhana; Madagascar: A Crate Adventure(river boat ride) n King julien’s beach Party-Go-Round(carousel @ merry-go-round). Kitorang pergi kat boat ride tu je. Sini pun boleh tahan beratur dia. Sejam lebih. No escapism. Tabah. Sampai turn naik ride tu, dapat last row. Dah nak habis x bernasib baik pulak. Haha. Tapi sokay sebab ride ni boring-luar-petala. Sangat slow, boat lalu masuk kapal/gua, entertained by Madagascar characters yang takde lah fun sangat. Takde yang surprise. Mengantuk. Orang2 depan kitorang macam enjoy je ride tu. Tapi kitorang tak. Krik krik…sehinggalah tourist Indon row depan kitorang bersuara lantang sebab ada flash camera dari atas gua, “Ambil gambar yaaa”….dan tiba2 lepas tu Paeh bersuara, “Berapa bintang yaaa” ajuk suara Farah Quinn juri tetap MLM. Kuat dan bersemangat pulak tu! Terdiam terus ibu2 indon kat depan sebab nada menganjing tu sama. Aku punya la nak gelak sampai nak benam muka dalam air tak menahannn kahkahkahkah kesian ibu2 indon. Paeh paeh. At least ada jugak hiburan dalam tu kan. Kalau tak krik2 je kita bertiga kat belakang. Hahahaila. Masa keluar dari tempat boat ride tu, nak je buat announcement suruh semua dismiss sebab tak berbaloi beratur panjang untuk benda tu. Mohon skip yang ni okay. Haha

* * * * * * * * * * * * * *

Selesai jelajah segenap tempat, kitorang jalan2 jumpa Bumblebee wee wee wee. 

Bumblebee menari sebelum masuk kandang

Oh untuk makanan, syarat dia memang takeh bawa masuk makanan dan minuman. Tapi takde orang cek pun masa masuk tu. Kot ye orang tiket tu tak cek, jangan pulak kau ngendeng bungkusan nasi lemak ngan teh ais ikat tepi kau masa kat entrance. Cari bala. Kalau bawa periuk nasi dalam beg nak makan berkelah dengan Marilyn Monre pun takpa aku rasa sebab takde orang halang kau makan makanan yang dibawa dari luar. Makanan dalam tu semestinya 3,4 kali ganda mahal dari harga kat luar. Ahaha

Pukul 7pm dah keluar sebab 7.15 sharp bas datang n terus gerak. Cuak jugak kalau kena tinggal. Masa tengah duduk2 kat ruang menunggu bas kat bawah tu, tetiba dak Hasan cakap nak g cari baju. Tinggal Paeh sorang kat bawah, kitorang berlari naik atas cari kedai souvenir. Time’s ticking. Sempat bergaduh pilih baju ergh. Berdebor dia Tuhan je lah tahu sebab masa bayar tu dah sharp 7.15pm! Lepas bayar, berlari balapan tak cukup tanah turun escalator terus cari n naik Bas Rajawali. Fuhh. Settle semua di Singapore. Balik JB.

Atas bas baru terasa lenguh2 kaki, longgar sendi lutut semua. Hampir give up untuk terus balik Nilai malam tu. Tapi masih gigih masuk JPO yang dah nak tutup. Very nice concept, shopping outlets in a park. Nanti kerja baru boleh shopping kat sini kot. Haha. Lepas dinner kat Kulai, gagahkan diri juga untuk balik...dan nasib lah ada yang volunteer untuk drive balik. Trip end. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada bodyguards sekalian. Terima kasih kerana menjaga, bertahan, belanja souvenir, belanja itu ini, jalan menonong ikut gerak hati, redah sini sana, tolerate, layan, sabar, menyenangkan, melawak, mengutuk, menyewel etc.

You guys are the best trip partners that I could ever wish for. 

And this is my first overseas holidays without family. Looking forward for another trip with fellow buddies. Plan Oh Plan ;)

Plan Oh Plan

Ceritanya bermula bila aku enterprem conversation kat Twitter. Diorang tengah berangan nak g USS kalau tak silap. Komen cliché biasa lah, “Ajakkk..”…and the plan began. Plannya bermula bila start cuti semester 5 dengan tagline, ‘Plan Oh Plan’. Dari awal cuti sampai saat masa nak pergi tu pun masih gigih mencari orang yang nak join sama. Lagi2 perempuan.

Nak pilih partner in crime ni perlu la memenuhi kriteria yang paling utama iaitu, SADO. Sado di sini bukan yang benjol sana benjol sini. Sado yang kami maksudkan ialah yang:
-          
  • TAK MERUNGUT – faham situasi, tak banyak songeh, sabar dan cool *duduk dalam ais*
  • TAHAN RIBUT PETIR – kuat stamina; mental, fizikal, rohani dan jasmani, dalam kata lain kena fit lah takmau jalan pat ploh langkah tengok dah guling2 atas jalan, pancit
  • TOLAK ANSUR – tak berkira sangat, empathy
  • MENYENANGKAN – tak bermasalah dan membantu bila perlu dan semestinya muka tenang. Yang suka berkerut-kerut, muka botox, muka ketat, tarik muka, muka tanggung masalah dunia – maaf sila selesaikan masalah dalaman anda terlebih dahulu.

Kriteria ni juga boleh diaplikasi untuk mencari pasangan #eh. Tak susah pun kan jadi yang positif dan optimis. Tapi tu lah, tak ramai manusia positif. Yang memenuhi kriteria pun semua tak available. Den pasghah. Den tawakal. Den percaya kawan2 den. Sorang urus pakej n transport, aku urus hotel kat JB dan sorang lagi supporter thumbs up yang sangat cemerlang. Haha

Maka bermula perjalanan kami dari kampung halaman masing-masing 19 Februari 2015 pada hari Khamis ituww. Sampai je Subuh tu, budak surau datang amek n terus bersiap untuk bertolak pukul 9 kononnya sekali pukul 10 baru gerak. Heh

Nasib jalan tak jem. Dekat pukul 1pm sampai JB. Boleh tahan berpusing2 jugak cari CIQ Hotel. Banyak sangat bangunan sekitar tu. Check-in dulu tapi tak masuk bilik lagi sebab superior room belum siap kemas. Btw, CIQ Hotel kat luar nampak macam bangunan zaman Portugis, tapi kat dalam cantik je.

Keluar pergi bandar. Alah sebelah tu je bandarnya. This is my first time masuk bandar JB. Lebih kurang Jalan TAR @ Jalan Masjid India. Bapak ramai gile orang. Tapi yang duk jalan kaki bersesak-sesak tu semua muka foreigner mostly Indian, Vietnamese, Indonesian. Melayu mana Melayu? Melayu naik kereta. Haha. Yang paling jelas Bangla berkopiah berpusu-pusu ke masjid. Jumaat beb. Kita pun kena Jumaat ni. Nampak kubah masjid tapi tak tahu nak masuk kat mana. End up, berhenti tepi jalan, jalan kaki ikut orang berkopiah jalan pergi masjid tepi Galleria. Susah nak masuk kawasan masjid sebab tepi Galleria tu under construction. Nak cukup rukun haji aku tawaf situ cari parking lepas kena halau dek security guard Galleria sebab block laluan teksi. Akaka.

Lepas Jumaat, pergi Danga Bay cari Tune Hotel. Saja nak kenal jalan supaya subuh esok tak menangis cari tempat berkumpul pagi2 buta. Perjalanan ke Danga Bay dari bandar JB ambil masa dalam 9-10 minit sajo. Lalu tepi laut, boleh nampak Singapore kat seberang. Ye ke tak entah. Haha. Then balik hotel letak2 barang, rehat. Aku punya standard single room macam capsule hotel room sebab ngam2 untuk sorang ke hulu ke hilir. Bersih, cantik, selesa, siap tv n wifi selaju Usin Bolt. Superior for two pun okay but not too big. Very recommended untuk traveler. 8 jam je aku duk dalam bilik tu sebab selebihnya keluar berjalan.

Pukul 4 petang keluar asalnya nak cari makan sebab semua belum makan dari pagi. Tup2 pergi City Square tengok Kingsman. Kenyang bhaii. Haha. Nasib baik cerita berbaloi walopon tiket macam agak mahal. Masa masuk cari parking, sikiiit lagi nak keluar balik, tapi tak dapat, kena reverse balik sebab tiket belum bayar n sebab exceed free time 15mins. Hahahamalu. Memang nak suruh masuk sini jugak agaknya. So cari la parking  dalam setengah jam lebih. Basement 3 kau. Nak sangat. Jalan sajo.

Before movie start, kitorang pergi Dapur Kita kat rooftop cari habuan perut. 


*nuur over expose*

Very nice landscape n decoration. Woody and nature concept. Siap makan, jalan2 dekat taman kat luar.


Let’s catch the movie gaiss. Puas hati siap bagi 9/10. Keluar2 dah pukul 8 malam erk. Sekali lagi pergi Danga Bay. Drive ikut suka hati je masuk memana. Jalan memang jalan sungguh..sambil cari makan. Try cari restoran Singgah Selalu. Tepi JOHO Concept. Parking penuh! Terpaksa parking nun sebelah istana sana, 300 meter jauhnya. Jalan kaki lalu istana tu berhenti selfie dulu.


Ramai orang depan istana. Van tourist pun ada. Macam kat taman. Budak2 main kejar2, ambil gambar, lepak2. Dia punya pintu gerbang ada mahkota besar berkilau.

Baru je nak beredar dari depan istana tu, bunyi siren. Berpeluang tengok Raja n Permaisuri Johor masuk istana diorang lambai2 kat rakyat. Old skool betul Merc Raja Johor. Old skool yang berjuta la. Haha. Bila sampai Singgah Selalu, takde tempat duduk. Rasa nak gelak kuat2 pun ada. Ramai betul yang masih berdiri cari meja kosong. Dari ‘Welcome’ ke ‘Thank you’ ke ‘Welcome’ balik takde tempat. Keluar pergi Tepian Tebrau. Kedai makan banyak pun banyak. At least ada tempat walaupun orang ramai. Siap light dinner, balik hotel letak kepala je terus tak sedar bila tertidur.

210215, 0700 : Check out, pecut ke Tune Hotel tempat berkumpul.


8 pagi bas gerak n berhenti ambil orang kat beberapa hotel sekitar JB. Berhenti 2 kastam dan macam biasa lah buat apa patut.



9 lebih masuk Singapore and sangat enjoy the journey. Tak banyak beza ngan Malaysia pun. Beza dia signboard semua in English. Dalam setengah jam sampai Resort World Sentosa, Singapore. Sedikit excited. Eheh