Thursday, February 26, 2015

Plan Oh Plan

Ceritanya bermula bila aku enterprem conversation kat Twitter. Diorang tengah berangan nak g USS kalau tak silap. Komen cliché biasa lah, “Ajakkk..”…and the plan began. Plannya bermula bila start cuti semester 5 dengan tagline, ‘Plan Oh Plan’. Dari awal cuti sampai saat masa nak pergi tu pun masih gigih mencari orang yang nak join sama. Lagi2 perempuan.

Nak pilih partner in crime ni perlu la memenuhi kriteria yang paling utama iaitu, SADO. Sado di sini bukan yang benjol sana benjol sini. Sado yang kami maksudkan ialah yang:
-          
  • TAK MERUNGUT – faham situasi, tak banyak songeh, sabar dan cool *duduk dalam ais*
  • TAHAN RIBUT PETIR – kuat stamina; mental, fizikal, rohani dan jasmani, dalam kata lain kena fit lah takmau jalan pat ploh langkah tengok dah guling2 atas jalan, pancit
  • TOLAK ANSUR – tak berkira sangat, empathy
  • MENYENANGKAN – tak bermasalah dan membantu bila perlu dan semestinya muka tenang. Yang suka berkerut-kerut, muka botox, muka ketat, tarik muka, muka tanggung masalah dunia – maaf sila selesaikan masalah dalaman anda terlebih dahulu.

Kriteria ni juga boleh diaplikasi untuk mencari pasangan #eh. Tak susah pun kan jadi yang positif dan optimis. Tapi tu lah, tak ramai manusia positif. Yang memenuhi kriteria pun semua tak available. Den pasghah. Den tawakal. Den percaya kawan2 den. Sorang urus pakej n transport, aku urus hotel kat JB dan sorang lagi supporter thumbs up yang sangat cemerlang. Haha

Maka bermula perjalanan kami dari kampung halaman masing-masing 19 Februari 2015 pada hari Khamis ituww. Sampai je Subuh tu, budak surau datang amek n terus bersiap untuk bertolak pukul 9 kononnya sekali pukul 10 baru gerak. Heh

Nasib jalan tak jem. Dekat pukul 1pm sampai JB. Boleh tahan berpusing2 jugak cari CIQ Hotel. Banyak sangat bangunan sekitar tu. Check-in dulu tapi tak masuk bilik lagi sebab superior room belum siap kemas. Btw, CIQ Hotel kat luar nampak macam bangunan zaman Portugis, tapi kat dalam cantik je.

Keluar pergi bandar. Alah sebelah tu je bandarnya. This is my first time masuk bandar JB. Lebih kurang Jalan TAR @ Jalan Masjid India. Bapak ramai gile orang. Tapi yang duk jalan kaki bersesak-sesak tu semua muka foreigner mostly Indian, Vietnamese, Indonesian. Melayu mana Melayu? Melayu naik kereta. Haha. Yang paling jelas Bangla berkopiah berpusu-pusu ke masjid. Jumaat beb. Kita pun kena Jumaat ni. Nampak kubah masjid tapi tak tahu nak masuk kat mana. End up, berhenti tepi jalan, jalan kaki ikut orang berkopiah jalan pergi masjid tepi Galleria. Susah nak masuk kawasan masjid sebab tepi Galleria tu under construction. Nak cukup rukun haji aku tawaf situ cari parking lepas kena halau dek security guard Galleria sebab block laluan teksi. Akaka.

Lepas Jumaat, pergi Danga Bay cari Tune Hotel. Saja nak kenal jalan supaya subuh esok tak menangis cari tempat berkumpul pagi2 buta. Perjalanan ke Danga Bay dari bandar JB ambil masa dalam 9-10 minit sajo. Lalu tepi laut, boleh nampak Singapore kat seberang. Ye ke tak entah. Haha. Then balik hotel letak2 barang, rehat. Aku punya standard single room macam capsule hotel room sebab ngam2 untuk sorang ke hulu ke hilir. Bersih, cantik, selesa, siap tv n wifi selaju Usin Bolt. Superior for two pun okay but not too big. Very recommended untuk traveler. 8 jam je aku duk dalam bilik tu sebab selebihnya keluar berjalan.

Pukul 4 petang keluar asalnya nak cari makan sebab semua belum makan dari pagi. Tup2 pergi City Square tengok Kingsman. Kenyang bhaii. Haha. Nasib baik cerita berbaloi walopon tiket macam agak mahal. Masa masuk cari parking, sikiiit lagi nak keluar balik, tapi tak dapat, kena reverse balik sebab tiket belum bayar n sebab exceed free time 15mins. Hahahamalu. Memang nak suruh masuk sini jugak agaknya. So cari la parking  dalam setengah jam lebih. Basement 3 kau. Nak sangat. Jalan sajo.

Before movie start, kitorang pergi Dapur Kita kat rooftop cari habuan perut. 


*nuur over expose*

Very nice landscape n decoration. Woody and nature concept. Siap makan, jalan2 dekat taman kat luar.


Let’s catch the movie gaiss. Puas hati siap bagi 9/10. Keluar2 dah pukul 8 malam erk. Sekali lagi pergi Danga Bay. Drive ikut suka hati je masuk memana. Jalan memang jalan sungguh..sambil cari makan. Try cari restoran Singgah Selalu. Tepi JOHO Concept. Parking penuh! Terpaksa parking nun sebelah istana sana, 300 meter jauhnya. Jalan kaki lalu istana tu berhenti selfie dulu.


Ramai orang depan istana. Van tourist pun ada. Macam kat taman. Budak2 main kejar2, ambil gambar, lepak2. Dia punya pintu gerbang ada mahkota besar berkilau.

Baru je nak beredar dari depan istana tu, bunyi siren. Berpeluang tengok Raja n Permaisuri Johor masuk istana diorang lambai2 kat rakyat. Old skool betul Merc Raja Johor. Old skool yang berjuta la. Haha. Bila sampai Singgah Selalu, takde tempat duduk. Rasa nak gelak kuat2 pun ada. Ramai betul yang masih berdiri cari meja kosong. Dari ‘Welcome’ ke ‘Thank you’ ke ‘Welcome’ balik takde tempat. Keluar pergi Tepian Tebrau. Kedai makan banyak pun banyak. At least ada tempat walaupun orang ramai. Siap light dinner, balik hotel letak kepala je terus tak sedar bila tertidur.

210215, 0700 : Check out, pecut ke Tune Hotel tempat berkumpul.


8 pagi bas gerak n berhenti ambil orang kat beberapa hotel sekitar JB. Berhenti 2 kastam dan macam biasa lah buat apa patut.



9 lebih masuk Singapore and sangat enjoy the journey. Tak banyak beza ngan Malaysia pun. Beza dia signboard semua in English. Dalam setengah jam sampai Resort World Sentosa, Singapore. Sedikit excited. Eheh

No comments:

Post a Comment